Tuesday, December 27, 2011

Prihatin Aurat

“Tak apa ke ni?” suami bertanya sambil merenung ke anak mata saya, meminta jawapan pasti.

“InsyaAllah, As ok..” balas saya. Si kecil Husna, terus leka bermain. Manakan dapat dia memahami resah dan debar yang sedang membelenggu jiwa ayah dan ummi.

“Rasanya, lambat lagi ni. Lagipun, tempat kuliah abang malam ni tak berapa jauh kan…abang pergilah. Kasihan pula para jemaah yang menunggu,” saran saya dengan nada memujuk bertujuan menenangkan debar dan ragu.

Sembilan bulan berlalu, dan hasil pemeriksaan doktor sewaktu rawatan antenatal petang tadi menunjukkan kemungkinan untuk saya melahirkan pada malamnya. Saya sendiri tidak menduga secepat itu, lantaran tarikh jangkaan akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Tambahan pula, saya lansung tidak mengalami rasa sakit yang mengganggu, sama sekali tidak sama seperti pengalaman melahirkan anak pertama lebih kurang dua tahun yang lalu.

Namun, ketentuan Allah mengatasi segala andaian dan jangkaan manusia. Bermakna, dalam tempoh beberapa jam sahaja, saya dan suami bakal menimang cahaya mata kedua.

Kerana itu suami agak keberatan untuk pergi. Bimbang, saat ketiadaannya, saya akan melahirkan tanpa sesiapa di sisi. Lebih-lebih lagi, doktor yang merawat menyarankan agar saya segera masuk ke wad bersalin sebaik selesai pemeriksaan petang tadi.
PRIHATIN AURAT“Kalau macam tu, As rehat dulu..tak payah buat kerja-kerja lain. Selesai je kuliah, abang terus balik ke rumah. As ready ya,” suami berjanji. Masih dengan debaran yang belum reda.

Saya tersenyum. Rasa kasih menjalar ke sanubari melihat belas yang ditunjukkan suami. Betapa saya bersyukur memiliki suami yang amat prihatin sepertinya. Sejak dari anak pertama lagi, beliau tidak pernah gagal menemani saya ke klinik untuk rawatan dan pemeriksaan antenatal.

Juga, seperkara yang tidak mungkin saya lupa, kesungguhan dan ketegasannya menjaga aurat seorang isteri.

Walau dalam keadaan kewangan yang begitu sederhana, dengan hanya suami seorang bekerja, sementara saya masih bergelar surirumah sepenuh masa, beliau tetap berusaha dan memastikan saya beroleh rawatan terbaik dari ‘sentuhan’ tangan seorang doktor perempuan. Doktor Muslimah, pastinya satu keutamaan.

Lantaran itu, beliau sanggup mengeluarkan peruntukan yang lebih untuk mendapatkan khidmat rawatan dari hospital swasta Islam. Padanya, biar berlebih sedikit mengeluarkan duit, asal hukum berkait aurat isteri tetap terpelihara dan terlaksana.

Dan pada kandungan kali ini, merupakan yang kedua kalinya saya akan melahirkan di Pusat Rawatan Islam Kohilal di Taman Melawati. Memandangkan jarak di antara pusat rawatan ini dengan rumah kami di Taman Sri Gombak tidak berapa jauh, hanya mengambil masa beberapa minit sahaja, juga harga bagi pakej bersalin yang ditawarkan amat berpatutan dengan mutu perkhidmatan yang baik dan meyakinkan.

MENGAMBIL MUDAH
Peristiwa di atas telah lama berlalu. Anak kedua yang dilahirkan juga telah genap berusia sembilan tahun pada 26 Jun yang lalu. Dan, dengan rezeki dan kurniaan dari Allah, cahayamata ketiga dan keempat yang menyusul selepas itu juga selamat melihat dunia dengan doktor dan jururawat Muslimah yang menyambut ‘ketibaan’ mereka.

Alhamdulillah.

Namun…

Perasaan saya berbaur. Terkilan, kesal dan sedih yang amat bila menerima dan membaca emel yang diterima dari seorang wanita. Beliau ingin meminta pendapat dan pandangan saya mengenai seorang ahli keluarganya, yang bergelar seorang ustazah, tetapi masih terus mendapatkan rawatan dan pemeriksaan bulanan kandungannya daripada doktor berlainan jantina.

Walau telah ditegur dan dinasihati memandangkan beliau dan suaminya bekerja serta mempunyai pendapatan yang agak besar, tetapi beliau tetap mempertahankan tindakannya dengan menyatakan pendapat bahawa, untuk tujuan perubatan, harus bagi seorang wanita Islam mendapatkan rawatan dari seorang doktor lelaki dan begitu juga sebaliknya. Khidmat rawatan yang diperolehi dari doktor yang sama jantina hanyalah afdal ( lebih baik ) sahaja, tidak lebih dari itu. Itu pandangannya.

Allahu Rabbi…dunia hari ini. Mereka yang ‘sepatutnya’ berilmu turut menjahilkan diri.

KERANA DARURAT
“Hari ni ustazah ada satu soalan uji minda untuk kamu semua,” saya berkata dengan wajah ceria. Para pelajar yang duduk sopan di dalam barisan, ramai yang tersenyum girang. Namun tidak kurang juga yang mengerutkan dahi tanda kurang senang. Bimbang soalan yang diberi, payah dan sukar sekali.


sumber petikan ini saya ambil dari zaujah Ustaz Dr Zaharuddin

Ketika itu, topik yang dibincangkan ialah mengenai makanan yang halal dan haram dimakan. Ia merupakan salah satu tajuk perbincangan dari silibus Pendidikan Islam tingkatan satu.

“Baik…katakanlah suatu masa kamu sesat di dalam hutan. Dah masuk hari ketiga kamu tak makan. Dalam keadaan amat lapar itu, tiba-tiba melintas seekor anak babi. Nampak sedap. Kerana lapar, kamu tangkap anak babi tu dan kamu makan…” saya berhenti seketika memerhatikan gelagat anak murid di hadapan.

Ada yang saling berpandangan, ada yang menahan ketawa dan tersenyum-senyum sendirian. Tidak kurang juga yang mempamerkan riak muka geli geleman.

‘Eeeii…makan babi!’ mungkin itu lintasan di dalam hati.

“Ketika itu, apa agaknya hukum kamu makan babi tersebut?” saya mengajukan soalan. Ingin menguji akal dan pengetahuan para pelajar di hadapan.

“Mana boleh makan babi ustazah..haram,” getus satu suara di belakang.

“Bolehlah…kan keadaan macam tu dikira ‘darurat’. Kalau tak makan, boleh mati,” penuh yakin jawapan seorang pelajar di bahagian tengah.

BOLEHKAH?
Saya tersenyum senang. Jawapan yang diberi menandakan telah ada sedikit maklumat yang mereka fahami dan maklumi.

