Sunday, January 30, 2011

sembang-sembang Hussen # 02

mama : "hussen, hussen, boleh tolong amikkan handphone mama?"

OH : "tak larat la mama, Hussen da tuha (tua)"

mama : apa Hussen da tua??

cuti cuti di Perak...

main tuisyen-tuisyen
zaman sekarang main tuisyen, bukan sekolah da
habis kopak $$ mamabi
selesai solat berjemaah
"semoga kalian semua menjadi anak-anak soleh, solehah!"
AMEENNN YA RAAB!!!
mandi manda, riang ria
di Air Terjun Lata Kinjang
15 saat minit dari rumah
OH bersama Afeeqa Azra
Afeeqa seorang yang petah bercakap, macam mak nenek
"keep it up girl"

pasir
OH tuang air ke badan raksasa biru beliau

lori pasir yang terlampau telah terbabas dengan sebuah pelampung.
OM bersama mama setia menunggu di rumah
sementara mereka bermandi manda di Lata Kinjang..
>,<
dari kanan ke kiri
Huzaifah, Omar Hussen, Usamah dan Amu Sham (pakcik OH)
Restoran Syakirah,Kampar
Dapur kedua saya
OH mengeluarkan kuasa api..manakala yg lain..bergumbira=)
alhamduLILLAH
Pulang ke KL menaiki KTM
Syukran Abah! Sayang abah selamanya!
Syukran pada Zafirah & Afeeqa kerna sudi bercuti-cuti di Perak
OH gembira, kami turut serta gembira.
alhamduLILLAH!

Monday, January 24, 2011

Harta & Hadiah dari ALLAH SWT yang paling berharga....

 Anugerah ALLAH SWT
terima kasih YA ALLAH~! 
terima kasih YA ALLAH~!!! 

keluarga bahagia
Tunggak utama mestilah ajaran agama dan reka bentuknya tidak boleh lari jauh dari pelan kekeluargaan Rasulullah S.A.W Ruang udaranya mestilah sentiasa dibekalkan dengan cinta kasih dan belas kasihan

Firman Allah S.W.T: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa cinta dan belas kasihan.”

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seorang mukmin tidak akan menceraikan isterinya yang mukminah sekiranya ia membenci satu sifat dari sifat-sifatnya sedang dalam masa yang sama ia redha dan mengingati kebaikan-kebaikannya yang lain.”

Imam al-Qurtubi ketika memberi komentar tentang ayat 23 dalam Surah al-Ra’d berkata, “Sesungguhnya antara nikmat di syurga itu nanti, ialah dengan menghimpunkan ahli syurga dengan kerabatnya di dalam syurga”.

Imam Ibnu Kathir pula menyebut, “(Orang mukmin) akan dihimpunkan bersama orang-orang yang ia sayangi termasuk ibu bapa, isteri-isteri dan anak-anaknya andainya mereka itu layak memasuki syurga di kalangan mereka yang beriman agar tenang perasaan mereka dengan kehadiran keluarganya sehingga ia diangkat dari darjat bawahan di syurga ke darjat paling atas sebagai anugerah dari Allah dan pemberian yang tidak ternilai tanpa dikurangi sedikit pun”.

Kata Said bin Jubair: “Apabila orang mukmin masuk syurga ia akan bertanya tentang ibu bapanya, anak-anaknya, di manakah mereka? Lalu dikatakan kepadanya, “Sesungguhnya mereka tidak mencapai tahapmu dalam melakukan amal kebaikan”. Lalu ia berkata, “Sesungguhnya aku melakukan semua amalan itu untukku dan mereka”. Lalu mereka pun digabungkan bersamanya dalam syurga pada darjat yang serupa.”

“Apakah kami akan bersama-sama di syurga sana?”
Maka timbul satu rasa tanggungjawab. Untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik, agar tidak ketinggalan apabila mereka yang lain mara ke Syurga ALLAH SWT.insyaALLAH

Moga-moga ALLAH SWT makbulkan, dan memasukkan kami ke dalam syurgaNYA
Inillah rasa cinta saya kepada keluarga saya.
Seluruh keluarga saya.
AMEEN!!!

ini gambar lama, gambar terbaru.?
insyaAllah, kalau ada rezeki,masa dan ruang
saya pamerkan di blog ini=)

Sunday, January 23, 2011

update blog?

masyaALLAH, banyak pula saya update blog ini..
kenapa?
sebab broadband disini laju
selaju sungai kerayong=)
alhamduLILLAH!

kasih seorang abang #01


oleh sebab beliau nak tidur bersama adik nya Omar Muaz 
dia sorok disebalik selimut=)
p/s* Omar Hussen pandai bersilat waktu tidur..silap2 kaki OH da kat muka OM>,<

gelagat anak-anak kecil..

Omar hussen nampak berminat dengan iPod itu
*minat bolehh, nak beli?  bolehh, hafal Al-Qu'ran dulu.insyaALLAH!
ragam anak-anak kecil >,<
masyaALLAH!

Thursday, January 20, 2011

dunia...

