Friday, October 23, 2009

..ekzema...

ekzema, juga dikenali sebagai Dermatitis Atopik dan ia tidak berjangkit. Perkataan ekzema diguna untuk menjelaskan semua jenis masalah kulit yang merah, lepuh, berair, berkeruping, bewarna perang, tebal dan gatal.Ia sangat mudah berlaku di kalangan bayi. Di kalangan remaja belasan tahun dan golongan muda , Ekzema berlaku di siku,belakang lutut, buku lali, pergelangan tangan, muka, leher..
wallahua'lam

Dan yang pasti...
Saya bukan seorang doktor pakar kulit
Yang Saya PASTI
ianya sakit, gatal,pedih dan kadangkala menganggu emosi seseorang..
dan perlu pantang dari segi bentuk pemakanan nya...
saya DOAKAN mereka sentiasa TABAH! ini UJIAN dariNYA...
masya'ALLAH, moga sentiasa SABAR dalam mengharungi UJIAN dariNYA..

Ini al-kisah benar,
Seorang anak yatim baru yg bernama Muhammad Syahmi telah mendaftar ke Darul Aitam..
kebetulan kedatangan beliau bersama makcik dan pakciknya, Pengetua mempunyai urusan yang penting
JADI...Penerimaan nya dan pendaftaran nya, saya uruskan...
Beliau kehilangan bapa kerana terlibat dalam kemalangan..
Ibu beliau tidak dapat membela nya, akibat masalah kewangan dan atas sebab2 tertentu..

SETELAH selesai segala pengurusannya,
SAYA..terlihat akan kulitnya..
MASYA'ALLAH sesuatu yang amat menyakitkan..
IAITU EKZEMA..

tanpa berlengah masa...kami menghantarnya ke klinik..alhamduliLLAH, doktor telah berikan ubat dan jua krim2..

TANGGUNGJAWAB saya..untuk menyapu dan membersihkan keadaan disekitar kulit2 nya...
SEDIH?
YA memang saya SEDIH, malah air mata saya berlinangan..menangis..MENANGIS pabila melihat akan keTABAHAN beliau..sedangkan ianya amat,amat memedihkan...
BAYANGKAN..
ibu, bapa, keluarganya yang tiada disisi...
TApi MAMPU tersenyum...
pabila saya membersihkan dengan krim...
saya bertanya
"syahmi, pedih ker? kalau pedih cakap ye"
lalu beliau menjawab
"tidak, ustazah..masih boleh tahan..
lalu saya berhenti manyapu krim padanya..melihatkan matanya yang menahan kesakitan
dan dia meminta izin pada saya...
"ustazahhh..boleh bagi sikit masa...pedihhh"

Masya'ALLAH!!!...
"maaf syahmi..maaf..." itulah ungkapan yang hanya dapat ku lafazkan...
tidak dapat ku gambarkan perasaan yang amat menyakitkan itu..amat2 memedihkan...
lalu air mata ku berlinang lagi..sedih yang amat..='(

Surah Al-Isra' Ayat 82 bermaksud,
"Dan kami turunkan denganberansur-ansur dari Al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat, penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepada-NYA"

Hadis Rasulullah SAW dari Jabir RA
"Sabda Rasulullah SAW bermaksud: " Bagi setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan IZIN ALLAH SWT".

MOGA sahabat2 diluar sana, menDOAKAN Muhammad Syahmi sembuh dengan baik..
saya mengharapkan Doa dari sahabat2...

p/s* sesiapa yang mempunyai petua2 atau ubat2 yang dapat mengatasi masalah ekzema ini, amat amat dialukan..kerjasama sahabat2 amat saya hargai

wallahua'lam