“Baik. Kita buat undian. Siapa yang kata hukumnya haram?” soal saya. Beberapa pelajar mengangkat tangan. Ada yang mengangkat setinggi yang boleh, menandakan keyakinan terhadap kebenaran jawapan, manakala sebahagiannya nampak malu-malu, hanya menebak dan mengikut kawan.

“Siapa pula yang bersetuju hukumnya boleh sebab darurat?” Sekali lagi saya bertanya. Soalan kali kedua ini memperlihatkan lebih ramai pelajar mengangkat tangan. Jumlah yang ada saya kira.

Hanya segelintir pelajar yang tidak mengangkat tangan pada kedua-dua soalan yang ditanya. Berkecuali. Kurang pasti barangkali.

“ Apa jawapannya ustazah?” Terdengar satu pertanyaan dari seorang pelajar di hadapan. Melihat sinar mata mereka, bagai menggambarkan rasa teruja dan tidak sabar untuk mengetahui jawapan sebenar.

“Jawapannya, mestilah haram…tak boleh..,”saya menjawab ringkas. Riuh rendah seketika suasana kelas bila mendengar jawapan yang tidak terduga itu.

Sengaja saya biarkan begitu, untuk melihat reaksi seterusnya. Kelihatan ramai yang terpinga-pinga. Tidak kurang juga yang ketawa gembira. Mungkin tak menyangka, jawapan ‘sekadar teka-teka’ mereka mengena.

BUKAN DARURAT
Senyuman di bibir melebar lagi. Saya pasti, baik yang memberikan jawapan haram atau tidak, masing-masing tidak mengetahui sebab sebenar mengapa dalam keadaan sesat di hutan seperti itu, masih juga tidak dibolehkan untuk makan babi.

“Keadaan seperti itu belum dikira darurat lagi. Ini kerana, terdapat banyak binatang lain yang masih boleh dimakan sekadar untuk menutup kelaparan. Siput babi adalah lebih baik dari babi, cacing tanah, pohon kayu, buah dan lain-lain semuanya masih perlu diutamakan dari memakan babi," saya membentangkan hujah agar mereka lebih memahami.

"Bukankah di hutan terdapat pelbagai benda yang boleh dimakan yang jauh lebih baik dari babi?" Saya menambah.

“Oleh kerana itu, tidak harus jika kamu yang sedang sesat ingin makan babi juga hanya kerana ia lebih sedap, menyelerakan dan gemuk berbanding cacing," tegas saya lagi disambut deraian ketawa semua.

Demikian juga keadaan yang perlu difahami dan disedari dalam situasi rawatan dan perubatan.

DARURAT YANG SEBENAR
Saya maklum bahawa di dalam keadaan darurat seseorang itu diharuskan melakukan sesuatu yang dilarang, sesuai dengan kaedah fiqhiyyah, ad-dharurat tubiihul mahdzurat. Contohnya, di dalam perubatan, bila berlaku hal-hal mendesak dan kecemasan, lebih-lebih lagi yang bersangkut nyawa dan kesakitan yang boleh melarat tanpa rawatan segera, dan keadaan tersebut tidak mungkin dihindari, juga tiada alternatif lain ketika itu, maka dibolehkan seorang doktor lelaki merawat pesakit perempuan, dan begitu juga sebaliknya.

Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah, bekas Mufti Besar Arab Saudi, juga pernah menegaskan :

"Doktor wanita hanya merawat wanita sahaja, dan doktor lelaki hanya merawat lelaki sahaja, melainkan di dalam kes yang darurat, jika seseorang lelaki yang menghidapi penyakit di mana pada masa itu tidak kedapatan doktor lelaki, maka di dalam kes ini adalah dibenarkan.” ( Fataawa 'Aajilah li Mansuubii al-Sihhah, m.s. 29 )

Situasi darurat yang membolehkan keadaan rawatan sedemikian juga berlaku di zaman Rasulullah SAW sendiri di mana para wanita Islam memainkan peranan sebagai jururawat di medan peperangan. Mereka ditempatkan di bahagian logistik dan juga perawatan. Mereka merawat dan mengubati anggota tentera yang luka dan parah.

Dalam kondisi sebegini, tidak dapat tidak, pasti berlaku sentuhan kulit dan anggota lainnya, namun hal ini dibolehkan ketika itu, untuk sementara waktu, kerana sifat peperangan yang darurat dan mencemaskan.

Selain itu, di dalam kitab Fathul Qadir jilid 8 halaman 98 ada menyatakan bahawa seorang sahabat Nabi SAW bernama Abdullah ibnu Az-Zubair pernah mengupah dan membayar khidmat seorang wanita tua yang merawat dirinya.

HILANG
Wajar difahami, bahawa kondisi darurat bukanlah sesuatu yang rutin dan berlaku setiap hari. Justeru, ia hanya bersifat sementara dan perlu diisi sekadarnya sahaja. Tatkala sebab yang menjadikan sesuatu itu darurat, telah luput dan hilang, maka hukum pengharamannya kembali semula.

Ini bersesuaian dengan satu lagi kaedah fiqhiyyah: ad-dharurat tuqaddar bi qadariha, iaitu sesuatu yang darurat itu harus diukur sesuai kadarnya.


Lantaran itu, bagi seorang perempuan yang mengandung, dalam situasi biasa tanpa apa-apa komplikasi, keadaan itu bukanlah sesuatu yang ‘darurat’ yang membolehkannya mendapatkan khidmat rawatan dan pemeriksaan bulanan dari seorang doktor lelaki.

Apa yang amat perlu difahami, tidak ada seorang pun yang dihalalkan untuk melihat aurat seorang wanita, kecuali suaminya. Apatah lagi, aurat ‘besar’nya. Maruah, kehormatan dan harga dirinya, semua itu terhimpun di ‘situ’.

Siapa lagi yang lebih layak dan dapat melindungi, kalau bukan seorang lelaki bernama suami?

Tambahan pula dewasa kini, sudah ramai doktor dan pakar sakit puan Muslimah, termasuk doktor wanita bukan Islam di Malaysia. Justeru, apa lagi alasan untuk tetap bermudah-mudah dalam hukum dan terus tegar menerima rawatan dari doktor berlainan jantina ?

Pada saya, hanya satu : Tepuk dada, tanyalah iman di dalamnya!

ZURIAT BERKAT
Akhirnya, marilah kita sama-sama merenungi, bahawa Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada umatnya untuk selalu berdoa, memohon kepada Allah SWT agar diberi rezeki yang barakah.

“Ya Allah, anugerahkanlah keberkatan kepada rezeki kami, dan peliharalah diri kami dari api neraka.”

Anugerah anak dan zuriat adalah salah satu dari sekian banyak rezeki yang diberikan ILAHI. Justeru, tidak dapat dinafi, bahawa jiwa yang insaf dan sedar untuk memelihara hukum dan menjaga kadar keperluan terhadap keringanan yang ada padanya, InsyaAllah akan menjamin hadirnya keberkatan seiring dengan anugerah yang dikurniakan ini.