“Apabila kita kejar dunia,
dunia akan lari...
TETAPI
apabila kita kejar akhirat,
dunia akan mengejar kita”

Untuk dijadikan iktibar untuk mendidik diri & kelurga.
Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, saya ulang: Terlalu hampir!
So, it’s good if we can remind each other because in Rasulullah’s last sermon, baginda mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words to others, and those to others again.
insya'Allah!!!

Friday, January 14, 2011

supir


 undur...
 
undur lagi..
Ya, itu dia supir anak-anak yatim
jua supir kepada keluarga nye juge
semoga selamat perjalanan wahai suami ku jua anak-anak yatim!
doa naik kenderaan
Maha suci ALLAH yang memudahkan ini(perjalanan/kenderaan)
bagi kami.Dan tiadalah kami berkuasa menggunakannya tanpa kurnia dariMU
Sesungguhnya kami kembali kepada Tuhan kami!
Ameen

Thursday, January 13, 2011

sembang-sembang kereta


OF : Hussen.. Hussen kereta apa belakang tu?
OH : oo tu keta Ferrari..
OF : kete Ferrari belakang kitaa Hussen..
OH: nape keta Ferrari tu tak laju abi?
(apaaa keta Ferrari tak laju???)
OF: Keta Ferrari tu laju laa Hussen
OH:  Hussen rasa keta kita lagi laju, kan abi?
OF: ni yang abi nak belanja Hussen niii
OH : belanja mainan ker abi?
OF: takk makanan..okay
OH: okaylahh..
Hakikatnye kereta yang kami gunakan adalah kereta yang sudah 26 dan 27tahun usianya tetapi masih mampu berkhidmat dengan lancar. alhamduliLLAH
Walaupun ianya tak sehebat kereta-kereta mewah yang baru, tetapi kami syukur dan terus bersyukur dengan kenderaan ini.
kami sayang pada besi ADP51 dan ADR40
dan sememangnye kereta adalah berasal dari bumi(besi) dan ia sentiasa berzikir pada ALLAH SWT!
“Haaza Min Fadli Rabbi”
Maksud : OF,Omar Fikri OH,Omar Hussen

Wednesday, January 12, 2011

Usaha...

      lihatlah ulat ini, usaha..usaha dan terus usaha mencari sesuap daun untuk dimakan, ini bukan makan namanya,ini melantak ulat ooi...habis sayur kangkung ku dimakan oleh si ulat genduut itu
   ucapan khas buat ulat gendut itu, kalau ulat buka internet la,"jemput la makan, habiskan sayur kangkung tu pun takpeee..."
Sememangnya bila kita tidak berjaya, kita akan rasa kecewa.
Setuju?
Sebab di dalam dunia ini, memang tiada manusia yang akan terus menjadi hebat.
Kejayaan perlukan usaha, usaha perlukan masa
Suatu ketika dulu, ketika aku baru melangkah kealam Universiti, baru sahaja memasuki semester dua,
Aku dilamar,kemudian berkahwin. pensyarah lain berkata,
"Naja boleh ker belajar nie da kahwin..berhenti jelahh.."
Rakan-rakan pelik, kenapa perlu kahwin diwaktu usia muda ini? Kenapa tak enjoy dulu?
Malah saudara yang terdekat jua bukan kurang hebatnya,memberi kata2 yang sememangnya menguji keimanan dan kesabaran ku.
ALLAHU RABBI, hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan ku.
Aku mahu berkahwin,tetapi dikritik habis-habisan…Aku berSABAR dan terus berSABAR..
Aku terus rasa lemah. Aku rasa bahawa, aku memang tidak akan mampu Berjaya apabila sekeliling orang, berkata sedemikian.
TETAPI
oleh kerana sokongan suami yang amat memahami, keluarga, serta sahabat andai..
AlhamduliLLAH dengan izinNYA Aku terus dan terus berJAYA, sehinggakan keputusan CGPA aku naik,naik dan terus naik. malah pabila mendapat anak aku mendapat pointer dekan.Dan ditamati dengan cgpa 4.OO..AlhamduliLLAH. "Hazza Min Fadli Rabbi"
Aku riak? NauzubiLLAH..Jauh sekali untuk aku berasa riak, TETAPI..untuk menjadikan pengalaman hidup,pengajaran untuk aku jua pada sesiapa yang pernah ditindas dipijak...
PEDULIKAN KATA2 ORANG, kerna SAYA NAK DAPATKAN REDHA ALLAH SWT
Sekali gagal, 10 kali dikritik, bukanya petanda bahawa kita akan tewas selama-lamanya. Hakikatnya, kegagalan, kritikan, hinaan dalam perjalanan ke arah kecemerlangan adalah ujian daripada Allah SWT untuk melihat kesungguhan kita.
Malah, itu adalah latihan berharga daripada Allah, agar kita belajar dari pengalaman hidup.
Tiada manusia terus berjaya, terus hebat. Semuanya mengalami ujian dan halangan, kadangkala beberapa kejatuhan, sebelum dia berjaya seperti apa yang kita lihat dia berjaya hari ini.
Usaha itu, berkali-kali
Rasulullah SAW tidak berdakwah sekali sahaja kepada seorang yang tertentu. Baginda berdakwah berkali-kali kepada manusia yang sama. Sebagai contoh, kepala-kepala musyrikin Makkah. Baginda tidak pernah bosan, tidak pernah rasa kecewa dengan hinaan dan seksaan mereka.
Hari pertama baginda memulakan dakwah secara terang, baginda mengumpulkan semua ahli Makkah di buki Safa. Baginda menjerit bertanya akan kepercayaan mereka kepada baginda. Mereka semua menyatakan bahawa mereka akan mempercayai baginda. Maka baginda menyeru kepada mereka supaya beriman kepada tuhan yang satu.
Ketika itu Abu Lahab berteriak: “Celakalah tangan Muhammad. Adakah kau mengumpulan kami hanya kerana ini?”
Dan seruannya itu tidak diendahkan.
Adakah baginda berhenti dari dakwahnya dan berkata: “Aku sudah ada wahyu dari langit, mereka masih tidak menerima. Nampaknya, aku ini memang akan gagal memperbaiki ummatku”
Begitukah?
Tidak! Baginda terus berusaha, dengan pelbagai lagi teknik dan cara, dengan pelbagai uslub dan pengajaran, dan akhirnya selepas 13 tahun, baginda berjaya membina satu negara sendiri di bawah bendera Islam, dan 10 tahun selepas itu, seluruh kaum Musyrikin Makkah, beriman kepada Allah SWT dalam peristiwa Fathu Makkah.
Siapa kata gagal itu, adalah kegagalan?
Gagal itu adalah pengajaran.
Apakah gagal yang sebenar?
Berputus asa. Itulah kegagalan yang sebenar.
Penutup: Teruskan usaha. Itu sendiri satu kehebatan.
Dengan terus berusaha, usaha, usaha dan usaha, itu sendiri adalah satu kehebatan sebenarnya.
Apakah Nabi Saleh adalah seorang yang gagal apabila seluruh kaumnya diazab? Apakah Nabi Lut adalah seorang yang gagal apabila seluruh kaumnya diterbalikkan? Apakah Nabi Nuh seorang yang gagal apabila hanya 83 orang dari kaumnya yang terselamat? Apakah Nabi Yahya adalah seorang yang gagal apabila akhirnya kepalanya dipenggal?
Sesekali tidak. Bahkan mereka adalah manusia yang hebat yang pernah berjalan di atas muka bumi ini, kerana kegigihan usaha mereka yang tidak pernah berputus asa.
Bagaimana pula dengan kamu?
wahai manusia yang ingin menjadikan dirinya hebat?


