Alhamdulillah, sudah masuk second-half ramadhan tahun ini. Pasti ada di kalangan kita semua semakin gembira kerana hari raya akan menjelang tiba, dan pastinya amat sedikit di kalangan kita yang bersedih untuk meninggalkan ramadhan yang akan pergi, kerana tidak pasti lagi sama ada akannbertemu lagi ramadhan tahun hadapan. insya'Allah
Justeru, sementara ramadhan masih lagi di sisi, marilah kita semua meningkatkan penghayatan terhadap ibadah yang kita lakukan agar kualiti amalan kita semua ditingkat dari masa ke masa . Semoga amalan-amalan kita semua akan diterima oleh-Nya dan syurga-Nya nanti jadi destinasi kita semua di akhirat. Salam Nuzul Qu'ran n Salam Lailatul Qadr. moga kita semua dapat ketemu dimlm yg dinanti2..iaitu Malam Lailatul Qadar! ameen