Masya'Allah..hati ini telalu rindu untuk menjadi tetamuMu lagi..
ziarah ke BaitulLLAH,Masjid Nabawi,
Masjid-masjid di sekitar Madinah,Bukit jabal Rahmah,
Hudaibiah, Bukit Thur,Bukit Nur, Maqam para Syuhadah,
Laut merah dan pelbagai lagi tempat yang diziarahi yang pasti akan memberi kesan yang
mendalam dalam jiwa sebagai seorang islam.
"Ya Allah, hanya kau sahaja yang mengetahui betapa aku teramat rindu untuk menjadi tetamuMu,
Ya Allah.Berikan aku lagi kesempatan ke sana ,Ya Allah!.."
Semoga dengan izin-NYA, dapat diberi peluang untuk mengerjakan Haji di waktu muda dan sihat ini. ameen. insya'Allah...
*sahabat2 tolong doakan ye...
Setiap insan yang menjejakkan kaki di haramain akan merasa rindu dan tidak sabar-sabar untuk berkunjung lagi ke sana. Begitulah hebatnya Mecca dan Medina itu yang mungkin kita tidak dapat rasakan ketika berkunjung ke tempat lain...