untuk berfikir tentang kejadian-kejadian bencana alam yang kini semakin kerap terjadi.Ayuh kita bersama fikir-fikirkan!
"Telah timbul berbagai
kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah
hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan
perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf
dan bertaubat)
" Surah Ar-Rum:41
saya manusia yang lalai dan lemah ini, berasa pelik dan terus pelik
mengapa dan MENGAPA
manusia kini semakin berani dan terus berani dan tidak endah langsung akan
perintah-NYA?
sedangkan ALLAH SWT telah memberi peringatan yang
sering kali membuat diri insaf dan takut buat SEKETIKA
sahaja...
pabila tsunami berlaku
manusia mula berkata " takutnyeee, da nak akhir zaman kann?"
itulah ungkapan yang sering dikatakan dari insan yang bergelar manusia..
pabila gempa bumi di Indonesia
manusia mula mengulangi dan berkata.."Ya ALLAH, takutnyeee, akhir zaman da nak dekat daa?"
takut dan terus takut..
TETAPI...
hanya beberapa saat,minit, jam, atau tidak lebih dari sehari...
MANUSIA akan merasa insaf dan takut buat seketika sahaja.
dan akan LUPA dan terus LUPA akan peringatan dariNYA
nauzubillah...moga kita semua tidak tergolong dikalangan manusia sebegini
"Ya ALLAH, takutnyeee, akhir zaman da nak dekat daa?"
" takutnyeee, da nak akhir zaman kann?"
manusia oh manusia...
takut sahaja?..apa yang dimaksud takut itu?
sedangkan kita tidak mengubah sikap dan masih melanggari syariatNYA?
TIBALAH MASANYA..
untuk kita mengubah perspektif ini...
"Ya ALLAH, ini adalah peringatan ALLAH SWT, moga kita semua diberi nafas dan peluang agar dapat mempertingkatkan IMAN dan TAQWA padaNYA"dan terus berTAUBAT padaMU YA ALLAH!
cuba kita renungkan...ALLAH SWT memberi peringatan pada kita SEMUA..peringatan..dan peringatan...agar kita semua diberi peluang untuk berTAUBAT, menambah IMAN dan TAQWA, menambah amal ibadah padaNYA...
ALLAH SWT memberi peluang dan peluang pada kita semua yang masih hidup ini...!!!
masya'ALLAH! subbannaALLAH!!
SAYANGNYA ALLAH SWT pada UMAT-UMATNYA!
kita sebagai manusia?
apakah betul-betul kita menyayangi ALLAH SWT? sedangkan kita masih melakukan perbuatan yang melanggari perintahNYA?
apakah pembalasan kita terhadap ALLAH SWT?
YANG MAHA PENCIPTA , YANG MAHA MENGETAHUI, YANG MAHA ADIL, YA MAHA PENYAYANG?
hanya dengan mengungkapkan..
"Ya ALLAH, takutnyeee, akhir zaman da nak dekat daa???"
TIDAK..SAMA SEKALI
JADI
kita semua sebagai umat-umatNYA...HARUS atau lebih spesifiknya WAJIB berubah...menambah IMAN dan TAQWA, berTAUBAT, sentiasa dan sentiasa berusaha untuk menambah amal ibadah padaNYA!
insya'ALLAH! insya'ALLAH!
ameen YA RABB!
Saya berpesan kepada sahabat sekalian dan kepada diri saya sendiri terutamanya, supaya kita sama-sama mempertingkatkan ketaqwaan dan keimanan kita kepada Allah SWT, dengan erti kata bersungguh-sungguh, dalam mengerjakan segala titah perintah dan suruhan-Nya, serta meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya, dengan penuh keyakinan dan keikhlasan. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat
dan peringatan pada diri saya, saya bukan hendak tunjuk pandai atau tunjuk ajar..
TETAPI
untuk kebaikkan kita semua..umat ISLAM khususnya..untuk beringat dan moga kita semua dikurniakan
khusunul Khatima..insya'ALLAH..ameen
yang baik datang dari ALLAH SWT, dan yang buruk datang dari saya sendiri...
wallahua'llam