Moga-moga, dengan keberkatan yang dilimpahkan oleh Allah SWT sewaktu kelahiran seorang anak, akan memudahkan pula segala usaha ibu dan bapa untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Seterusnya, berjaya pula menjelmakan generasi Rabbani yang tetap teguh berpegang kepada ajaran dan panduan ILAHI.

Ameen, Ya Rabbal ‘alameen.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

Monday, December 19, 2011

Kenikmatan dalam kesakitan

Tahukah kita bahawa di sebalik kesakitan yang kita perolehi itu ada kenikmatan yang dianugerahkan oleh-Nya? Tetapi betapa sikitnya umat manusia yang bersyukur atas nikmat yang diberi ini walaupun mensyukuri nikmat itu suatu kewajipan atas orang yang beriman. Manakala kesihatan merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hambanya.

Namun kenikmatan ketika sakit itu hanya dapat diukur oleh orang yang sedang sakit. Manusia dapat menilai erti kesihatan hanya apabila nikmat tersebut hilang. Bilamana sakit tersebut menimpa, maka sekali gus telah melenyapkan kebahagiaan.

Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Bukhari daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang."

Namun sebagai orang hamba yang beriman, apabila ditimpa musibah penyakit ia tetap berzikir kepada Allah, bersyukur, bersabar dan mengharapkan ganjaran pahala. Sebagai mana sebuah hadis riwayat Muslim daripada Suhaib r.a., beliau berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): 'sungguh ajaib keadaan seorang mukmin. Seluruh keadaanya pasti menjadi baik. Dan ia tidak dimiliki oleh sesiapa pun melainkan orang beriman. Apabila ia memperoleh kenikmatan, ia akan bersyukur, maka kesenangan itu akan menjadi kebaikan buat dirinya."

Betapa Beruntungnya Orang yang Sakit

Sekiranya orang yang sakit mahu merenung pelbagai keuntungan dan kebaikan dari penyakitnya, nescaya ia tidak akan mengangankan kesembuhan daripada penyakit tersebut.

Salah satu kelebihan sakit ialah ia dapat mengangkat darjat seseorang di sisi Allah. Sebuah hadis riwayat al-Tirmizi daripada Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya balasan pahala yang besar diperoleh melalui ujian yang besar. Kalau Allah mencintai seseorang, pasti Allah akan memberikan ujian kepadanya. Sesiapa yang redha menerima ujian Allah, maka baginya keredhaan-Nya. Dan sesiapa yang kecewa menerimanya, nescaya ia akan menerima kemurkaan-Nya."

Apabila cubaan dan penyakit menimpa orang yang memiliki hubungan yang baik dengan Allah, lalu ia mampu bersabar, nescaya semuanya itu menjadi tanda kebaikan dan tanda cinta kasih daripada Tuhannya. Sebuah hadis riwayat al-Tirmizi, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Kalau Allah menginginkan kebaikan bagi seseorang hamba, maka Allah percepatkan seksaan di dunia."

Abdullah bin Mas'ud r.a. pernah menemui Rasulullah s.a.w. ketika Baginda mengalami demam yang amat teruk. Beliau bertanya: "Wahai Rasulullah! Engkau juga mengalami demam seteruk ini?" Baginda menjawab: "Betul. Bahkan aku merasa demam dua kali ganda lebih berat daripada yang biasa kamu rasakan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sa'ad bin Abi Waqqas pernah ditanya seseorang: "Siapakah orang yang paling berat cubaannya?" Beliau menjawab: "Rasulullah s.a.w. pernah bersabda (yang bermaksud): 'Orang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian diikuti orang yang berikutnya (iaitu orang dibawah kedudukan mereka) secara berturut. Seseorang hamba akan mendapat cubaan sesuai dengan kadar imannya. Sekiranya imannya kuat, maka cubaan yang menimpanya juga berat. Sekiranya imannya lemah maka cubaan yang menimpanya sesuai dengan kadar imannya. Cubaan akan terus menimpa seorang hamba, sehinggalah ia berjalan di bumi tanpa memiliki sekelumit dosa pun."

Suatu hari, Rasulullah s.a.w. datang menemui Ummu al-Saib. Baginda bertanya: "Kenapa engkau menggigil seperti itu wahai Ummu al-Saib?" Wanita itu menjawab: "Demam, Allah tidak memberkati padanya." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau mengutuk penyakit demam kerana penyakit itu boleh menghapauskan dosa anak-anak adam..."

Ulama' Mengharapkan Sakit

Imam Ibn Abi al-Dunya menceritakan: "Sesungguhnya para ulama' dahulu mengharapkan ditimpa demam satu malam agar diampunkan dosa-dosa mereka yang lampau."

Mengapa perlu bersedih apabila ditimpa penyakit? Kemungkinan dengan penyakit itu kita memiliki kedudukan di sisi Allah Taala yang tidak dapat dicapai oleh perbuatan amal ibadat. Jadi, Allah terus memberi cubaan kepada kita dengan hikmah-Nya yang mungkin kita tidak menyukainya, lalu ia mengurniakan kepada kita kesabaran dalam menghadapinya sehingga kita mencapai kedudukan tersebut.

Antara Maha Lembutnya Allah s.w.t. dan rahmat-Nya, bahawa apabila Allah menutup satu pintu kebaikan bagi seseorang, nescaya ia akan membuka banyak lagi pintu kebaikan yang lain. Bagi orang yang sakit, Allah tidak menghalangnya daripada mendapat pahala daripada pelbagai ibadah yang biasa mereka lakukan, meskipun mereka tidak menyempurnakan lagi kerana mereka sakit.

Sebuah hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari, daripada Abu Musa al-'Asy'ari r.a., beliau bercerita: "Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Kalau seseorang hamba sakit atau sedang bermusafir, pasti Allah akan menulis baginya pahala seperti ketika ia mengamalkan ibadah semasa masih sihat dan sedang bermukim."

Kemuliaan apa lagi yang mahu diperoleh setelah diberikan Allah kemuliaan ini? Keutamaan apa pula yang lebih luas selain daripada keutamaan dari Allah yang mengurniakan pelbagai kenikmatan? Ketika sakit, seorang hamba berehat, namun Allah masih menulis pahala daripada ibadah dan perbuatan baik yang diamalkan semasa sihat.

Jangan Risau! Setiap Kesukaran Itu Ada Kemudahan

Sesungguhnya setiap kali Allah mendatangkan kesusahan, pasti Allah mendatangkan kemudahan sesudahnya. Ini kerana ia menjadi sunnatullah yang berlaku terhadap makhluk-Nya.

Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Insyirah ayat 5 hingga 6 yang bermaksud: "Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu, ada kemudahan(5). Sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan(6)."

Boleh jadi pelbagai kesukaran dan kesulitan itu membuatkan seseorang hamba itu tertekan jiwanya, namun pasti akan ada jalan keluar dari sisi Allah yang akan diperolehnya. Mungkin sahaja seseorang yang menghadapi saat kesukaran dan dirasakan tidak akan dapat memperoleh penyelesaian, tiba-tiba terbuka di hadapannya jalan keluar yang tidak pernah ia terfikir sebelumnya.

Bagi orang diberi ujian(penyakit) daripada Allah, janganlah kita berburuk sangka kepada Allah, berasa kecewa dan berputus asa kerana apa-apa sahaja yang terdapat dalam persangkaan seorang hamba, maka begitulah yang Allah lakukan terhadapnya.

Jika hamba itu bersangka baik kepada-Nya, maka Allah akan memberikannya perkara-perkara yang baik. Sebaliknya jika hambanya bersangka buruk terhadap dirinya, maka Allah menganggap ia sebagai satu doa, bahkan Allah akan mengabulkan doa itu sesuai dengan permintaannya sebagaimana hadis riwayat oleh Imam Ahmad:

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bahawa Allah Azzawajalla berfirman: 'Aku hanya mengikut sangkaan hamba-Ku sahaja. Kalau ia bersangka baik kepada-Ku, Aku pun akan berbuat begitu. Kalau ia bersangka buruk kepada-Ku, Aku pun akan berbuat begitu terhadapnya."

Akhir kalam, Sentiasalah bersabar atas dugaan kesakitan yang diberi kerana sedetik masa orang yang sakit itu dinilai oleh-Nya. Mungkin nilaian inilah yang memberatkan timbangan amal kita apabila dihisab di akhirat nanti. Wallahua'lam.

Monday, December 12, 2011

Mencintai Rasulullah

Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku pada saat-saat kewafatan Baginda, Rasulullah S.A.W lebih banyak memberi wasiat dan peringatan kepada umatnya, sehinggakan terdapat satu riwayat yang menceritakan, di saat-saat kewafatan Baginda, Rasulullah S.A.W menyebut "ummati-ummati".

Perkara ini jelas berdasarkan kata-kata Ali bin Abi Talib r.a "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W ketika menjelang saat-saat terakhir, telah menggerakkan kedua-dua bibir Baginda sebanyak dua kali, dan aku mendengar Rasulullah S.A.W berkat "Umatku,Umatku'
Betapa kasihnya Baginda kepada umatnya."

Yang menjadi persoalannya kini, adakah kita semua umat Islam mengasihi dan mencintai Rasulullah S.A.W sepertimana Baginda mencintai kita? Seandainya benar kita mencintai Rasulull S.A.W, marilah bersama-sama kita menghayati dan mengenang kisah hidup Rasulullah S.A.W bermula daripada saat kelahiran Baginda sehinggalah peristiwa-peristiwa akhir pada saat kewafatan Rasulullah S.A.W

Sesungguhnya,inilah tokoh agung yang tiada bandingan sehingga kini.

Wednesday, November 30, 2011

Mencium isteri di khalayak ramai-Ustaz Azhar Idrus

Situasi permasalahan / soalan mengganggu minda:
Saya baru balik dari Mekah dan saya mencium isteri saya di khalayak ramai. 
Apa hukum cium ini?

Ustaz Azhar Idrus jawab:
Heheee... Dia tanya bab cium
Mula-mula nak tahu dulu, cium kat mana? Kalau cium tangan, BOLEH... takde masalah! Tapi kalau cium mulut... cium pipi... ni adalah menggugurkan maruah. Jangan bercium di khalayak ramai gitu...  Betul la bini mu... tapi kita kena jaga jugak benda2 macam ni...
Cium tangan sudah la... Nak cium lebih, balik rumah!

Kalau berjalan pun cam tu jugak... tak leh berpeluk ngan bini kita. "doh bakpe tokleh peluk doh bining kite!" 
"dah tahu bini mung,... doh bakpe mung tok gi jimak kat roundabout nyer?"
Tak boleh... pimpin tangan jer dah la... Ni berpeluk peluk cam belangkas. Orang tegur, dia jawab "bining aku, suka aku lah..."  Tak leh la ikut pandai gitu... Ada adab2 di luar rumah, depan orang, belakang orang... depan anak pun tak boleh dah!
nak gini-gini, tunggu masuk bilik k... sila bawak bertendang! ngehehehee...


Soalan lagi:
Lepas majlis akad nikah, suami cium isteri di depan tetamu bukan mahram. Boleh ke?

Ustaz Azhar Idrus jawab:
Ni banyak berlaku. Lepas akad nikah pastu cium. Jangan buat gitu... Batal air sembahyang ni, buat dalam bilik karang. Ok la... kita tengok contoh 70-an... Cukuplah dengan pengantin lelaki hulur tangan, isteri dia cium. Yang tu elok jugak... Ni sekarang cium pipi... pastu cium dahi. Dalam 5 tahun lagi, romen terus depan tok imam. Jadinya, macam kahwin pengantin2 di gereja...

Sekarang ni ada pra wedding pulak... Ni semua ni karut la belaka ni... Belum nikah lagi tapi macam nikah sungguh dah... Siap ngan duduk... siap ngan pimpin tangan... siap terguling... Ni semua manusia lara
Tunang sekarang pon dah sanding dah! Makin hari makin pelik... makin pelik. Jadi, kita buang balik semua yang lara ni... dan kita kembali bermula dengan sunnah... Biarlah low profile... sederhana sudah... Yang penting, kehidupan kita selepas pernikahan...

kuliah Ustaz Azhar Idrus boleh dilayari dalam youtube=))

semoga kita perbaiki diri untuk menjadi lebih baik,insya'Allah.
tuju hala kita adalah ke alam akhirat. tempat yang kekal abadi.

=)

Saturday, November 26, 2011

maafkanlah...

Memaafkan memberikan ketenangan dalam diri. Maafkanlah.. kerana hadiah kemaafan adalah besar di sisi Allah SWT.

Maafkanlah Mereka

Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia. Betapa Allah amat memberatkan hamba-Nya menjaga silaturrahim dan ukhwah sesama manusia. Dalam Al-Quran Allah telah berfirman yang bermaksud :

"Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (Surah An Nisaa' 4:1).

Hal ini diperkuatkan lagi dengan sabda baginda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Barangsiapa yang senang untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya), maka hendaklah dia menyambung (tali) silaturahim."

Jadi jelas di sini betapa penting untuk kita menjaga ukhwah yang telah terjalin sesama manusia. Kerana menjaga ukhwah itu hakikatnya bukanlah sesuatu perkara yang mudah dilaksanakan.

Begitu jua dalam perhubungan cinta antara seorang lelaki dan wanita. Yang saling menyayangi dan mencintai antara satu sama lain. Namun kadangkala apa yang kita rancang tidak semudah yang kita sangkakan. Dan sering datang cabaran-cabaran yang membuat perhubungan terputus.

