Anugerah ALLAH SWT
terima kasih YA ALLAH~!
terima kasih YA ALLAH~!!!
keluarga bahagia
Tunggak utama mestilah ajaran agama dan reka bentuknya tidak boleh lari jauh dari pelan kekeluargaan Rasulullah S.A.W Ruang udaranya mestilah sentiasa dibekalkan dengan cinta kasih dan belas kasihan
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seorang mukmin tidak akan menceraikan isterinya yang mukminah sekiranya ia membenci satu sifat dari sifat-sifatnya sedang dalam masa yang sama ia redha dan mengingati kebaikan-kebaikannya yang lain.”
Imam al-Qurtubi ketika memberi komentar tentang ayat 23 dalam Surah al-Ra’d berkata, “Sesungguhnya antara nikmat di syurga itu nanti, ialah dengan menghimpunkan ahli syurga dengan kerabatnya di dalam syurga”.
Imam Ibnu Kathir pula menyebut, “(Orang mukmin) akan dihimpunkan bersama orang-orang yang ia sayangi termasuk ibu bapa, isteri-isteri dan anak-anaknya andainya mereka itu layak memasuki syurga di kalangan mereka yang beriman agar tenang perasaan mereka dengan kehadiran keluarganya sehingga ia diangkat dari darjat bawahan di syurga ke darjat paling atas sebagai anugerah dari Allah dan pemberian yang tidak ternilai tanpa dikurangi sedikit pun”.
Kata Said bin Jubair: “Apabila orang mukmin masuk syurga ia akan bertanya tentang ibu bapanya, anak-anaknya, di manakah mereka? Lalu dikatakan kepadanya, “Sesungguhnya mereka tidak mencapai tahapmu dalam melakukan amal kebaikan”. Lalu ia berkata, “Sesungguhnya aku melakukan semua amalan itu untukku dan mereka”. Lalu mereka pun digabungkan bersamanya dalam syurga pada darjat yang serupa.”
“Apakah kami akan bersama-sama di syurga sana?”
Maka timbul satu rasa tanggungjawab. Untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik, agar tidak ketinggalan apabila mereka yang lain mara ke Syurga ALLAH SWT.insyaALLAH
Moga-moga ALLAH SWT makbulkan, dan memasukkan kami ke dalam syurgaNYA
Inillah rasa cinta saya kepada keluarga saya.
Seluruh keluarga saya.
AMEEN!!!
ini gambar lama, gambar terbaru.?
insyaAllah, kalau ada rezeki,masa dan ruang
saya pamerkan di blog ini=)