Saturday, December 18, 2010

Khatan (sunat) dan Sains


Satu lagi aspek kebersihan diri yang diwajibkan oleh Islam adalah berkhatan. Khatan adalah ibadah yang dituntut oleh agama ke atas golongan lelaki berdasarkan hadis yang direkodkan oleh

Bukhari dan Muslim yang bermaksud,
"Fitrah itu lima iaitu khatan, memotong bulu kemaluan, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak."

Dalam riwayat lain, Nabi mengarahkan supaya kedua-dua cucunya dikhatankan 
selepas dilahirkan, berdasarkan riwayat Baihaqiyang bermaksud,
"Rasulullah beraqiqah untuk Hassan dan Hussen serta mengkhatankan mereka 
semasa mereka berusia 7 hari."

Khatan ialah amalanmembuang kulit(foreskin)yang
 menutupi kepala zakar atau glans penis lelaki dan hukumnya adalah wajib.
Inilah pendapat yang dipegang oleh Imam Sya'bi, Ra'biah, Al-Aw'zaii,
Yahya bin Saad Al-Ansari, Malik, Shafie,Ahmad dan ramai lagi.

FAEDAH BERKHATAN
Sebahagian Pakar kanak-kanak mempertikaikan kenyatan yang
dikeluarkan oleh
Akademik Pakar kanak-kanak Amerika ini, antaranya Dr.Edgar J.Schoen.
Beliau pernah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa bertindak ttg
Khatan di Amerika (Task Force on Circumcision of the American Academy of Paediatrics)
pada tahun 1993 dan merupakan seorang
 Profesor Perubatan Kanak-Kanak di Oakland selama 24 tahun.

WebMD Medical News bertarikh 6 Mac 2000 melaporkan berkenaan satu
kajian yang beliau lakukan bersama dengan rakan-rakannya.
Mereka mendapati daripada 89 kes kanser zakar,
 87 daripadanya adalah mereka yang tidak berkhatan.
Justera, mereka merumuskan, khatan mencegah lelaki daripada menghidap kanser zakar dan penemuan ini dimuatkan dalam majalah Pediatrics

petikan daripada buku
Quran Saintifik,
Meneroka Kecemerlangan Quran daripada teropong Sains,
Dr.Danial Zanial Abidin
The National Bestseller, sudah terjual melebihi 15,000 naskah.Masya'ALLAH~!