Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan RasulNya. Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang2 yang beramal soleh.Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana diberikan rezeki,nyawa dan masa
untuk hambaMu ini membuat coretan di dalam blog ini. Bukan mudah untuk saya membuat coretan dan sebagainya ini. Ianya memulakan idea2 dan info semasa yang mantop agar dapat kita sama2 sentiasa mempertingkatkan keimanan dan
juga ketaqwaan kita sebagai umatNYA khususnya.Semoga dengan coretan yang tidak seberapa ini dapat kita semua sentiasa...
Renung-renungkanlah~
We Are What We Wish For
Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).
Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta.
Ada orang berdoa minta selamat.Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit.
Dari kaya jatuh miskin.
Dari jelita jadi hodoh.
Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, in sya' Allah dia akan selamat di akhirat kelak. Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya?
Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi.
Grass is always greener on the other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki. Sedang Nabi SAW telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana ia akan membuatkan kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya
pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya.
Siapa yang taknak gaji besar?. Betul?
Tipulah kalau saya sendiri pun kata Tidak..
Tetapi hakikatnya, Manusia tidak pernah rasa Bersyukur, walaupun Gaji sebulan RM 40,000..(ianya berlaku pada saudara saya sendiri) pun tidak cukup...
Saya dulu pernah bekerja di Petrosains Design Department (lepas SPM)..gaji nya pernah saya dapat RM 800 lebih,
Cukup? Tidak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat RM 1k lebih sebulan, tentu Cukup.
Ya ALLAH, tak cukup juga.Mana tak nya, saya sibuk membeli barangan kemahuan saya, bukan keperluan. Asal nampak design bag cantik,saya beli, asal nampak SALE beli lagi...~
Sekarang, saya hanyalah seorang guru yang mengajar anak-anak Yatim/Miskin...
Baru ketika ini lah, saya mula sedar betapa penting nya kita sendiri sentiasa berkata Cukup..Cukup Najahul Amani..
Bersyukurlah..Bersyukurlah! Najahul Amani
Pernah anda terfikir, bagaimana anak-anak Yatim yang hidupnya..sebatang kara?
Anak-anak miskin yang ibu ayahnya bertungkus lumus mencari nafkah untuk
mencari rezeki dan memberi makan pada anak2 mereka? Pernahkah?
Dulu saya tidak terfikir,
Ye saya memang teruk..
tetapi kini bila berada bersama mereka..sangat menginsafkan diriku yang Jahil lagi lemah ini..
Anak-anak Yatim yang tidak pernah berjumpa ibu bapa mereka malah tidak mendapat belaian
kasih sayang mereka...malah ada yang tidak tahu dimana pusaranya..(kubur)..sedih bukan? Menjaga anak-anak Yatim/Miskin bukanlah mudah yang disangka..lagi besar pahalanya, lagi besar dugaanNya. Ya Allah, kuatkanlah hambu mu ini! Agar terus dan sentiasa berusaha untuk mendidik mereka! ameen~
Nafsu itu adalah benda paling besar...susah untuk dikawal..setuju?
saya sangat setuju..
Sekarang, ketika kawan-kawan saya berlumba-lumba masuk syarikat lain yang menawarkan gaji 5 - 6 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah.Saya sentiasa bersamping dengan mereka (suami dan anak,family) Sedang rakan-rakan saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja. Kini saya dah pandai mengatakan Cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Bagi saya, yang penting adalah apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati.
ameen
Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara-saudara semua juga melalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir.
Apa yang kita buru?
Apa yang kita cari?
Apa yang kita dapat?
Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?
Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Berdoalah kepada Allah, moga-moga Dia berikan yang terbaik buat kita. Nabi SAW pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam...
Ya Allah! Ampunkanlah kami Ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat Syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin... Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup...