Saturday, December 26, 2009
cuti-cuti Malaysia
saya akan bercuti2, sejurus program di Darul Aitam selesai, insya'ALLAH
cuti-cuti malaysia
Friday, December 25, 2009
Tarbiah...
Perjalanan Haji 1430H yang telah saya lalui akan saya tulis kemudian hari oleh sebab faktor-faktor kesibukan di Sekolah Anak-anak Yatim Darul Aitam..walaupun belum dibuka..masih bercuti, mesyuarat dan perbincangan antara guru2..dan program dibincangkan agar Darul Aitam terus berjaya didunia malah diakhirat jua dan dapat mertarbiah anak2 yatim/susah ini.
Apakah maksud Tarbiah? Pentarbiahan anak ialah usaha membentuk mereka dari segi rohani, jasmani, akli, perasaan dan sosial sehingga menjadi ahli anggota masyarakat yg berguna kepada masyarakatnya..
Mohon jasa kalian menDOAkan kami disini ye, syukran jazilan kathira..ameen
Ahad ini, 27/12/2009, Program lawatan daripada Persatuan Wanita Islam Damansara akan melawat ke Darul Aitam..
doakan semuanya berjalan lancar...
wallahu a'lam
Sunday, December 20, 2009
Saturday, December 19, 2009
Maal Hijrah 1431H.....
Ada diantara memandang Maal Hijrah begitu
"Ahh, kena keje..."
Ada diantara kita pula mengeluh di pagi Maal Hijrah
"Yahoo,tidur..."
Ada juga yang tidak ada perancangan masa cuti Maal Hijrah ini.
"Balik kampoooooong"
Ada juga yang demikian...
Walaupun apapun keadaan kita,ia tidak mengapa selagi segala perancangan bertetapan dengan syarak.
Tapi, berbeza dengan perkataan para sahabat 1431H tahun yang silam
Pagi ini,keluarga Amar bin Yasir sedang dikebumikan kerana dibunuh oleh kafir laknatullah.
Pagi ini, ada yang sedang dirampas bekalan makanan mereka sewaktu ditengah jalan untuk berhijrah.
Pagi ini, ada yang sedang merentasi padang pasir sejauh 400km dari Mekah ke Madinah dalam keadaan lapar.
Apapun keadaan mereka, didalam dada mereka telah ditanamkan 8 pekara oleh Nabi Muhammad SAW
1. Peningkatan kecintaan mereka terhadap ALLAH SWT
2. Peningkatan kecintaan kepada Rasullullah
3. Peningkatan kecintaan kepada Agama
4. Peningkatan kecintaan kepada Muslimin
5. Peningkatan kecintaan kepada Ilmu
6. Peningkatan kecintaan kepada Iman
7. Peningkatan kecintaan kepada akhlak
8. Peningkatan kecintaan kepada Amar Makruf Nahi Mungkar
ke-8 perkara ini yg menjadikan mereka begitu luar biasa mengharungi padang pasir dgn keadaan lapar dan dahaga
ke-8 perkara ini yg menjadikan mereka begitu gagah disakiti dan dihinaoleh masyarakat setempat
DAN ke-8 perkara ini yg menjadikan mereka yg pernah diibaratkan seperti belalang pasir menjadi singa-singa hebat
15 tahun selepas Hijrah, kuasa besar Parsi telah jatuh ke tangan Muslimin
16 tahun selepas Hijrah, istana putih Mesir jatuh ke tangan Muslimin
17 tahun selepas Hijrah, satu persatu kota Rom Timur jatuh ke tangan Muslimin
20 tahun selepas Hijrah mereka telah mula bertebaran ke muka bumi membawa risalah "LAILAHA ILLALLAH"
40 tahun selepas Hijrah, Islam telah sampai ke Barus Indonesia dan GuangZhou China, satu perjalanan jauh merentasi badai dengan satu tujuan, menyampaikan risalah Tauhid kepada manusia
HARI INI, manusia menjadi lemahdan tidak berdaya, kerana umur mereka meningkat, tetapi ilmu dan keimanan mereka masih ditahap lama
UMUR MENINGKAT, tapi ilmu agamadan iman masih ditahap rendah, SOLAT tidak ditingkatkan, AKHLAK tidak diperbaiki, ILMU tidak ditambah, IMAN tidak dijaga, ORG SUSAH tidakdibela, ANAK-ANAK YATIM dibiarkan, ORG SAKIT tidak dipedulikan.