Pastinya sekiranya berlaku sedemikan dalam hubungan itu, kadangkala hati kita terlalu sakit dan kecewa atau muncul perasaan benci dengan pasangan kita kerana merasakan diri kita dipermainkan lebih parah jika kita rasa seperti dikhianati.

Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan. Lalu dendam kesumat menjadi jarum hasutan untuk kita memutuskan silaturahim. Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."
Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.

Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.

Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.

Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.

Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."

Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada Tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."

Maha Suci Allah, jelas dari kisah sirah ini, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.

Jadi bagi mereka yang sedang berusaha dalam membina satu hubungan yang lebih diredhai; sabar dan tabah lah dalam menghadapi ujian-ujian yang hadir. Seandainya telah berlakunya perpisahan janganlah sesekali kita menyimpan perasaan benci dan marah di dalam hati kita.

Jangan juga kita cuba menyalahkan takdir kerana kegagalan dan perpisahan itu. Tetapi yakinlah dengan janji Allah.. perpisahan itu pasti akan berganti dengan pertemuan.. pertemuan yang lebih baik dari pertemuan yang dulu..

Monday, November 21, 2011

Buat baik

Sebuah lori yang membawa najis, apabila kemalangan akan menghamburkan najis, demikian jika lori itu membawa buah-buahan maka buah yang akan terhambur dari lori terbabit. Jika majoriti hari kita dipenuhi dengan zikrullah & kerja2 yang membawa dekat kepada Allah, apabila kematian menjelang tiba-tiba, kata2 zikir juga yang akan terhambur sbg penutup hidup kita, demikian juga mereka yg biasa bercakap kotor, bekerja haram & bergelumang dalam yang haram, kata kotor & yang haram itulah yang akan bersamanya di waktu kematian. Moga kita dibantu Allah sentiasa.

Dr Zaharuddin

Saturday, November 19, 2011

"اشْهَدُ انْ لّآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدً " لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل

Siapa mengucap syahadah pasti masuk syurga..

Barangsiapa yang meninggal dalam keadaan bertauhid, yaitu
sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir dia berikrar
dan mengucapkan dua kalimat Syahadat, maka dia berhak berada
di sisi Allah dan masuk surgaNya.

Orang tersebut sudah dapat dipastikan oleh Allah akan masuk
surga, walaupun masuknya terakhir (tidak bersama-sama orang
yang masuk pertama), karena dia diazab terlebih dahulu di
neraka disebabkan kemaksiatan dan dosa-dosanya yang
dikerjakan, yang belum bertobat dan tidak diampuni. Tetapi
dia juga tidak kekal di neraka, karena didalam hatinya masih
ada sebutir iman. Adapun dalil-dalilnya sebagaimana
diterangkan dalam hadis Shahih Bukhari dan Shahih Muslim,
yaitu:

Dari Abu Dzar r.a. yang menceritakan bahwa Rasulullah saw.
bersabda, "Barangsiapa mengucapkan, 'Laa ilaaha illallaah,'
kemudian meninggal, maka pasti masuk surga."

Dari Anas r.a., bahwa Nabi saw. telah bersabda, "Akan keluar
dari neraka bagi orang yang mengucapkan, 'Laa ilaaha
illallaah,' walaupun hanya sebesar satu butir iman di
hatinya."

Dari Abu Dzar pula, dia telah berkata bahwa sesungguhnya
Nabi saw telah bersabda, "Telah datang kepadaku malaikat
Jibril dan memberi kabar gembira kepadaku, bahwa barangsiapa
yang meninggal diantara umatmu dalam keadaan tanpa
mempersekutukan Allah, maka pasti akan masuk surga, walaupun
dia berbuat zina dan mencuri." Nabi saw. mengulangi sampai
dua kali.

Banyak hadis yang menunjukkan bahwa kalimat Syahadat memberi
hak untuk masuk surga dan terlindung dari neraka bagi yang
mengucapkannya (mengucap Laa ilaaha illallaah). Maksudnya
ialah, meskipun dia banyak berbuat dosa, dia tetap masuk
surga, walaupun terakhir.

Sedangkan yang dimaksud terlindung dari neraka ialah tidak
selama-lamanya di dalam neraka, tetapi diazab terlebih
dahulu karena perbuatan maksiatnya...wallahua'lam

Terkenangkan Arwah Abah. Hembusan terakhir beliau. Mengucap kalimat Syahadat.
"اشْهَدُ انْ لّآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدً " لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل. اللّهِ اللّهِ اللّهِ
Al-Fatihah

Ya ALLAHH! Kurniakan kami khusnul khotima. Pengakhiran yang baik YA ALLAH!
AMEEN AMEEN AMEEN YA RABB!

Tuesday, November 15, 2011

Maafkanlah...

Saya dapat dari Facebook, rakan saya. Naslia. Dari Hilal Asraf.Syukran.

Hari ini Dr Abdullah Juyushi meninggal dunia. Saya jadi teringat dengan apa yang Dr Ala' Hilat kongsikan pada semester dua, tahun lepas.

"Bapaku ada sengketa dengan jiranku. Hinggalah satu hari, jiranku meminta maaf. Tetapi bapaku berdiam diri, kerana terluka dengan sikapnya. Lantas tidak memaafkan. Aku melihat kepada bapaku itu, dan mengambil peluang untuk duduk berdua bersamanya.

Aku berkata: Wahai bapa, mengapakah engkau tidak memaafkannya?
Bapa aku menjawab: Sesungguhnya aku terluka, dan benci akan sikapnya.
Aku berkata: Wahai bapa, bukankah dia telah meminta maaf. Apakah engkau ingin dia mati, na'uzubillahiminzalik, dalam keadaan engkau tidak memaafkannya, dan nanti engkau akan rasa bersalah dalam hidupmu kerana tidak memaafkannya? Dan bagaimanakah engkau hendak bertemu dengan Rabbmu Yang Maha Pemaaf itu, jika engkau mati dalam tidak memaafkan orang yang memohon maaf?

Bapa aku terkejut dan berkata: Mengapakah aku tidak terfikir sedemekian wahai Ala'?

Lantas bapaku bertemu dengannya, dan memaafkan. Mereka bertangisan, dan saling berpelukan. Nyata lelaki itu menyesal, dan nyata bapaku kelihatan lebih ceria selepas memaafkan.

Satu hari, tidak lama selepas itu, aku pulang lagi ke rumah. Seluruh rumah seperti dinaungi mendung. Aku bertanya kepada Ibuku: Apakah yang telah berlaku?

Ibuku berkata: Sesungguhnya jiran kita itu baru meninggal tadi. Dan bapamu menangis tidak berhenti semenjak tadi. Naiklah wahai Ala', dan tenangkanlah bapamu itu.

Aku naik, dan bertemu bapaku. Bapaku masih menangis hiba. Bila melihatku, terus dia berkata: Wahai Ala', kalaulah bukan kerana nasihat engkau tempoh hari, nyata aku adalah yang akan menjadi manusia paling menyesal pada hari ini."

