Ada segelintir orang sering menanyakan dan mempersoalkan..
"Kenapa buka sekolah anak-anak yatim/miskin?
" Kenapa tak hantar sekolah biasa?
"kenapa tidak minta bantuan perbadanan yang tertentu?"....kenapa...kenapa dan terus menanyakan difikiran mereka iaitu.....
KENAPA?
Jadi saya disini ingin menerangkan agar ia LEBIH jelas dan difahami..insyaAllah.
Arwah Bapa Mertua saya Haji Mohd Busra bin Haji Anwar merupakan seorang guru agama dan peniaga ,dapat membuka sekolah anak anak yatim daripada hasil sumber kewangan daripada hasil-hasil penulisan buku beliau seperti buku sekolah agama menengah tahun 60an,70an 80an,hasil jual beli tanah, lembu dan kambing yang diternak...
KENAPA...
Arwah Bapa Mertua saya Haji Mohd Busra bin Haji Anwar dan ibu mertua saya Hjh Umimaisarah bt Hj Mu'ti membuka sekolah anak yatim ini semenjak 1985 dan anak-anak dan menantu menantu yang meneruskan usaha beliau?
KERANA...
didalam AL-Quran ada menyebut
Katakanlah: "Apa jua harta benda yang kamu nafkahkan, Maka berikanlah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, fakir miskin dan ibnu sabil. Dan ingatlah, apa jua yang kamu lakukan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNYA." al-Baqarah(2) 215
Rasulullah bersabda: “Barang siapa yang menanggung makan dan minum (memelihara) anak yatim dari orang Islam, sampai Allah SWT mencukupkan dia, maka Allah mengharuskan ia masuk syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak terampunkan” (H.R. Turmudzi).
Sabda Rasulullah s.a.w: "Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang diperlakukannya (diasuh dan dididik) dengan baik, dan seburuk-buruknya rumah kaum muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk." (HR Ibnu Majah)
biarlah anak yatim itu bergembira di rumah anak yatim ini. Insya'Allah!
bahkan terdapat juga hadis yang menyatakan keakraban Rasulullah dengan pengasuh anak yatim ini:
"Aku dan pengasuh anak yatim (kelak) di syurga seperti dua jari ini." Menurut Bukhari, Rasulullah berkata seperti itu sambil menunjuk jari telunjuk dan jari tengah dan merapatkan keduanya
Sahabat, bayangkan, betapa indahnya suasana jika Rasulullah menepuk bahu kita di akhirat nanti, sambil tersenyum dan mengatakan bukankah di dunia dulu aku pernah bersabda bahawa perbuatanmu telah menyebabkan darjatmu diangkat sehingga kamu begitu hampir denganku..
ALLAH!!!!!! RINDU PADAMU YA RASULULLAH!!!!
(V______________________v')
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu.
dan benar, alangkah bahagianya di waktu itu....
"Besar pahala jaga anak anak yatim ni haaa"
begitu luahan kata-kata mereka yang mengunjungi/menziarahi sekolah anak-anak yatim disini.
Dari kata-kata itu, memainkan peranan yang amat besar.Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.
Lalu saya yang hamba yang lemah lagi jahil ini menjawab.
" Besar pahala, begitu jua dengan dugaan nya..besar.., banyak ujiannya.doakan kami disini tabah dan terus istiqomah ye. Makcik/Pakcik"
Mereka senyum, seolah-olah mengiyakan.
Besar pahala, TETAPI apa jua, ingatlah bahawa kita buat segala bentuk tidak kira dalam kerja/pengurusan/ mendidik niat hanya kerana ALLAH..
Malah ada yang bertanya.."Macamana dapat sumbangan bulanan?"
"Ada tak perbadanan2 tertentu bagi? Kalau tak dapat, isi borang dll"
Terus terang kami katakan bahawa"Allah yang mengerakkan hati manusia, AlhamduLILLAH sehingga kini, sumbangan tidak putus-putus.Proton menjadikan sekolah kami sebagai anak angkat
AlhamduLILLAH
" Kami da isi borang dah banyak kali, tetapi sehingga kini..tiada apa pun berita..ada sahaja alasan"
Ada jua sesetengah perbadanan..
"Banyakkkk sangaaat prosedur itu ini sini sana buat ini buat itu bina ini bina itu cek sini cek sana..."
Tetapi di pengakhirannya
"Pihak sekolah jua yang perlu menguruskan dan mengeluarkan sendiri dana"
Kami Redha.
Kami harus Tabah.
Mana mungkin kami tabah dalam segala tugasan jika Allah tidak memudahkannya.
Justeru,jangan pernah walau sekali merasakan apa yang kita ada pada hari ini adalah hasil usaha kita sendiri.Sekali ALLAH tidak meredhainya, maka hancurlah semua.
kita hanyalah memberi komitmen mendidik, mengajar.Namun di pengakhirannya ALLAH jua menentukan segalanya.
kemudian apabila kamu telah membulatkantekad,maka bertawakallah kepada ALLAH
"Sesungguhnya ALLAH menyukai orang orang yang bertawakkal kepadaNYA
Surah Ali Imran :159
Saya menyeru diri saya dan yang lain.
Sama-samalah kita membantu sesama umat Islam.Ini tanggungjawab kita bersama.
Kasihanilah, Sayangilah anak anak yatim ini kerna mereka memerlukan sokongan kita semua.insya'ALLAH
yang baik datangnya dari ALLAH, yang lemahdan yang salah datang dari saya sendiri..
wallahu a'llam