Friday, January 15, 2010

Teguran & Nasihat :Hikmah & Ukhuwah

Bismillahirahmanirrahim
Ingin mengajak untuk musahabah diri...
"Aishah, pergilah solat, selalu lambat-lambat!" kata Fatimah
"Timah, awak tu budak baru! Da pandai sound2 org kat sini,da la aku lagi tua dari kau!"
kata Aishah dengan nada yang marah
Fatimah menundukkan kepala lalu menjawab : "Timah hanya tegur je".
Fatimah atau nama panggilan manja Timah merupakan anak yatim piatu.Ibunya meninggal dan ayahnya entah kemana.Meninggal dunia atau melarikan diri? wallahu'alam
Tutur katanya kadang mampu membuat aku mengimbas diri, amalan sehari-harinya yang sering membuatkan aku kagum. Hatinya penuh keikhlasan. Solatnya sentiasa semampu boleh dilakukan pada awal waktu. Hatta pada satu ketika, sedang dia bersembang dengan rakan-rakannya, tika mendengar azan Zohor berkumandang, terus dia berhenti.
Katanya, "Timah nak solat dulu".
Antara teguran dan perasaan, antara tanggungjawab dan ukhuwah, antara umur dan kewajipan. Fatimah telah memilih untuk memberi teguran, melaksanakan tanggungjawab, memikul kewajipan. Tapi sering disalah erti. Bukan Fatimah sahaja menghadapi situasi ini. Saya percaya ramai lagi insan-insan di luar sana yang bergelar da'ie (mendakwah) terpaksa bergulat dengan dua keutamaan, yang mana lebih utama.
Apa yang telah Fatimah lakukan bertepatan dengan dua ayat terakhir Al' Asr":
"Dan berpesan-pesanlah dengan kebenaran. Dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran".
Benar,dalam memberi teguran dan nasihat perlu ada hikmah agar ukhuwah yang terbina tidak musnah.
Firman Allah dalam Surah An-Nahl ayat 125 bermaksud :
"Serulah (manusia)ke jalan yang Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik"
Memberi teguran juga perlukan ketegasan bilamana teguran yang lembut tidak lagi memberi
kesan malah dipersendakan, lebih-lebih lagi sesuatu yang berkaitan dengan "aqidah dan ibadah". Sememangnya keperluan untuk bertegas dalam teguran itu sangat tinggi
"Siapa sahaja diantara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya(kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah."
seorang ayah menegur anaknya (omar hussen)
Tapi,dalam memberi teguran dan nasihat, kita seharusnya berfikir dan merenung ; :Apakah yang bakal aku lakukan mampu membawa kebaikan?'' Andai mendatangkan kebaikan, bolehlah niat diteruskan. Rasulullah SAW bersabda:
"Percakapan orang yang berakal muncul dari baik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali kepada hati nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan ".
Semoga kita tidak tergolong dengan golongan bodoh seperti disebutkan dalam hadith ini. Semoga teguran yang diberikan dan diterima membawa kesan positifdalam diri, tidak menjadikan kita semakin jauh daripada saudara yang memberi teguran.
Pemberi nasihat juga perlu mengetahui bahawa dalam menghulurkan nasihat dan teguran, punya tingkatan-tingkatan yang berbeza berdasarkan tahap ilmudan pengetahuan yang berbeza.
Peringkat umur bukan lagi persoalan bilamana telah difahami cara-cara dan kesan-kesan memberi teguran dan nasihat.
"Tidaklah sempurna keimanan seseorang diantara kalian hingga ia mencintai kebaikan bagi saudaranya sebagaimana ia mencintai kebaikan itu bagi dirinya sendiri".[HR.Bukhari dan Muslim]
Hadith diatas mengakhiri perkongsian kali ini. Marilah kita munasabah diri kita yang penuh kelemahan. Marilah kita sama-sama mencari Hidayah dan MagrifahNYA. Semoga kita sentiasa dalam Rahmat dan MardiahNYA.
wallahu a'lam