Mati, tidak tahu bila.
Selesaikanlah urusan.
Hiduplah dalam kesederhanaan.
Ada peluang memberikan kemaafan, kita beri.
Ada peluang memohon kemaafan, kita mohon.

Saturday, November 12, 2011

1432H Raya Haji

lori yang membawa lembu & kerbau
OH ingin melihat lembu dengan pemandangan lebih jelas...
ye sila lihat teknik memanjat beliau
masya'Allah! dengan sekali panjat..beliau sudah berada diatas
bersama sahabat-sahabat perjuangannya.(anak-anak yatim)
masya'Allah!
diatas puncak mixer simen^.^

masya'Allah!
Omar Muaz didukung bersama Ustaz Saad
berani OM. Masya'ALLAH


OM tasmik Abi
masya'Allah!

"Aid Mubarak"
dari kami cucu cucu
Arwah Haji Mohd Busra
OF sembelih kerbau
alhamduLILLAH..
agak ganas kerbau nya..
terlepas...
alhamduLILLAH dapat diikat semula,,
kerjasama
anak anak yatim duduk atas lembu..
sementara belum disembelih..

AlhamduLILLAH

Hari Raya Aidiladha dalam hadis
  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun


Friday, November 11, 2011

Sabarlah duhai hati

Ketika ibu/ayah/suami/isteri/anak-anak/abang/adik/kakak/sahabat dalam kesusahan mudah untuk kita mengucap "sabar ye..sabar..."Tetapi hakikatnya

Memujuk orang supaya bersabar jauh lebih mudah berbanding memujuk diri sendiri supaya mengamalkan sabar itu sendiri. :)

Maka Ya Allah,
Pinjamkan kesabaran bukan sekadar buat dia, tapi juga buatku, dan buat kami semua. Sungguh, hanya rahmat-Mu yang kami dambakan.

Sabar Najahul! Sabarrrrrr...(",)

Harta...

Harta haram khususnya RIBA & RASUAH adalah ibarat virus yang kronik & sangat merbahaya, apabila ia memasuki pendapatan harian kita seolah virus memasuki tubuh, ia akan merebak sedikit demi sedikit sehingga menjadikan seseorang 'tuli' dari sebarang nasihat, 'buta' dari sebarang panduan, hilang daya tahan terhadap harta, sehingga over-cinta harta yg melimpah ruah, tiada lagi endah dan sensitif pada yang halal dan haram.
Akhirnya hati bernanah dan mengeras seperti batu, amalan jadi berat, ibadah tiada sempat, pakaian jadi sekerat, iman makin terangkat, doa hanya singkat, akhirnya mangkat tak sempat taubat.

Nauzubillah..
Ya Allah berikan kami suntikan ubat iman

Ustaz Dr Zaharuddin

Saturday, November 5, 2011

hari Jumaat.

Sepatutnya saya post semalam. Oleh kerna dek kesibukan menyiapkan persiapan Aidiladha..
.......

Hari Jumaat. Hari penghulu segala hari. Hari yang indah. Hari ketika semua kaum Adam ke Masjid menunaikan Solat Jumaat..manakala yang sedang mengerjakan Haji 1432H ini.Solat Jumaat d Masjidil Haram dan pada keesokan hari 9 Zulhijah, mereka akan mula bertolak ke Arafah untuk berwukuf :')

Alangkah indahnya. Syukran pada Allah. AL-WASI' Allah Maha Luas PemberianNya.

Gembira bercampur sedih ketika setiap kali hari Jumaat tiba.

Gembira melihat anak-anak yatim, anak saya berjubah putih dengan berkopiah putih serta dengan serban. Bau wangi-wangian sebatu sudah berbau.=) Masya'Allah :')

Sedih. Pabila mengenangkan Arwah Abah. Hari Jumaat. Jam 10.30pagi. Beliau sudah bersiap sedia untuk menunaikan solat Jumaat. Jam 11.30/12.00 beliau sudah ke Masjid. Awal ke Masjid nya. Pabila ditanya dahulu

Saya: Kenapa Abah pergi awal?
Lalu beliau menjawab.
"Abah nak solat saf depan! dan Abah boleh baca Quran!"

Pernah ketika itu saya bergurau.
"Bah..bah..alang-alang Abah pergi awal.. Abah jadi Imam terus."

Abah tersenyum sipu.=)

Ketika menyiapkan dirinya. Kami dari bawah sudah bau wangian beliau. Tiap kali solat Jumaat. Fesyen serban beliau sentiasa bertukar. Style Oman, Yemen, style Pondok...kadang kala pabila beliau berjumpa Ulama' Madinah, Yemen atau mana2 ulama'..beliau akan memerhatikan serban mereka lalu dicuba untuk dirinya sendiri =')

Sedih. Kerana pada hari Jumaat jua dia pergi tidak kembali...
Pada 8 Rejab itulah..Ulama' dari Madinah(Habib Zain) yang solatkan jenazah Arwah Abah di Masjid Muaz bin Jabal Setiawangsa.
Rezeki Abah.
Impian/cita-cita Abah ingin meninggal di Madinah..
AlhamduLILLAH Allah Maha Pemberi.


Allah..KAU sahaja tahu betapa sayu nya hati kami pabila mengenangkan Arwah Abah.(T_________T)

KINI...

Abah sudah tiada lagi.

AL-FATIHAH.

Hj Abdul Aziz b Hj Mohd Syed.
(8 Rejab 1432H)

Sunday, October 30, 2011

Bayangkan...

Bayangkan sejuta umat Islam keluar keserata pelusuk negeri, dengan akhlak yang mulia, jumpa orang cerita
tentang kehebatan ALLAH S.W.T
tentang RASULULLAH S.A.W
tentang keindahan ISLAM
tentang AL-QU'RAN
tentang IMAN
tentang AKHIRAT
tentang Sahabat-sahabat RASULULLAH

tentu ramai yang terpikat dengan ISLAM tanpa perlu takut kepada yang lain....

Sayangi ibu ayah...

Sayangilah ibu ayah kita selagi mereka masih hidup. Andai kata ibu ayah kita ada buat silap. Maafkanlah mereka. Doakan moga Allah ampuni mereka.

Peluk,salam, cium mereka selagi mereka masih hidup.
Sebagaimana anak-anak yatim disini, tiada tempat untuk peluk,cium ibu ayah mereka.
Jadi kita sebagai umat yang prihatin.Ambil tanggungjawab.
Sayangi anak anak yatim kerna Rasulullah SAW adalah anak yatim!
.......................................
Jangan kesal di kemudian hari...
ketika ibu ayah hidup, melawan cakap tidak tentu hala
pabila ibu ayah kita tiada kelak

baru kata rinduu, sayaaang
Audit diri kita semua agar kita dapat menjadi anak yang soleh/solehah..

"YA ALLAH....kasihanilah kedua-dua ibu ayahku sebagaimana mereka mengasihi aku waktu kecil"
Ameen!

