Thursday, December 30, 2010

Timbang berat

 
 Omar Muaz ditimbang
selepas itu




abg Omar Hussen




tiba-tiba




timbang




timbang





timbang








erkk?
spiderman beliau?
*ALLAHU RABBI tergelak kami, sekali dengan pesakit2 pun =D* 
agak2 berapa la berat badan spiderman tu?

Wednesday, December 29, 2010

Kita adalah hamba yang lemah..
Ya ALLAH, dalam setiap detik hembusan nafas adalah milikMu..Sesungguhnya semuanya adalah pinjamanMU... Ya ALLAH.. Pilihlah aku sebagai hambaMu yang tahu berSYUKUR....ameen YA RABB~!
YA ALLAH, kau tabahkanlah Hatiku ini YA ALLAH untuk terus dan terus beristiqomah mengajar dan mengajar dan mendidik dan mendidik ank2 yatim ini walaupun pelbagai macam ragam manusia yang kadang-kala menguji kesabaran kami!
 YA ALLAH~! Aku mohon padaMU YA ALLAH, sahabat doakan saya tabah dalam mengharungi hidup ini ya...
syukran~!

anak-anak yatim BBQ kambing dan kentang,
 selepas Majlis Aqiqah Afiq dan Issac
alhamduliLLAH!

...........

insya'ALLAH!
ALLAH is always by our side!!!

berSYUKURlah~!

Pandanglah ke bawah dalam hal harta dan dunia!

Betapa banyak orang yang tertipu dengan kilauan harta orang lain.
Tidak pernah merasa cukup dengan harta yang ia miliki!!! *ingat Naja, INGAAAT~!*
Jika sudah mendapatkan suatu nikmat dunia, dia ingin terus mendapatkan yang lebih!
Jika baru mendapatkan Jubah di Mekah.
Ingin pula memiliki Jubah dari Jordan.
dan tidak kurang jua untuk memiliki Jubah buatan dari Syria pula...
Dan seterusnya sampai ke nafas terakhir pun dia inginkan.
Itulah watak manusia yang tidak pernah puas...

Melihat Orang Di Bawah Kita dalam Hal Harta dan Dunia
Sikap seorang muslim yang benar, hendaklah dia selalu melihat orang di bawahnya dalam masalah harta dan dunia. Betapa banyak orang di bawah kita berada di tahap fakir miskin, untuk makan sehari-hari saja mesti mencari hutang sana-sini, dan masih banyak di antara mereka keadaan ekonominya jauh di bawah kita. Seharusnya seorang muslim memperlihatkan Nabi Muhammad S.A.W

Suatu saat Nabi S.A.W pernah menyampaikan nasihat kepada Abu Dzar. Abu Dzar berkata,

Kekasihku yakni Nabi S.A.W memerintah tujuh perkara padaku, (di antaranya): [1] Beliau memerintahkanku agar mencintai orang miskin dan dekat dengan mereka, [2] beliau memerintahkanku agar melihat orang yang berada di bawahku (dalam masalah harta dan dunia), juga supaya aku tidak memperhatikan orang yang berada di atasku. …”
(HR. Ahmad. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Berbeza dengan al-kisah ini pula,Ketika dia melihat rakannya memiliki Strawberry,
U-phone,dia merasa handphonenya masih sangat tertinggal jauh dari rakannya tersebut. Menganggap bahawa nikmat tersebut masih sedikit.... 
Padahal masih banyak orang di bawah dirinya yang memiliki handphone dengan kualiti yang jauh lebih rendah dan juga ada yg tidak pernah memiliki handphone! Inilah cara pandangan yang keliru. Namun inilah yang banyak menimpa kebanyakan orang saat ini.

gambar dipetik didalam Internet

ALLAHU RABBI, perkuatkanlah IMAN ku ini YA ALLAH~!

Friday, December 24, 2010

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan namaMU YA ALLAH.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
tetapkanlah kami pada jalanMU
pimpin kami
tunjuki kami
pada jalan yang benar...

Sesungguhnya kami khalifah bumiMU
namun sering kami lupa amanah ditaklifMU

ikhlaskan hati-hati kami
kuatkan jiwa-jiwa kami...


Sesungguhnya
solat kami,
ibadah kami,
hidup kami,
mati kami
hanya
keranaMU YA Allah...

AMEEN YA RABB~!


Allahu Rabbi
Moga menjadi anak soleh
"Omar Hussen"
insya'ALLAH~!
*Hussen bersiap untuk solat Jumaat*
#gambar pertama

seminit kemudian...
#gambar kedua

Thursday, December 23, 2010

Hijab ('',)

alhamduliLLAH,
alhamduliLLAH,
alhamduliLLAH~!

16 Muharram 1432H
 sahabat saya
 Noor Syarikin bt Abdul Malek
yang kini berhijrah untuk,
memakai hijab~!
"SUBHANAALLAH"~!


isya dear
"MABRUK"
semoga kita semua istiqomah pada jalanNYA,
Hidayah yang Allah berikan itu amat besar maknanya.
Semoga kita semua diberikan juga hidayah untuk amalkan semua perintah Allah dalam segenap kehidupan kita.
insya'ALLAH
ameen~!

secara tak langsung saya mengalir air mata,
dek kerana terlalu gembira, amat sangat gembira~!=,)


Apakah itu Hijab?
Dari segi Bahasa Arab, kalimah ‘hijab’ membawa makna ‘halangan’. Hijab dinamakan demikian kerana ia menghalang wajah wanita daripada dipandang orang lain.
Dari segi syarak pula, hijab ialah pakaian yang diperintahkan kepada wanita memakainya untuk menutup anggota-anggota yang wajib ditutup dari sudut syarak.
Hukum Memakai Hijab

Ulama bersepakat tentang diwajibkan memakai hijab ke atas setiap wanita muslimah yang telah mukallaf. Dalil kewajipan ini adalah seperti berikut:
1. Firman Allah Taala:
يأيها النبي قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهن من جلابيبهن Maksudnya: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin supaya melabuhkan ke atas mereka daripada jilbab-jilbab mereka.” (surah Al-Ahzab:59)

2. Firman Allah Taala:وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ويحفظن فروجهن ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها
Maksudnya: “Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman supaya mereka menundukkan daripada pandangan mereka, menjaga kemaluan-kemaluan mereka, dan jangan mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya.” (surah Al-Nuur 31)

('',)

"Diamnya FIKIR,
mulutnya ZIKIR"

Monday, December 20, 2010

Pesan Nabi Muhammad SAW

Sebarkanlah ilmu yang kita miliki walaupun kadang-kadang kita
berasa malu untuk berkongsi kerana rasa rendah diri.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Sampaikanlah dariku walaupun sepatah ayat.”

Kita tidak mengetahui mungkin dengan sedikit itu mampu memberi manfaat dan syafaat untuk kita semua ummatul Islam insya'ALLAH.

Sudikan saya utk menjemput kalian membaca blog ini yg serba kekurangan.

Anda dialu-alukan untuk memberi cadangan/idea/komen, boleh la dikomenkan di dalam Facebook saya=)
insya'ALLAH. syukran~!

Sunday, December 19, 2010

Memanah adalah Sunnah


Masya'ALLAH~!
Horseback Archery
Azharul Amani/ Ahmad sewaktu beliau bertanding di Korea pada 2009
Omar Hussen di Sungai Kerayong
alhamduliLLAH~!

Rasulullah saw sentiasa menekan latihan kekuatan dan kemahiran bersenjata.
Baginda pernah mengatakan ,
” Seorang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah daripada seorang mukmin yang lemah. “ Uqbah bin Amir meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. pernah berkhutbah , “ Bersiaplah untuk menghadapi mereka dengan sekuat tenaga yang kamu boleh. Kekuatan adalah memanah, kekuatan adalah memanah, kekuatan adalah memanah. (HR Imam Ahmad ).

