Sunday, April 11, 2010

Mabruk~! Nurul'ain Zinnirah

..."MABRUK" pada Atikah dan Ehsan...
alhamduliLLAH selamat melahirkan permata hati
*Nurul'ain Zinnirah bt Haji Muhammad Ehsan*

jumpa bulan 6 ini~!!!insyaALLAH...
pipi kamu akan digigit-gigit
*ngaap..ngaap*
salam syg cium pada "Zinnirah"

Tuesday, April 6, 2010

kematian itu PASTI!

Salam..mohon maaf..kerana setelah sekian lama saya tidak mengemaskini kan blog saya...

baru-baru ini dikejutkan dengan beberapa orang yg sudah meninggalkan dunia..
salah seorang daripadanya adalah saudara saya (sebelah suami saya) yang baru menjangkau usia 31 tahun pada tahun ini..Al Fatiha~

kematian itu tidak mengenal usia..tidak kira tua dan muda..
jadi untuk peringatan saya jua sahabat2 di luar sana..adakah persiapan untuk menuju ke alam yg kekal abadi sudah kita bersedia dengan bekalan amalan-amalan?

ALLAHUAKBAR...moga kita semua diberi kesempatan untuk menambah amalan, iman n taqwa padaNYA...sentiasa bertaubat..


seringkali kita terdengar ucapan seseorang ketika diajak kembali ke jalan ALLAH,
"Nantilah dulu, apabila aku telah tua, aku akan bertaubat."
Juga ucapan seorang wanita jika dinasihati supaya menutup aurat,
"Nanti bila da tua, aku akan pakai tudung."

Ucapan ini bertitk tolak daripada akal yg lemah.
Jika seseorang itu beriman, tidak mungkin ia berkata seperti itu.Sebab semua orang tahu bahawa ajal boleh datang tiba-tiba tanpa membezakan usia, lalu siapa yg menjamin bahawa ia akan mencapai usia tua?

semoga kita semua dikurniakan "khusnul khatima", mati dalam keadaan beriman..

AMEEN YA RABBAL ALAMEEN..

Renungan
Setiap org daripada kita akan melalui masa-masa ini. Akan tiba masanya kita memandang sirat di hadapan, dengan api neraka berwarna hitam menyala-yala di bawahnya.Kita lalu dipaksa untuk melangkahkan kaki ke atasnya, padahal hati berdebar-debar dan tubuh gementar.

Kita menoleh ke kanan ke kiri, kita lihat ribuan manusia terjatuh satu persatu dari titian.Pada saat itu, jantung kita seolah-olah terputus kerana ketakutan.

FIKIRKAN kita segera kembali ke dunia mencari-cari, amalan apa yg pernah aku siapkan untuk menghadapi saat-saat ini? Orang yang berakal segera beramal untuk saat itu sejak saat ini...

peringatan untuk diri saya yg lemah ini..

wallahu a'lam