SEBAB itu,saban tahun menyambut MAAL HIJRAH, saban tahunkita mendengar perkataan:
"yeaah, cuti", "aa kena keje", "yahoo tidur"
dan lebih parah,"Yeah cuti"diisi dgn pertemuan boyfriend n girlfriend, yang akhirnya menjerumus ke gejala maksiat, NAUZUBILLAH!
"Yahoo tidu"terlajak hingga solat subuh tertinggal,zuhur terlewat dan asar baru bangun.
Bagaimana kita memandang MAAL HIJRAH sebenarnya mencerminkan, bagaimana keadaan diri kita, Jika kita memandang kepada dunia, Maka dunialah yang akan didahulukan.
TETAPI, jika kita memandangkan dgn keadaan untuk terus memperbaiki kita sebagai persediaan bertemu ALLAH, maka kita akan menanamkan 8 perkarayg telah ditanamkan pada para sahabat.semoga kita semua tergolong dalam golongan ini, insya'ALLAH!
Ameen!!!
Selamat Menyambut Maal Hijrah, semoga ALLAH memelihara saya dan kalian semua agar terus dibimbing untuk mengabdikan diri kepadaNYA!
Ameen YA RABBAL ALAMIN!
wallahu a'lam
Monday, December 14, 2009
HAJi 1430H -alhamduliLLAH-
200. Apabila kamu telah menyelesaikan ibadah hajimu, maka berdzikirlah dengan menyebut Allah, sebagaimana kamu menyebut-nyebut nenek moyangmu, atau (bahkan) berdzikirlah lebih banyak dari itu. Maka di antara manusia ada orang yang bendo'a: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat.
201. Dan di antara mereka ada orang yang bendo'a: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka"
202. Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian daripada yang mereka usahakan; dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya.
203. Dan berdzikirlah (dengan menyebut) Allah dalam beberapa hari yang berbilang. Barangsiapa yang ingin cepat berangkat (dari Mina) sesudah dua hari, maka tiada dosa baginya. Dan barangsiapa yang ingin menangguhkan (keberangkatannya dari dua hari itu), maka tidak ada dosa pula baginya, bagi orang yang bertakwa. Dan bertakwalah kepada Allah, dan ketahuilah, bahwa kamu akan dikumpulkan kepada-Nya
Apa yang saya ingatkan ialah kerdilnya diri ini di hadapan Allah. Walaupun penuh kelemahan tetapi tetap dijemput untuk menjadi tetamuNYA
Adakah dengan jemputan ini semakin menjadikan diri ini bertaqwa.
Air mata terus menitis hingga ke selesai solat. Ketika ini teringat anak saya, suami saya, anak-anak Yatim Darul Aitam Perak yang ada bersama saya,keluarga dan saudara saya dan seluruh sahabat yang berjuang bersama..
Terasa banyak perkara yang sepatutnya dibuat untuk agama ini tetapi kemampuan yang ada agak terhad.Tapi, satu sahaja yang mampu dibisikkan kala ini :-
“Ya Allah, aku telah cuba membela agamamu semampu yang dapat, tapi aku tahu, banyak kekurangan sebenarnya, bantulah aku ya Allah”.
Saya mengesat air mata di kelopak, dengan rasa hina di hadapan Allah, saya memohon agar segala apa yang diusahakan di Malaysia kala ini mendapat keredhaanNya dan terus mendapat bantuan dariNya.
Semoga ia menjadi amal jariah yang dapat ditinggalkan ketika dijemput menghadapNya nanti.
Sesungguhnya, saya memohon agar Allah terus membimbing diri ini dan siapa sahaja yang bersama, ke arah keredhaannya. Tanpa bimbinganmu Ya Allah, kami tidak akan mampu untuk mengharungi hidup ini dengan baik. Jangan tinggalakan kami keseorangan tanpa rahmat dan bimbinganMu, amin.., ya Rabbal Alamin…
Sunday, November 8, 2009
alhamduliLLAH!!!!!!!!!!! LABBAIK ALLAHU MALABBAIK ...
Wednesday, November 4, 2009
sahabat dunia wa akhirat
"aid milad said... kullu aamin waanti bialfin hoir"
Tuesday, November 3, 2009
jalan2 ngan mAmA
Wednesday, October 28, 2009
makin berani!
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat;
dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah,
jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat;
dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
adakah kita masyarakat Malaysia 'kebal' daripada hukuman yang telah ditetapkan oleh Rabbul Jalil ini?
Tidak adakah sedikitpun perasaan gerun didalam hati kita terhadap ayat ini?
Tepuk dada tanya Iman.
"Orang yang berhijrah itu adalah seorang yang meninggalkan kejahatan dan orang yang berjihad ialah seorang yang memerangi hawa nafsunya."