Wednesday, January 12, 2011

Usaha...

      lihatlah ulat ini, usaha..usaha dan terus usaha mencari sesuap daun untuk dimakan, ini bukan makan namanya,ini melantak ulat ooi...habis sayur kangkung ku dimakan oleh si ulat genduut itu
   ucapan khas buat ulat gendut itu, kalau ulat buka internet la,"jemput la makan, habiskan sayur kangkung tu pun takpeee..."
Sememangnya bila kita tidak berjaya, kita akan rasa kecewa.
Setuju?
Sebab di dalam dunia ini, memang tiada manusia yang akan terus menjadi hebat.
Kejayaan perlukan usaha, usaha perlukan masa
Suatu ketika dulu, ketika aku baru melangkah kealam Universiti, baru sahaja memasuki semester dua,
Aku dilamar,kemudian berkahwin. pensyarah lain berkata,
"Naja boleh ker belajar nie da kahwin..berhenti jelahh.."
Rakan-rakan pelik, kenapa perlu kahwin diwaktu usia muda ini? Kenapa tak enjoy dulu?
Malah saudara yang terdekat jua bukan kurang hebatnya,memberi kata2 yang sememangnya menguji keimanan dan kesabaran ku.
ALLAHU RABBI, hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan ku.
Aku mahu berkahwin,tetapi dikritik habis-habisan…Aku berSABAR dan terus berSABAR..
Aku terus rasa lemah. Aku rasa bahawa, aku memang tidak akan mampu Berjaya apabila sekeliling orang, berkata sedemikian.
TETAPI
oleh kerana sokongan suami yang amat memahami, keluarga, serta sahabat andai..
AlhamduliLLAH dengan izinNYA Aku terus dan terus berJAYA, sehinggakan keputusan CGPA aku naik,naik dan terus naik. malah pabila mendapat anak aku mendapat pointer dekan.Dan ditamati dengan cgpa 4.OO..AlhamduliLLAH. "Hazza Min Fadli Rabbi"
Aku riak? NauzubiLLAH..Jauh sekali untuk aku berasa riak, TETAPI..untuk menjadikan pengalaman hidup,pengajaran untuk aku jua pada sesiapa yang pernah ditindas dipijak...
PEDULIKAN KATA2 ORANG, kerna SAYA NAK DAPATKAN REDHA ALLAH SWT
Sekali gagal, 10 kali dikritik, bukanya petanda bahawa kita akan tewas selama-lamanya. Hakikatnya, kegagalan, kritikan, hinaan dalam perjalanan ke arah kecemerlangan adalah ujian daripada Allah SWT untuk melihat kesungguhan kita.
Malah, itu adalah latihan berharga daripada Allah, agar kita belajar dari pengalaman hidup.
Tiada manusia terus berjaya, terus hebat. Semuanya mengalami ujian dan halangan, kadangkala beberapa kejatuhan, sebelum dia berjaya seperti apa yang kita lihat dia berjaya hari ini.
Usaha itu, berkali-kali
Rasulullah SAW tidak berdakwah sekali sahaja kepada seorang yang tertentu. Baginda berdakwah berkali-kali kepada manusia yang sama. Sebagai contoh, kepala-kepala musyrikin Makkah. Baginda tidak pernah bosan, tidak pernah rasa kecewa dengan hinaan dan seksaan mereka.
Hari pertama baginda memulakan dakwah secara terang, baginda mengumpulkan semua ahli Makkah di buki Safa. Baginda menjerit bertanya akan kepercayaan mereka kepada baginda. Mereka semua menyatakan bahawa mereka akan mempercayai baginda. Maka baginda menyeru kepada mereka supaya beriman kepada tuhan yang satu.
Ketika itu Abu Lahab berteriak: “Celakalah tangan Muhammad. Adakah kau mengumpulan kami hanya kerana ini?”
Dan seruannya itu tidak diendahkan.
Adakah baginda berhenti dari dakwahnya dan berkata: “Aku sudah ada wahyu dari langit, mereka masih tidak menerima. Nampaknya, aku ini memang akan gagal memperbaiki ummatku”
Begitukah?
Tidak! Baginda terus berusaha, dengan pelbagai lagi teknik dan cara, dengan pelbagai uslub dan pengajaran, dan akhirnya selepas 13 tahun, baginda berjaya membina satu negara sendiri di bawah bendera Islam, dan 10 tahun selepas itu, seluruh kaum Musyrikin Makkah, beriman kepada Allah SWT dalam peristiwa Fathu Makkah.
Siapa kata gagal itu, adalah kegagalan?
Gagal itu adalah pengajaran.
Apakah gagal yang sebenar?
Berputus asa. Itulah kegagalan yang sebenar.
Penutup: Teruskan usaha. Itu sendiri satu kehebatan.
Dengan terus berusaha, usaha, usaha dan usaha, itu sendiri adalah satu kehebatan sebenarnya.
Apakah Nabi Saleh adalah seorang yang gagal apabila seluruh kaumnya diazab? Apakah Nabi Lut adalah seorang yang gagal apabila seluruh kaumnya diterbalikkan? Apakah Nabi Nuh seorang yang gagal apabila hanya 83 orang dari kaumnya yang terselamat? Apakah Nabi Yahya adalah seorang yang gagal apabila akhirnya kepalanya dipenggal?
Sesekali tidak. Bahkan mereka adalah manusia yang hebat yang pernah berjalan di atas muka bumi ini, kerana kegigihan usaha mereka yang tidak pernah berputus asa.
Bagaimana pula dengan kamu?
wahai manusia yang ingin menjadikan dirinya hebat?