Thursday, October 1, 2009

dugaan...

Malam ini adalah hari yang amat sukar untukKU,tapi ianya adalah sebahagian DUGAAN & UJIAN dari ALLAH S.W.T..

Baru sikit sahaja ALLAH S.W.T menguji tahap kesabaran ku...Moga saya sentiasa berusaha untuk menjadi ihsan yang lebih baik...doakan...=)

masalah nye?..biarlah ianya menjadi tatapan n rahsia sahaja..

TAPI

apa yang saya ingin TEGASKAN...bahawa..sekiranya ANDA atau SESIAPA sahaja yang membaca blog ini secara sengaja atau kebetulan..

INGIN

menasihati diri SAYA yang lemah dan sahabat2 diluar sana....

JANGAN menyusahkan ibu bapa...

SAMPAI bila kita nak harapkan pertolongan mereka....tibalah masanya untuk kita..KITA menolong mereka..

BUKAN menyusahkan atau membebankan mereka...

Maksud Firman Allah

dalam surat Al-Israa’ ayat 23 :

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah eorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia”.


Diantara adab anak terhadap ibu bapa ialah :-

1. Bercakap dengan lemah lembut

2. Jangan meninggikan suara (marah) kepada keduanya.

3. Hendaklah mendoakan keduanya dengan keampunan

pada setiap lepas solat (sama ada masih hidup atau yang telah meninggal dunia).
4. Jangan memotong(pintas) cakap keduanya

5. Jangan lebihkan isteri daripada ibu

6. Jangan menyakitkan hati keduanya.
7. Memelihara keduanya ketika tua dan uzurnya (makan, pakaian, kesihatan, tempat tinggal, persekitaran).

8. Menghajikan keduanya setelah matinya (jika belum berhaji)

9. Membayar hutang jika keduanya tidak mampu.

10. Membayar fidyah puasanya
11. Menjaga maruah (nama baik) keduanya.

12. Sentiasa menghubungi (ziarah) keduanya (jika masih hidup).

13. Jangan menyusahkan keduanya (kerja buat seperti orang gaji).


14. Orang yang derhaka kepada ibu bapanya, jauh daripada syurga lebih

daripada lima ratus tahun perjalanan dengan sebab itu terdindinglah ia daripada memasuki syurga melainkan

dengan izin-Nya dan redha keduanya kepada kita.

15. Doa kedua ibu bapa.


اللّهمّ اغفرلى ولوالديّ وارحمهما كما ربّياني صغيرا

Ertinya :-

“Ya Allah ampunilah dosaku dan kedua ibu bapaku dan kasihanilah keduanya sepertimana mereka mengasihaniku semasa kecil.”

wallahu a'lam