Saturday, August 22, 2009

Ingatlah..

Seperti yang kita tahu, wabak(H1N1) ini semakin hari semakin bertambah bukan sahaja di negara lain,
walhal Malaysia sendiri
Ini juga menunjukkan tanda2 musibah yg menimpa kita umat Islam yg diberikan oleh Allah SWT.
Adakah ini hanya natural causes?
Pada pendapat saya, ini adalah petunjuk2 @ azab yang Allah SWT turunkan kepada kita
Di akhir zaman ini, Allah SWT ingin memperingatkan kita bahawa benda yang paling hampir dengan diri seseorg adalah
kematian.Sekarang, dunia kita berbalik kepada zaman jahiliyah
Takut jugak kalau fikir betapa hampirnya kita kepada
kiamat

hmm!

seram sejuk

Ketika mana virus ini menyerang penduduk di Eropah, seorang tokoh di Malaysia dengan begitu yakin menyatakan bahawa virus ini tidak akan masuk ke Malaysia. Tidak lama kemudian virus tersebut telah mula menyerang penduduk negara jiran kita Thailand.
Bagaimana anda boleh sebegitu yakin berkata sedemikian?
Sedarlah, virus ini merupakan sebahagian daripada tentera-tentera Allah S.W.T yang akan menyerang manusia dengan perintah Allah ketika mana manusia lalai dengan kehidupan di dunia.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Fath ayat ke 4 yang bermaksud:

"Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

Ya, virus ini merupakan tentera daripada Allah yang ditugaskan untuk memberi peringatan kepada manusia agar tidak leka dengan kehidupan di dunia. Pernahkah kita mendengar kisah Namrud? Seorang raja yang angkuh dan takbur tetapi akhirnya ditewaskan dan mati di tangan seekor nyamuk! Seekor nyamuk yang kecil sahaja sudah cukup untuk membunuh seseorang.

Semua ini dengan perintah Allah yang maha kuasa. Ingatlah, setiap yang hidup pasti akan
merasai mati apabila tiba masanya. Dan mati tidak sesekali akan menunggu kita. Dan mati juga tidak akan dilewatkan walaupun sesaat bila tiba masanya.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anbiyaa' ayat ke 35 yang bermaksud:

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). dan hanya kepada kamilah kamu dikembalikan."
Konklusinye.....
Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, adakah kita sudah sedia untuk menghadapi mati?

Siap sedialah menghadapi mati seperti kamu akan mati keesokan hari nya.....