alhamduliLLAH,
alhamduliLLAH,
alhamduliLLAH~!
16 Muharram 1432H
sahabat saya
Noor Syarikin bt Abdul Malek
yang kini berhijrah untuk,
memakai hijab~!
"SUBHANAALLAH"~!
isya dear
"MABRUK"
semoga kita semua istiqomah pada jalanNYA,
Hidayah yang Allah berikan itu amat besar maknanya.
Semoga kita semua diberikan juga hidayah untuk amalkan semua perintah Allah dalam segenap kehidupan kita.
insya'ALLAH
ameen~!
secara tak langsung saya mengalir air mata,
dek kerana terlalu gembira, amat sangat gembira~!=,)
Apakah itu Hijab?
Dari segi Bahasa Arab, kalimah ‘hijab’ membawa makna ‘halangan’. Hijab dinamakan demikian kerana ia menghalang wajah wanita daripada dipandang orang lain.Dari segi syarak pula, hijab ialah pakaian yang diperintahkan kepada wanita memakainya untuk menutup anggota-anggota yang wajib ditutup dari sudut syarak.
Hukum Memakai Hijab
Ulama bersepakat tentang diwajibkan memakai hijab ke atas setiap wanita muslimah yang telah mukallaf. Dalil kewajipan ini adalah seperti berikut:
1. Firman Allah Taala:
يأيها النبي قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهن من جلابيبهن Maksudnya: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin supaya melabuhkan ke atas mereka daripada jilbab-jilbab mereka.” (surah Al-Ahzab:59)
2. Firman Allah Taala:وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ويحفظن فروجهن ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها
Maksudnya: “Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman supaya mereka menundukkan daripada pandangan mereka, menjaga kemaluan-kemaluan mereka, dan jangan mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya.” (surah Al-Nuur 31)