Tuesday, March 15, 2011

"Aku hanya Umar"

Nasyeed kegemaran Omar Hussen
"Aku hanya Umar"-Hijjaz
Setiap kali menaiki kenderaan pasti Nasyeed "Aku hanya Umar" dimainkan
Dan berulang kali dia akan memainkan.
Sambil berNasyeed OH, masyaAllah!
>,<

Sejarah Umar Al-Khattab
Semasa jahiliah juga Umar al-Khattab terkenal sebagai seorang
Yang keras hati. Beliau bukan sahaja
menyakiti Rasulullah SAW malah suatu ketika berniat
Hendak membunuhnya.

TETAPI selepas memeluk Islam, hatinya yang keras itu
Digunakannya bagi membela Rasulullah SAW dan Islam.
Sifat berani dan kegagahannya digunakan bagi menentang
Mereka yang memusuhi baginda sehingga mendapat gelaran
Al-Faruq yang bermaksud orang yang berani menyatakan kebenaran
Beliau antara sahabat yang dijamin masuk syurga oleh
Rasulullah SAW.


Aku Hanya Umar
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz

Sebelum disapa sinar iman
Kau bagaikan singa yang mengganas
Membunuh anak perempuanmu
Tanpa rasa belas dan kasihan
Dipandu hati sekeras batu
Jahiliah yang menyesatkan

Bila nur Al-Quran menusuk ke jiwa
Lunturlah segala keangkuhanmu
Berubah dan beralih arahmu
Terbentur segala kekejaman
Menjadi wira miskin nestapa
Membela yang tak berupaya

Tidurmu di rimbunan tamar
Tenangmu tiada tercalar
Berbantal lengan tanpa pengawal
Berselimut embun keimanan

Di malam yang hening
Meratap menyesali diri
Pada dosa kealpaan
Dibasuh dengan airmata
Memohon keampunan Tuhan

Engkau khalifah berjiwa hamba
Mentadbir tanpa singgahsana
Menghina diri di hadapan Allah
Kemuliaan diri manusia

Mulia hidup bersulam taqwa
Mulia matimu kau syuhada
Pergi rohmu ke alam tinggi
Terbang menuju ke syurgawi

Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Ku bimbangi dialah diriku

Hati sekeras batu
Menjadi selembut air
Jadi teman kebenaran
Jadi musuh pada kebatilan