Monday, April 11, 2011

Anda bijak menilai...

Datang seorang hamba Allah, meminta tolong agar anak-anak yatim mendoakan dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan.

1 minggu kemudian...

Berjumpa dengan suami saya

Hamba Allah : terima kasih ustaz, alhamduLILLAH, dgn izinNYA dan berkat doa budak-budak yatim. Saya dinaikkan pangkat. Tetapi saya tolak.

OF : alhamduLILLAH, kenapa ditolak ye?

Hamba Allah : saya dinaikkan pangkat lebih tinggi dari apa yang saya hajat. Saya hanya nak Pen.Kanan, TETAPI dapat PPD pula.

....

Hamba Allah : Ustaz, kalau saya terima sebagai PPD. Saya tiada masa dengan anak, sedangkan anak sulung saya kini sudah tingkatan satu. Saya sibuk. Tak dapat nak melihat dia membesar,jadi saya tidak mahu ia berulang pada anak-anak lain. Anak orang lain saya boleh ajar. TETAPI anak saya sendiri, saya suruh orang lain ajar. Saya kini, mahu lebih masa dengan anak-anak.

OF : anak membesar sekali, tiada jalan patah balik. Semasa kecil lah kita mendidik mereka.Jangan terlalu mengejar wang harta, Tetapi anak-anak terabai. Nabi s.a.w bersabda, "Muliakan anak-anak kamu dan tunjukkan kepada mereka adab yang baik" (Riwayat Ibn Majah)

Sama-sama kita renung-renungkanlah.Moga kita semua menjadi ibu bapa yang mukmin.insya'ALLAH!


*Petikan dibawah ini,saya ambil di Saifulislam.com

Tidak wajar kita menyangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus. Apa yang paling utama adalah soal kuantiti dan kualiti masa yang kita luangkan bersama mereka. Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka?

Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis.

Seandainya saya memohon kotak kosong itu dikekalkan kosong, janganlah heret saya ke suasana yang menjadikan saya tersepit. Saya ada tanggungjawab kepada anak-anak, kita semua sama. Anak-anak dan isteri saya, adalah mad”™u (sasaran dakwah) pertama saya.

Jika kita tercicir anak di perhentian lebuh raya, kita tetap ada jalan untuk berpatah balik, walaupun derau hati bagi separuh mati.Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kerjaya dan kenaikan pangkat, kita tertinggal anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita boleh berpatah balik. Tetapi jika anak-anak tercicir dari Tarbiah Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang? Apakah ada satu lagi peluang?

Jawapannya TIADA.

Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka.

Saya hairan semasa membaca sabda Nabi s.a.w. betapa tanda kiamat itu adalah pada ibu yang melahirkan tuannya. Anak derhaka jadi fenomena biasa di akhir zaman. Mengapa suasana begitu boleh terjadi? Pasti ia tidak berlaku tiba-tiba, atau tanpa sebab pemula.

Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja.

What you give, you get back!

ANDA SENDIRI BIJAK MENILAI =)

Mari kita sama-sama renungkan.insya'ALLAH.