Wednesday, October 28, 2009

makin berani!


makin berani? apa yang saya maksudkan ini adalah...
manusia..orang melayu..khususnya umat Islam...
makin berani..bukan berani menegakkan syiar islam, atau menegakkan kebenaran
TETAPI
berani menegakkan maksiat!!! melakukan maksiat!!
Yang saya pelik dan terus pelik...
mengapa mereka berbangga dengan perkara ini? MENGAPA?
gambar2 mereka tayangkan di dalam FB, Friendster, Myspace dan byk lagi!!
gambar bukan sebarang gambar, tapi gambar yang menunjukkan mereka didalam club, pub2 dan sebagainya..
nauzubiLLAH!!!
gambar mereka yang begitu intim, mesra, manja bagaikan dibuai angin ...meminum arak..?!!
nauzubiLLAH!!!

DAN
ada yang berbangga sudah berzina!!! malah ada roomate saya...saya bertanya pada dia, apakah azam baru anda? malah dengan tanpa segan silu...apa yang dia cakap? i lost my virgin in New Year!!!
NAUZUBILLAH!!! mengucap saya beberapa kali!!! BERBANGGA PULAK TuUU...saya menasihati dia agar segera bertaubat...dia hanya tersengih2!!!.........sengih saja??????

sudah lupakah kita dgn firman Allah di dalam surah an-Nur ayat ke 2:
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap  seorang dari keduanya seratus kali sebat;
dan janganlah kamu dipengaruhi oleh  perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah,  
jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; 
dan hendaklah disaksikan  hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang  yang beriman.  
adakah kita masyarakat Malaysia 'kebal' daripada hukuman yang telah ditetapkan  oleh Rabbul Jalil ini?
Tidak adakah sedikitpun perasaan gerun didalam hati kita  terhadap ayat ini? 
Tepuk dada tanya Iman.

YA ALLAH! inilah akhir zaman
Kerana itulah Nabi SAW bersabda,
"Orang yang berhijrah itu adalah seorang yang meninggalkan kejahatan dan orang yang berjihad ialah seorang yang memerangi hawa nafsunya."

bekalan pabila kita mati dan meninggalkan dunia ini hanyalah dengan membawa
1. amal jariah
2. doa anak soleh
3. ilmu yang dimanfaatkan
Sesungguhnya di akhirat nanti segala anggota tersebut akan memberi kesaksian di atas apa yang dikerjakan di muka bumi ini sebagaimana firman Allah di dalam Surah Ya-Siin, " Pada hari Kami kunci mulut-mulut mereka dan tangan-tangan mereka memberitahu Kami dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang telah mereka usahakan.

semoga kita semua dikurniakan "khusnul khatima"
dan diberi ketetapan IMAN dalam apa jua bentuk ujianNYA
wallahu a'llam