Pada satu peristiwa yang lain ketika melihat pertandingan memanah, 
Baginda SAW bersabda
“Panahlah wahai anak –anak Ismail kerana datuk mu adalah pemanah. “ ( HR Imam Bukhari dan Ahmad)
Diriwayatkan bahawa Baginda SAW pernah berkata, Jika seseorang kamu pandai memanah kemudian ia meninggalkannya , dia bukan dari golongan kami”. ( HR Imam Ahmad)
"haaza min fadli rabbi"


Saturday, December 18, 2010

Khatan (sunat) dan Sains


Satu lagi aspek kebersihan diri yang diwajibkan oleh Islam adalah berkhatan. Khatan adalah ibadah yang dituntut oleh agama ke atas golongan lelaki berdasarkan hadis yang direkodkan oleh

Bukhari dan Muslim yang bermaksud,
"Fitrah itu lima iaitu khatan, memotong bulu kemaluan, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak."

Dalam riwayat lain, Nabi mengarahkan supaya kedua-dua cucunya dikhatankan 
selepas dilahirkan, berdasarkan riwayat Baihaqiyang bermaksud,
"Rasulullah beraqiqah untuk Hassan dan Hussen serta mengkhatankan mereka 
semasa mereka berusia 7 hari."

Khatan ialah amalanmembuang kulit(foreskin)yang
 menutupi kepala zakar atau glans penis lelaki dan hukumnya adalah wajib.
Inilah pendapat yang dipegang oleh Imam Sya'bi, Ra'biah, Al-Aw'zaii,
Yahya bin Saad Al-Ansari, Malik, Shafie,Ahmad dan ramai lagi.

FAEDAH BERKHATAN
Sebahagian Pakar kanak-kanak mempertikaikan kenyatan yang
dikeluarkan oleh
Akademik Pakar kanak-kanak Amerika ini, antaranya Dr.Edgar J.Schoen.
Beliau pernah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa bertindak ttg
Khatan di Amerika (Task Force on Circumcision of the American Academy of Paediatrics)
pada tahun 1993 dan merupakan seorang
 Profesor Perubatan Kanak-Kanak di Oakland selama 24 tahun.

WebMD Medical News bertarikh 6 Mac 2000 melaporkan berkenaan satu
kajian yang beliau lakukan bersama dengan rakan-rakannya.
Mereka mendapati daripada 89 kes kanser zakar,
 87 daripadanya adalah mereka yang tidak berkhatan.
Justera, mereka merumuskan, khatan mencegah lelaki daripada menghidap kanser zakar dan penemuan ini dimuatkan dalam majalah Pediatrics

petikan daripada buku
Quran Saintifik,
Meneroka Kecemerlangan Quran daripada teropong Sains,
Dr.Danial Zanial Abidin
The National Bestseller, sudah terjual melebihi 15,000 naskah.Masya'ALLAH~!

Friday, December 10, 2010

AlhamduliLLAH, selamat=)

Pada tarikh 3 Muharram 1432H,10.12.2010
Pada jam 11.20 pagi
Pada hari Jumaat
Bertempat di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru,Kuala Lumpur
Dirawat oleh Doktor Haji Shahrol Azmi Mohd Yasin, Pakar Bedah Am
Anakku yang bernama Omar Muaz bin Omar Fikri telah selamat diKHATANkan 
AlhamduliLLAH, terima kasih YA ALLAH~!
kerana memudahkan perjalanan dalam pembedahan khatan ini

salam Maal Hijrah 1432H

to be a better Muslimah
Insya'ALLAH

1432H

:: Visi ::
Jannah

:: Goal ::
Mati dalam keadaan khusnul khotima

:: Misi ::
berIMAN,berILMU, berAMAL

Friday, December 3, 2010

naik..lagi? naik lagi dan lagiiii....


yeah!!!...rakyat diUTAMAkan~!!!
apakah?
.............................

statement di sebuah media Malaysia...
kenaikkan minyak RM0.05 sen tidak membebankan rakyat?
saya ulang...tidak membebankan rakyat?

apakah semua ini disebalik udang goreng tepung???

=/