"yeeah cuti..,"
Ada diantara memandang Maal Hijrah begitu
"Ahh, kena keje..."
Ada diantara kita pula mengeluh di pagi Maal Hijrah
"Yahoo,tidur..."
Ada juga yang tidak ada perancangan masa cuti Maal Hijrah ini.
"Balik kampoooooong"
Ada juga yang demikian...
Walaupun apapun keadaan kita,ia tidak mengapa selagi segala perancangan bertetapan dengan syarak.
Tapi, berbeza dengan perkataan para sahabat 1431H tahun yang silam
Pagi ini,keluarga Amar bin Yasir sedang dikebumikan kerana dibunuh oleh kafir laknatullah.
Pagi ini, ada yang sedang dirampas bekalan makanan mereka sewaktu ditengah jalan untuk berhijrah.
Pagi ini, ada yang sedang merentasi padang pasir sejauh 400km dari Mekah ke Madinah dalam keadaan lapar.
Apapun keadaan mereka, didalam dada mereka telah ditanamkan 8 pekara oleh Nabi Muhammad SAW
1. Peningkatan kecintaan mereka terhadap ALLAH SWT
2. Peningkatan kecintaan kepada Rasullullah
3. Peningkatan kecintaan kepada Agama
4. Peningkatan kecintaan kepada Muslimin
5. Peningkatan kecintaan kepada Ilmu
6. Peningkatan kecintaan kepada Iman
7. Peningkatan kecintaan kepada akhlak
8. Peningkatan kecintaan kepada Amar Makruf Nahi Mungkar
ke-8 perkara ini yg menjadikan mereka begitu luar biasa mengharungi padang pasir dgn keadaan lapar dan dahaga
ke-8 perkara ini yg menjadikan mereka begitu gagah disakiti dan dihinaoleh masyarakat setempat
DAN ke-8 perkara ini yg menjadikan mereka yg pernah diibaratkan seperti belalang pasir menjadi singa-singa hebat
15 tahun selepas Hijrah, kuasa besar Parsi telah jatuh ke tangan Muslimin
16 tahun selepas Hijrah, istana putih Mesir jatuh ke tangan Muslimin
17 tahun selepas Hijrah, satu persatu kota Rom Timur jatuh ke tangan Muslimin
20 tahun selepas Hijrah mereka telah mula bertebaran ke muka bumi membawa risalah "LAILAHA ILLALLAH"
40 tahun selepas Hijrah, Islam telah sampai ke Barus Indonesia dan GuangZhou China, satu perjalanan jauh merentasi badai dengan satu tujuan, menyampaikan risalah Tauhid kepada manusia
HARI INI, manusia menjadi lemahdan tidak berdaya, kerana umur mereka meningkat, tetapi ilmu dan keimanan mereka masih ditahap lama
UMUR MENINGKAT, tapi ilmu agamadan iman masih ditahap rendah, SOLAT tidak ditingkatkan, AKHLAK tidak diperbaiki, ILMU tidak ditambah, IMAN tidak dijaga, ORG SUSAH tidakdibela, ANAK-ANAK YATIM dibiarkan, ORG SAKIT tidak dipedulikan.
SEBAB itu,saban tahun menyambut MAAL HIJRAH, saban tahunkita mendengar perkataan:
"yeaah, cuti", "aa kena keje", "yahoo tidur"
dan lebih parah,"Yeah cuti"diisi dgn pertemuan boyfriend n girlfriend, yang akhirnya menjerumus ke gejala maksiat, NAUZUBILLAH!
"Yahoo tidu"terlajak hingga solat subuh tertinggal,zuhur terlewat dan asar baru bangun.
Bagaimana kita memandang MAAL HIJRAH sebenarnya mencerminkan, bagaimana keadaan diri kita, Jika kita memandang kepada dunia, Maka dunialah yang akan didahulukan.
TETAPI, jika kita memandangkan dgn keadaan untuk terus memperbaiki kita sebagai persediaan bertemu ALLAH, maka kita akan menanamkan 8 perkarayg telah ditanamkan pada para sahabat.semoga kita semua tergolong dalam golongan ini, insya'ALLAH!
Ameen!!!
Selamat Menyambut Maal Hijrah, semoga ALLAH memelihara saya dan kalian semua agar terus dibimbing untuk mengabdikan diri kepadaNYA!
Ameen YA RABBAL ALAMIN!
wallahu a'lam