salam,
alhamduliLLAH segala puji-pujian bagi ALLAH SWT,Tuhan semesta alam..syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang yang cukup cantik(alhamduliLLAH) untuk kita berkongsi ilmu bersama, insya'ALLAH..
Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah SAW bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat".
perbincangan kali ini saya ingin terangkan tentang...
Jauhkan dari perkara SYIRIK, Jauhi daripada mempercayai bintang 12, Zodiak
Apakah maksud SYIRIK???
Syirik adalah perbuatan menyekutukan ALLAH dalam apa juga bentuk, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dgn menjadikan suatu yang lain iaitu makluk bernyawa atau tidak sekutu bagi ALLAH
Firman ALLAH SWT yang bermaksud :
"Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan ALLAH dengan suatu yang lain, maka sesungguhnya ALLAH haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka"
Surah Al-Ma'idah, ayat 72
Firman-Nya lagi yang bermaksud :
"Bahawa sesungguhnya ALLAH tidak mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan ALLAH akan mengampunkan kepada sesiapa yang DIA kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barangsiapa yang mempersekutukan ALLAH, maka sungguh ia telah berbuat dosa besar".
Surah An-Nisa', ayat 48
Beberapa ketika sebelum ini, saya mendapat tahu dari seorang pelajar sekolah agama KAFA,
Ustazahnya bertanya kepada murid-murid 7 tahun,"Awak ini bintang apa?"
lalu pelajar-pelajar ini menjawab "Saya bintang sekian-sekian"
Saya amat simpati dengan tindakan yang menampakkan kejahilan, bahawa membaca identity berdasarkan ramalan horoskop ini adalah perkara yang mendekati syirik kepada ALLAH SWT.
Article ini saya petik dari Ustaz Zahazan Mohamad dalam post Facebook beliau.
Jika tidak percaya atau suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu.Begitu juga dengan membaca di suratkhabar, majalah, internet..kenapa kita hendak tahu ramalan?
Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja kerana rezeki yang akan diperoleh sedikit saja.Kesan pada ramalan bukan saja pada akidah, juga pada aspek psikologi. "Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara yang diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut marut.
Golongan yang percaya kepada bintang 12 atau ramalan tukang tilik, mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan ALLAH serta ciptaan.
ALLAH sudah memberi amaran mengenai golongan itu didalam Al-Quran, dimana ALLAH murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului taqdir ALLAH. Apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu Umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin ALLAH dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.
Malangnya kita tengok zaman moden,ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak, kepercayaan kepada ramalan, terutamnya tukang tilik dan ahli nujum, ia boleh mendatangkan kesan negative seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan antara saudara-mara, sahabat dan jiran tetangga.
Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing, biri-biri atau lambang orang gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain bermanfaat yang boleh kita fikirkan. Oleh itu, pada Umat Islam yang dikasihi marilah kita sama-sama menjauhi amalan membaca ramalan bintang 12 (zodiak) dan tukang tilik walaupun ia suka-suka kerana ia boleh menberi kesan kepada aqidah serta amalan solat yang dilaksanakan.
Hadis Riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud :
Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat itu tidak diterima ALLAH selama 40 hari...
wallahu a'lam