InsyaAllah innaALLAH ha ma'ana! Naja sayang mama dan Abah....sangat!
Ku tuju khas buatArwah Abah sayang..
Syukran Abah kerna
Mendidik kami, Menjaga kami...
Walau dimana kami berada.
Di negara orang, atau dimana jua sekali pun..
Apa yang kau paling titik beratkan adalah tentang
Solat....
Solat!
Solat!
Pernah ketika aku di alam remaja..ku bertanya pada Abah
" Abah kenapa asyik tanya da solat ke belum?..kenapa tak tanya da makan ker?
Lalu Abah menjawab
"Sebab Abah sayangkan anak abah tu yang tanya Solat, kalau makan.....perut masing masing, pandai cari makan. Kalau solat, kita kena selalu ingatkan!"
Dari saat itu, aku tidak pernah lagi bertanya..kerna apa yang diucapkan itu, cukup untuk diingati didalam jiwa raga ku..
Sehingga kini.
AlhamduLILLAH.
Dan ketika saat akhir engkau didunia..... engkau tetap menunaikan solat dalam keadaan yang sakit yang amat.
Ketika tangan kanan dan kiri Abah dicucuk dengan pelbagai jenis wayar dan tiub.
Ketika kau sudah merasai sakaratul maut hampir tiba....
Kau tetap menunaikan kewajipanNYA
Allahu Akhbar!!!
Sering kali Abah akan bertanya..
Waktu da masuk?
Beliau akan melihat jam..
YA ALLAH Engkau kurniakan mata yang jelas untuk Abahku melihat jam di dinding..alhamduLILLAH.
Wudhuk yang terakhir Abah ketika mlm 7 Rejab.ketika mengambil Wudhuk itu dibantu oleh abangku..
Kelihatan letih Abah ketika itu, lalu abangku bertanya..
"Abahh..kita solat jamak takhir ye abah..abah rehat dulu..doktor pun nak jumpa abah nanti"..
Lalu abah menjawab dengan nada yang perlahan tapi Tegas......
"Abah nak solat dulu!"
Lengkaplah 5 waktu engkau menunaikan ibadah solatmu yang terakhir.....
ALLAHU RABBI..kau permudahkan perjalanan Abahku...
Aku harus Tabah!
Engkau pergi tidak akan kembali lagi..hanya kenangan yang tinggal..
gelak tawamu..suara yang kuat..(Dari jauh akan kedengaran suaramu) mu..marahmu..sengih..senyuman mu,cita-citamu, minyak wangi mu ketika hendak menunaikan solat di masjid,pakaian mu,nasihat mu,langkah jalan yang cepat akan sentiasa disemat dalam jiwa raga kami....
Banyak kenangan terindah bersama
Solat berjemaah bersama..Berjalan bersama...makan bersama...
Doa akan sentiasa mengiringmu wahai ayahanda tercinta...
Naja sayang abahhhh...rindunya ILAHI
AL-FATIHAH....
T_______________T'
( Bagaimana dengan kita semua pula? YA ALLAH...kurniakan kami khusnul khotima YA ALLAH..ALLAH pengakhiran yang baik..insya'ALLAH! insya'ALLAH)