Tuesday, January 11, 2011

di pagi hari...

bersama anak-anak yatim
                                      sessi menangkap ayam
   untuk disembelih...

Thursday, January 6, 2011

gembira nye mereka...

siapa mereka?
tidak lain tidak bukan,
anak yatim dan miskin Darul Aitam, Temoh Perak...
mereka sudah pun pulang ke sini,
dimana masjid,sekolah,padang untuk bermain bola sambil membayangkan diri mereka seperti pemain Real Madrid,MU dan tidak kurang hebatnya juga pemain Malaysia,bilik komputer, perpustakaan,dewan yang mempunyai penghawa dingin,CCTV,bilik untuk menonton televisyen,bilik makan,koperasi,tempat beriadah,pokok kelapa diambil untuk minum diwaktu panas terik, pokok rambutan yang selalu diambil buahnya,pokok petai yang tinggal beberapa papan lagi,pokok bunga yang kerap dipetik,kawasan untuk bermain baling tin (mainan kampung),parking kereta, lori,bas,coaster dan asrama baru yang diwakafkan daripada Proton,semua disediakan.
"haaza min fadli rabbi"
alhamduliLLAH semuanya selamat sampai,
tetapi ada segelintir antara mereka belum pulang..
oleh faktor jarak destinasi yang jauh
masing-masing..
dari Johor
dari Kedah
kami masih menunggu kepulangan mereka..
dan tidak kurang meriahnya..
ramai pelajar baru,
alhamduliLLAH
begitu bersemangat dan ceria..
dan tidak kurang hebatnya juga pelajar lama..

sembang-sembang pelajar lama sambil bergotong royong

"ehh, da nak Zohor, aku da lama tak azan niii"!
lalu terus dia bergegas untuk ke Masjid..

dalam hati saya, ALLAH...memang seronok melihat mereka bersemangat.alhamduliLLAH..
semoga berterusan dan mereka menjadi insan yang soleh.!
AMEEN AMEEN YA RABB!!

Saturday, January 1, 2011

Tempe.. O.. Tempe

 Tempe dibaluti dengan daun pisang,
berharga RM 1,dibeli di kedai runcit Temoh,Perak
 Tempe dibuka
Tempe yang sudah digoreng
alhamduliLLAH!
enak sekali=)

Walaupun saya bukan berketurunan dari Jawa,
TETAPI
Tempe adalah salah satu makanan kegemaran saya.
Anda pula?