Tuesday, November 15, 2011

Maafkanlah...

Saya dapat dari Facebook, rakan saya. Naslia. Dari Hilal Asraf.Syukran.

Hari ini Dr Abdullah Juyushi meninggal dunia. Saya jadi teringat dengan apa yang Dr Ala' Hilat kongsikan pada semester dua, tahun lepas.

"Bapaku ada sengketa dengan jiranku. Hinggalah satu hari, jiranku meminta maaf. Tetapi bapaku berdiam diri, kerana terluka dengan sikapnya. Lantas tidak memaafkan. Aku melihat kepada bapaku itu, dan mengambil peluang untuk duduk berdua bersamanya.

Aku berkata: Wahai bapa, mengapakah engkau tidak memaafkannya?
Bapa aku menjawab: Sesungguhnya aku terluka, dan benci akan sikapnya.
Aku berkata: Wahai bapa, bukankah dia telah meminta maaf. Apakah engkau ingin dia mati, na'uzubillahiminzalik, dalam keadaan engkau tidak memaafkannya, dan nanti engkau akan rasa bersalah dalam hidupmu kerana tidak memaafkannya? Dan bagaimanakah engkau hendak bertemu dengan Rabbmu Yang Maha Pemaaf itu, jika engkau mati dalam tidak memaafkan orang yang memohon maaf?

Bapa aku terkejut dan berkata: Mengapakah aku tidak terfikir sedemekian wahai Ala'?

Lantas bapaku bertemu dengannya, dan memaafkan. Mereka bertangisan, dan saling berpelukan. Nyata lelaki itu menyesal, dan nyata bapaku kelihatan lebih ceria selepas memaafkan.

Satu hari, tidak lama selepas itu, aku pulang lagi ke rumah. Seluruh rumah seperti dinaungi mendung. Aku bertanya kepada Ibuku: Apakah yang telah berlaku?

Ibuku berkata: Sesungguhnya jiran kita itu baru meninggal tadi. Dan bapamu menangis tidak berhenti semenjak tadi. Naiklah wahai Ala', dan tenangkanlah bapamu itu.

Aku naik, dan bertemu bapaku. Bapaku masih menangis hiba. Bila melihatku, terus dia berkata: Wahai Ala', kalaulah bukan kerana nasihat engkau tempoh hari, nyata aku adalah yang akan menjadi manusia paling menyesal pada hari ini."

Mati, tidak tahu bila.
Selesaikanlah urusan.
Hiduplah dalam kesederhanaan.
Ada peluang memberikan kemaafan, kita beri.
Ada peluang memohon kemaafan, kita mohon.