Thursday, October 27, 2011

1 tahun. AlhamduLILLAH

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menyusun aturan kehidupan yang amat sempurna!Pada 22/10/ 2011 maka genaplah umur anakku Omar Muaz setahun. Harta Allah yang paling berharga buat kami. Melihat anak yang semakin membesar adalah satu nikmat dan anugerah dari Allah. Allah Maha Penyayang. Syukran YA ALLAH.=,)

Ala kulli hal, syukur kepada Allah Taala memanjangkan umur Omar Muaz hingga ke saat ini dan diberi rezeqi untuk menyusukan Omar Muaz sepenuhnya. alhamduLILLAH. Terima Kasih YA ALLAH!

Tidak pernah ku lupa Jaddi kepada OH dan OM
AL-FATIHAH
T_____T'
Rindu Abah
Yang pergi tetap akan pergi. Ingatlah dunia hanyalah sementara.
Yang kekal adalah di akhirat! Semoga dapat berjumpa disana.insya'Allah.
Ameen Ameen Ameen YA RABB

Monday, October 10, 2011

kenapa Allah hidupkan aku hari ini?

Apabila bangun tidur, jika boleh pada setiap hari, tanya kepada diri sendiri: “Kenapa Allah hidupkan aku pada hari ini?”

Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali:
“Kerana dosaku terlalu banyak. Allah izinkan aku untuk bertaubat..

Sunday, October 9, 2011

KENAPA Sekolah Anak-AnakYatim Darul Aitam dibina?

Ada segelintir orang sering menanyakan dan mempersoalkan..
"Kenapa buka sekolah anak-anak yatim/miskin?
" Kenapa tak hantar sekolah biasa?
"kenapa tidak minta bantuan perbadanan yang tertentu?"....kenapa...kenapa dan terus menanyakan difikiran mereka iaitu.....
KENAPA?
Jadi saya disini ingin menerangkan agar ia LEBIH jelas dan difahami..insyaAllah.

Arwah Bapa Mertua saya Haji Mohd Busra bin Haji Anwar merupakan seorang guru agama dan peniaga ,dapat membuka sekolah anak anak yatim daripada hasil sumber kewangan daripada hasil-hasil penulisan buku beliau seperti buku sekolah agama menengah tahun 60an,70an 80an,hasil jual beli tanah, lembu dan kambing yang diternak...

KENAPA...
Arwah Bapa Mertua saya Haji Mohd Busra bin Haji Anwar dan ibu mertua saya Hjh Umimaisarah bt Hj Mu'ti membuka sekolah anak yatim ini semenjak 1985 dan anak-anak dan menantu menantu yang meneruskan usaha beliau?

KERANA...
didalam AL-Quran ada menyebut

Katakanlah: "Apa jua harta benda yang kamu nafkahkan, Maka berikanlah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, fakir miskin dan ibnu sabil. Dan ingatlah, apa jua yang kamu lakukan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNYA." al-Baqarah(2) 215


Rasulullah  bersabda: “Barang siapa yang menanggung makan dan minum (memelihara) anak yatim dari orang Islam, sampai Allah SWT mencukupkan dia, maka Allah mengharuskan ia masuk syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak terampunkan” (H.R. Turmudzi).

Sabda Rasulullah s.a.w: "Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang diperlakukannya (diasuh dan dididik) dengan baik, dan seburuk-buruknya rumah kaum muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk." (HR Ibnu Majah)
 

biarlah anak yatim itu bergembira di rumah anak yatim ini. Insya'Allah!

bahkan terdapat juga hadis yang menyatakan keakraban Rasulullah dengan pengasuh anak yatim ini:
"Aku dan pengasuh anak yatim (kelak) di syurga seperti dua jari ini." Menurut Bukhari, Rasulullah berkata seperti itu sambil menunjuk jari telunjuk dan jari tengah dan merapatkan keduanya

 Sahabat, bayangkan, betapa indahnya suasana jika Rasulullah menepuk bahu kita di akhirat nanti, sambil tersenyum dan mengatakan bukankah di dunia dulu aku pernah bersabda bahawa perbuatanmu telah menyebabkan darjatmu diangkat sehingga kamu begitu hampir denganku..
ALLAH!!!!!! RINDU PADAMU YA RASULULLAH!!!!
 
(V______________________v')

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu.


dan benar, alangkah bahagianya di waktu itu....

"Besar pahala jaga anak anak yatim ni haaa"

begitu luahan kata-kata mereka yang mengunjungi/menziarahi sekolah anak-anak yatim disini.

Dari kata-kata itu, memainkan peranan yang amat besar.Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.


Lalu saya yang hamba yang lemah lagi jahil ini menjawab.
" Besar pahala, begitu jua dengan dugaan nya..besar.., banyak ujiannya.doakan kami disini tabah dan terus istiqomah ye. Makcik/Pakcik"

Mereka senyum, seolah-olah mengiyakan.

Besar pahala, TETAPI apa jua, ingatlah bahawa kita buat segala bentuk tidak kira dalam kerja/pengurusan/ mendidik niat hanya kerana ALLAH..

Malah ada yang bertanya..
"Macamana dapat sumbangan bulanan?"
"Ada tak perbadanan2 tertentu bagi? Kalau tak dapat, isi borang dll"


Terus terang kami katakan bahawa
"Allah yang mengerakkan hati manusia, AlhamduLILLAH sehingga kini, sumbangan tidak putus-putus.Proton menjadikan sekolah kami sebagai anak angkat
AlhamduLILLAH


" Kami da isi borang dah banyak kali, tetapi sehingga kini..tiada apa pun berita..ada sahaja alasan"

Ada jua sesetengah perbadanan..
"Banyakkkk sangaaat prosedur itu ini  sini sana buat ini buat itu bina ini bina itu cek sini cek sana..."
Tetapi di pengakhirannya
"Pihak sekolah jua yang perlu menguruskan dan mengeluarkan sendiri dana"

Kami Redha.
Kami harus Tabah.
Mana mungkin kami tabah dalam segala tugasan jika Allah tidak memudahkannya.

Justeru,jangan pernah walau sekali merasakan apa yang kita ada pada hari ini adalah hasil usaha kita sendiri.Sekali ALLAH tidak meredhainya, maka hancurlah semua.

kita hanyalah memberi komitmen mendidik, mengajar.Namun di pengakhirannya ALLAH jua menentukan segalanya.

kemudian apabila kamu telah membulatkantekad,maka bertawakallah kepada ALLAH

"Sesungguhnya ALLAH menyukai orang orang yang bertawakkal kepadaNYA
Surah Ali Imran :159

Saya menyeru diri saya dan yang lain.
Sama-samalah kita membantu sesama umat Islam.Ini tanggungjawab kita bersama.
Kasihanilah, Sayangilah anak anak yatim ini kerna mereka memerlukan sokongan kita semua.insya'ALLAH

yang baik datangnya dari ALLAH, yang lemahdan yang salah datang dari saya sendiri..

wallahu a'llam

Tuesday, October 4, 2011

"Mabruk!"

Ucapan khas buat kakak iparku
Hjh Ruhil Hayati bt Hj Mohd Busra
"Mabruk~!"
"Tahniah~!"
atas
kejayaan
dalam
Ijazah Sarjana Syariah
(Master) di Universiti Malaya
4/10/2011

(^_______________^)

Tuesday, September 27, 2011

Cintailah tugas anda.

"Do you like your work?", " 'like' is not the right word for me, because i love every minute of my works". Itulah jwpn seorg engineer kereta di Germany kpd wartawn dlm satu dokumentari. Kecintaan kpd tugas yg mampu menghasilkan kualiti hebat, maka tidak hairan Germany menjadi pusat kereta dunia. Cintailah tugas anda selagi ia halal, jika blm bertemu, rintis & rancanglah utk sampai kpdnya

I love my works,alhamduLILLAH
How about you?
^_____________^

Zaharuddin.net

Monday, September 26, 2011

Aurat wanita

OH : "Mama, girl kena pakai tudung sebab ALLAH suruh kan Mama?"
Saya : "Ye, ALLAH suruh..kita sayang ALLAH kita ikut apa yang ALLAH suruh buat,kita kan nak masuk Syurga..insya'ALLAH...girl yang dah besar mesti pakai tudung"
OH : " Bis tu,kenapa kawan-kawan Mama tak pakai tudung? nape tak ikut apa ALLAH suruh buat?"
................
saya menarik nafas yang panjang
Saya :  "Hussennn, kita doakan mereka..moga ALLAH bukakan hati mereka ye Hussennn"
OH : "oookay la, tapi dosa kan?"
Saya : "ye..tapi kita doakanlah mereka yeee"
OH : "yelaa.."

kadang kala soalan atau perbualan yang dikemukan oleh OH nampak mudah, tetapi untuk memberi jawapan,penjelasan yang mudah dan senang difahami pada seorang kanak-kanak yang baru berumur 5 tahun perlulah menggunakan akal fikiran yang bijak agar mudah dihayati dan difahami.insya'ALLAH
Semoga ALLAH mempermudahkan, insya'ALLAH..Ameen YA RABB
ALLAH Yang Memberi Akal fikiran pada manusia, jadi sama-samalah kita menggunakan dengan sebaik-baiknya.insya'ALLAH
^______________________________^
SUBHANAALLAH
SAYANG NYA ALLAH PADA KITA...
ALLAH! ALLAH! ALLAH! YA ALLAH!
ALHAMDULILLAH

Al-Quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam

Surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".


Surah Al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud :
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada Allah dan Rasulnya. Sesungguhnya Allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.
Dengan menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.
Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali.Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.

Surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.


Friday, September 23, 2011

Tha'labah bin Abdul Rahman

Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Tha'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.


Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.


Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.


"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."


Rintihan Tha'labah


Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.


Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.


Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."


"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.


Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.


Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"


"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.


"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"


"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"


Cita-citanya hanya Syurga


"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"


"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."


Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."


Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.


Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.


Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"


Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."


Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!


Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?


Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.

Monday, September 19, 2011

Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya.

" kau , dah hari ker berapa dah?"

"aku dah 5 hari dah ni"

"esok aku raya (sunat syawal)"

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.

Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

Ziarah & Puasa Sunat

Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.

Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)


Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW

‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة

Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.

3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh dibuat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Tuesday, September 13, 2011

Penggunaan, Masya'ALLAH

Penggunaan "MasyaAllah" dlm percakapan seharian. kadang2 kita terpengaruh dengan Movie, terutama cerita P ramlee yang banyak menggunakan "MasyaAllah" dalam situasi yang silap. Saya dapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "MasyaAllah" ketika berhadapan dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok , contoh ketika terlihat gambar-gambar censored atau bila anak-anak kita buat perangai nakal.


Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG . Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah "MasyaaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi atau kanak-kanak yang comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah "Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali).
Artikel ini dipetik dari iLuvislam.com

Monday, September 12, 2011

"Aid Milad Saeed ABI!"

"Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim,aku sungguh bersyukur kepadamu Ya Allah kerna telah mengurniakn ku anugerah seindah ini.. Terima Kasih Ya Allah,aku amat menghargai kurniaan Mu ini..Tiada yg dpt ku berikan kepada Mu Ya Allah,selain beribadah dan memperbanyak kan amalan ku...
Insya'ALLAH. Ameen!

Terima Kasih YA ALLAH kerna mengurniakan suami yang baik.
ALHAMDULILLAH

Syawal 1432H

Syukran kerna membimbing kami dan tidak pernah putus asa mengajar Mama, walaupun sudah beberapa kali sudah diajar,(dlm hati kecil ini, kadangkala sudah banyak kali diajar, tak pepaham lagi=p)
Syukran kerna mendidik/menjaga Mama,Omar Hussen dan Omar Muaz..
Syukran Abi kerana sabar dengan karenah kami.
Syukran Abi kerana membimbing kami membaca Al-Quran dan mentafsir kan setiap ayat yang dibaca..tidak kira dimana jua.(kadangkala, ketika Abi baru nak terlena tidur, dengar Mama baca silap..akan diperbetulkan ^,^)
Syukran Abi kalau tegur Mama jika buat salah, dan tentu akan dijelaskan kenapa dan mengapa...
Syukran kerna menerima kekurangan Mama
Banyak lagi Syukran pada Abi atas segala perbuatan Abi pada Mama,anak2 dan keluarga...
Banyak lagi Syukran, tetapi biarlah hanya ALLAH sahaja yang menilai kebaikan Abi
Naja sayang abi kerana ALLAH.
Semoga kita semua dapat bertemu di Syurga nanti! Insya'ALLAH.
Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas jasa baik Abi..

Terima Kasih YA ALLAH!
7885 selamanya insyaALLAH!
"Ana uhibbuka hubban khatira zauji "
^__^

Teristimewa buat pemilik cintaku setelah ALLAH S.W.T dan RASUL
Hj Omar Fikri Hj Mohd Busra
SYUKRAN JAZILAN
atas kebaikkanmu
Isterimu ini ingin menjadi saksi di akhirat bahawa dirimu seorang suami yang berbuat baik terhadap isteri dan keluarga
MASYA'ALLAH
ALLAH YANG MAHA AGUNG

"Aid Milad Saeed Abi!"
"Sanah Helwah Abi yang ke 33!"

YA ALLAH
bimbingkanlah kami sentiasa ke arah Jalan MU YA ALLAH!
Temukan terangnya cahaya hidayah,Taqwa dan Iman dan sentiasa disemat dalam hati kami!
kerana kita hidup bukan hanya didunia, TETAPI
kekal kelak di Akhirat
YA ALLAH!
Pilihlah kami sebagai hambaMU yang tahu bersyukur.
AMEEEEEEN