Saturday, July 30, 2011

Ahlan Ya Ramadhan 1432H insya'ALLAH!

Marhaban Ya Ramadhan~!
Ramadhan karim
ALLAHU AKRAM!!!
Semoga Ramadhan kali ini dapat mengekalkan diri kita untuk menjadi golongan orang-orang yang muttaqin (memiliki hubungan yang rapat dengan ALLAH S.W.T)
Insya'ALLAH...
Insya'ALLAH...
Insya'ALLAH...
Ameen!

Ahlan Ya Ramadhan
Omar Hussen bersama sepupu, Wan Saudah

Wednesday, July 20, 2011

pesanan Abahku....SOLAT!

InsyaAllah innaALLAH ha ma'ana! Naja sayang mama dan Abah....sangat!
Ku tuju khas buatArwah Abah sayang..
Syukran Abah kerna
Mendidik kami, Menjaga kami...
Walau dimana kami berada.
Di negara orang, atau dimana jua sekali pun..
Apa yang kau paling titik beratkan adalah tentang


Solat....


Solat!


Solat!


Pernah ketika aku di alam remaja..ku bertanya pada Abah
" Abah kenapa asyik tanya da solat ke belum?..kenapa tak tanya da makan ker?
Lalu Abah menjawab
"Sebab Abah sayangkan anak abah tu yang tanya Solat, kalau makan.....perut masing masing, pandai cari makan. Kalau solat, kita kena selalu ingatkan!"


Dari saat itu, aku tidak pernah lagi bertanya..kerna apa yang diucapkan itu, cukup untuk diingati didalam jiwa raga ku..
Sehingga kini.
AlhamduLILLAH.
Dan ketika saat akhir engkau didunia..... engkau tetap menunaikan solat dalam keadaan yang sakit yang amat.
Ketika tangan kanan dan kiri Abah dicucuk dengan pelbagai jenis wayar dan tiub.
Ketika kau sudah merasai sakaratul maut hampir tiba....
Kau tetap menunaikan kewajipanNYA
Allahu Akhbar!!!


Sering kali Abah akan bertanya..
Waktu da masuk?
Beliau akan melihat jam..
YA ALLAH Engkau kurniakan mata yang jelas untuk Abahku melihat jam di dinding..alhamduLILLAH.


Wudhuk yang terakhir Abah ketika mlm 7 Rejab.ketika mengambil Wudhuk itu dibantu oleh abangku..


Kelihatan letih Abah ketika itu, lalu abangku bertanya..
"Abahh..kita solat jamak takhir ye abah..abah rehat dulu..doktor pun nak jumpa abah nanti"..


Lalu abah menjawab dengan nada yang perlahan tapi Tegas......
"Abah nak solat dulu!"
Lengkaplah 5 waktu engkau menunaikan ibadah solatmu yang terakhir.....
ALLAHU RABBI..kau permudahkan perjalanan Abahku...


Aku harus Tabah!
Engkau pergi tidak akan kembali lagi..hanya kenangan yang tinggal..
gelak tawamu..suara yang kuat..(Dari jauh akan kedengaran suaramu) mu..marahmu..sengih..senyuman mu,cita-citamu, minyak wangi mu ketika hendak menunaikan solat di masjid,pakaian mu,nasihat mu,langkah jalan yang cepat akan sentiasa disemat dalam jiwa raga kami....


Banyak kenangan terindah bersama
Solat berjemaah bersama..Berjalan bersama...makan bersama...


Doa akan sentiasa mengiringmu wahai ayahanda tercinta...
Naja sayang abahhhh...rindunya ILAHI


AL-FATIHAH....


T_______________T'


( Bagaimana dengan kita semua pula? YA ALLAH...kurniakan kami khusnul khotima YA ALLAH..ALLAH pengakhiran yang baik..insya'ALLAH! insya'ALLAH)

Monday, July 18, 2011

belajar buat kek~!

alhamduLILLAH diberi kesempatan dan ruang untuk mengajar anak anak yatim
membuat kek












^_______________^

SUBHANAALLAH! Indahnya kampung halaman....

2 minggu yang lepas, saya bersama keluarga pulang ke kampung di Muar. Iaitu kampung suami saya OF.alhamduLILLAH
Niat untuk menziarahi pakcik dan makcik tersayang, Wak Amat dan Wak Imah.Baik orangnya, Masya'Allah!






pokok labu
ulam raja
pokok jambu air
pokok pisang
pokok cili padi
 
alhamduLILLAH..seronok melihat pokok-pokok yang ditanam oleh
Wak Amat dan Wak Imah
^________^

ada lagi pokok petola, pokok durian.
tapi tidak berkesempatan untuk menangkap gambar tersebut.

SUBHANAALLAH!
Allah Maha Pencipta
~AL-KHOLIQ~


Thursday, July 14, 2011

Ramadhan 1432H hampir tiba^,^

Kini bulan yang mulia hampir tiba. Oh Ramadhan 1432H.!!!

Akan tetapi...
Abah sudah tiada lagi
Bulan Ramadhan sentiasa dinanti-nantikan oleh Arwah Abah.
Setiap tahun pabila menjelang Ramadhan, dia pasti gembira bersyukur pada ILAHI.
Dan pabila Ramadhan hampir ke penghujung.
Pasti beliau sedih=,(
Arwah Abah: "dah nak habis Ramadhan, taktau lagi abah sempat Ramadhan tahun depan lagi ke tidak......."...............
(Setiap tahun beliau akan berkata begitu)

Dan ketika Arwah Abah mula sakit
Aku berkata pada beliau
Saya: "Abahh, sekarang bulan Rejab, lepas tu Sya'ban pastu Ramadhan, kejap je lagi.Abah tunggu ye"
Arwah Abah: =) insya'Allah.
(Air mata bergenang di mata Arwah Abah...T___T)

Sesungguhnya ALLAH lagi Maha Penyayang.

Insya'Allah walaupun Abah takada.
Kami.anak-anak.akan sentiasa dan sentiasa menDOAkan kesejahteraan Abah disana.

AL-FATIHAH
Haji Abdul Aziz Hj Mohd Syed
Abahku
Haji Mohd Busra bin Hj Anwar
Abah Mertua ku

Friday, July 1, 2011

Dari ALLAH kita dtg kepadaNYA kita kembali

-AL-FATIHAH Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Syed
Jua kepada bapa mertua ku. Haji Mohd Busra bin Haji Anwar

Rindu nya ILAHI...

Sejurus selesai tahlil bersama OF dan OH..(OM leka
bermain)

Sembang abi dan OH.
"Abi..kita da takde Jaddi kan?!"
*Jaddi dalam bahasa Arab maksud Datuk*

OF terdiam...=,(
"Doakan Jaddi ye Hussen"

OH berkata lagi..
"Jaddi takde lagi bawa Hussen gie kedai"


T____________T


AL-FATIHAH..