Dari Auf b Malik r.a katanya,
''Rasulullah SAW bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat".Baginda menyebutkan salah satu diantaranya,iaitu penaklukan Baitulmuqqadis.
Sahih Bukhari
~da jadi dah...
2. Zina bermaharajalela
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk,yg seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang "
Sahih Muslim
~da nampak dah..
3. Bermaharajalela alat muzik
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan, & perubahan bumi."Ada yg bertanya pada Rasulullah ,"Wahai Rasulullah,bila hal ini terjadi?"Baginda menjawab, Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi wanita".
Ibnu Majah
~Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Anugerah Juara Lagu...
4. Menghias Masjid & Membanggakan..
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid”- Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah..
5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.”- Riwayat Ahmad dan Hakim.
6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran”- Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama’ yg tinggal…Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
7. “Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”- Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada...
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.”- Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pun tak bertegur sapa…
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)..
10. Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”- Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok..
11. Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu”- Sahih Muslim
~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar-akhbar harian & majalah yang popular sekarang nie…
12.Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.”- Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq..,Palestin
~Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai”- Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji..
~Mina, dah kene banjir..
~Arafah turut banjir...
Wallahu a’lam