Tahnik bermaksud mengunyah buah kurma atau buah yang seumpamanya (lazimnya kurma) dan kunyahan itu dimasukkan ke dalam mulut bayi yang baru lahir dengan menggunakan jari dan menggerakkan ke kanan dan ke kiri lelangit bayi.Amalan ini merupakan satu Sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana dijelaskan dalam beberapa hadis
Sejumlah hadits tentang tahnik
Imam Bukhari dalam Shahih-nya men-takhrij hadits dari Asma’ binti Abi Bakr
Dari Asma’ binti Abu Bakr -semoga Allah meredhai keduanya- bahwa dirinya ketika sedang mengandung Abdullah ibn Zubair di Mekah mengatakan, “Saya keluar dan aku sempurna hamilku 9 bulan, lalu aku datang ke madinah, aku turun di Quba’ dan aku melahirkan di sana, lalu aku pun mendatangi Rasulullah s.a.w, maka beliau menaruh Abdullah ibn Zubair di dalam kamarnya, lalu Rasulullah s.a.w meminta kurma lalu mengunyahnya, kemudian beliau Rasulullah s.a.w memasukkan kurma yang sudah lumat itu ke dalam mulut Abdullah ibn Zubair. Dan itu adalah makanan yang pertama kali masuk ke mulutnya melalui Rasulullah s.a.w, kemudian beliau men-tahnik-nya, lalu Rasulullah s.a.w mendoakannya dan mendoakan keberkatan kepadanya.
Dalam shahihain -Shahih Bukhari dan Muslim- dari Abu Musa Al-Asy’ariy, “Anakku lahir, lalu aku membawa dan mendatangi Rasulullah s.a.w, lalu beliau memberinya nama Ibrahim dan kemudian men-tahnik-nya dengan kurma.” dalam riwayat Imam Bukhari ada tambahan: “maka Rasulullah s.a.w mendoakan kebaikan dan mendoakan keberkatan baginya, lalu menyerahkan kembali kepadaku.”
OM bersama Sheikh Baba
OM bersama Ustaz Haji Farid Ravi Al-Hafiz
OM bersama Ustaz Haji Asmuie Al-Hafiz
OM bersama Ustaz Haji Ahmad Mahfuz Al-Hafiz
Dalam Islam, anak tidak hanya dipelihara sejak setelah lahir semata, bahkan bahkan sejak seseorang berfikir akan menikah. Nabi saw telah bersabda agar kita memilih pasangan atau isteri yang solehah (baik). Islam telah memberikan perhatian yang besar untuk keselamatan keturunan dan anggota keluarga agar menjadi kuat, tidak hanya secara akhlaq, bahkan dalam hal genetika tubuh dan kejiwaan. Pemeliharaan ini terus berjalan sampai mencapai masa kehamilan dan ketika hendak melahirkan, melahirkan, menyusui, dan tahapan pendidikan, serta perkembangan berikutnya. Diantara bukti perhatian Islam terhadap anak pada masa kelahiran adalah masalah Tahnik.
Ancaman kepada Bayi
Saat bayi dilahirkan ke dunia, mereka telah berpindah dari satu alam ke alam
yang lain, iaitu alam rahim ke alam dunia.
Mereka biasanya terdedah kepada pelbagai kesakitan sebaik sahaja dilahirkan seperti kesejukan, imunisasi BCG, campak dan hepatitis B dan juga kesakitan daripada proses
kelahiran kerana saluran yang amat sempit.
Selain itu mereka juga terdedah kepada ancaman hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah) kerana bekalan gula dalam badan mereka terlalu sedikit.Jika seseorang bayi mempunyai berat badan yang kecil, semakin kecil pula kandungan gula dalam badan mereka.Biasanya mereka hanya mempunyai sekitar 2- hingga 30ml/100ml paras gula dalam darah.Jumlah ini merupakan satu jumlah yang agak bahaya kerana bayi akan terdedah kepada serangan hupoglisemia yang boleh mengakibatkan kekejangan,tidak sedarkan diri, gangguansaraf, lemah otak dan lebih bahaya lagi boleh menyebabkan kematian.
(Solusi edisi 27, Dr Farhan Hadi Mohd Taib)
Pembahasan
Sesungguhnya perbuatan Rasulullah s.a.w men-tahnik bayi-bayi yang baru lahir dengan kurma setelah dilumatkan dan kemudian memasukkannya ke mulut bayi, kemudian men-tahnik-nya (mengolehkan lumatan kurma di langit-langit mulut) adalah memiliki hikmah yang agung. Sebab, kurma memiliki kandungan gula “glukosa” dalam jumlah yang banyak, khususnya setelah dilumatkan dimulut sehingga bercampur dengan air liur, diman air liur mengandungs sejumlah enzim khusus yang biasa mengubah glukosa menjadi gula asal. Air liur juga bisa melumatkan zat-zat gula. Sehingga bayi yang baru lahir biasa mencerna kurma lembut itu dengan baik.
Dan kerana mayoritas atau bahkan semua bayi membutuhkan zat gula dalam bentuk “glukosa” seketika setelah lahir, maka memberikan kurma yang sudah dilumat biasa menjauhkan bayi -dengan izin Allah S.W.T – dari kekurangan kadar gula yang berlipat-lipat.
Sesungguhnya disunnahkannya tahnik kepada bayi adalah ubat sekaligus tindakan preventif yang memiliki fungsi yang sangat penting, dan ini adalah mukjizat kenabian Muhammad s.a.w secara medik dimana sejarah kemanusiaan tidak pernah mengetahui hal itu sebelumnya, bahkan kini manusia tahu bahayanya kekurangan kadar glukosa dalam darah bayi.
Boleh dirujuk di majalah Solusi edisi 27
tentang Manisan Mengurangkan Tindak Balas kesakitan dalam Bayi=)
Sumber: Makalah Dr. Muhammad ‘Ali Al-Bari, dalam Majalah Al-I’jaaz Al-Ilmiy No. 04
Anda juga boleh dapati maklumat tentang Tahnik di Majalah Solusi edisi 27, oleh Dr Farhan Hadi Mohd Taib