Sunday, October 11, 2009

seronoknyee dapat jumpa cikgu-cikguuu!


alhamdulillah! syukur pada ALLAH SWT kerana diberi peluang untuk bertemu cikgu2 , yang sekian lama tidak ketemu..G E M B I R A sangat2!!!!!
walaupun hanya sebahagian drpd mereka, saya tetap bersyukur ianya amat bermakna buat diriku ini..
guru2 ku yang amat kusayangi, alhamdulillah saya pun seorang guru =)
saya S A Y A N G cikguu!

Masih belum terlewat untuk menitipkan sebaris kalimah yang tidak mungkin boleh membalas budi baik, niat ikhlas dan sakit pening mendidik, menggilap dan mengasah susuk tubuh ini agar menjadi 'manusia'.

Terima kasih Cikgu!!!

Sebelum mata tertutup rapi atas kesalahan saya selama ini, saya mohon ampun dan maaf atas segala tutur-kata dan gerak-gaya yang menyinggung dan mengusik hati cikgu yang cukup baik terhadap saya.

Moga CIKGU sudi teruskan mendoakan saya bersama perjuangan ini.


Muridmu suka mencabar hati,
Asyik melawan, langgar arahan.
Budi baik guruku sejati,
Jasamu kutebus di depan tuhan.