Sunday, March 20, 2011

* gembirakan mereka =) *

Tema : Gembira
(Omar Hussen 5 Tahun,alhamduLILLAH!)
Tarikh : 1.3.2011

RASULULLAH S.A.W bersabda yang bermaksud :
“Barangsiapa yang mengembirakan seorang mukmin, sebenarnya mengembirakan diriku, Barangsiapa yang mengembirakan diriku,sebenarnya ia mengembirakan ALLAH”.
All praises to ALLAH, Thank You ALLAH, kerna boleh la sikit-sikit buat mana yang mampu.Niat nak gembirakan anak-anak yatim dan anak miskin.For me, making them happy & fun! Amat sangat mengembirakan! ..cannot describe by words ..masyaALLAH!
I hope OH& OM will help mana yang mampu! For me, teaching them(OH&OM) dari kecil sangat penting! Didik jiwa,hati dan rohani..untuk Sayang pada ALLAH, Rasulullah..Muliakan,mencintai anak-anak yatim dan orang miskin. BECAUSE RASULULLAH S.A.W adalah anak yatim!
When you see the kids like this (anak-anak yatim&miskin) tabahhh sangaaat! Parents takde, BUT still they can cope their life.MasyaALLAH!
Sahabat sekalian.
Jika anda ditimpa musibah,dugaan yang besar..Pandanglah kebawah, muhasabah diri..berSYUKUR..kerana anak-anak yatim disini yang kehilangan ibu bapa atau ibu bapa yang hilang entah kemana mereka boleh menjalani hidup dengan tabah dan sabar!subhanaALLAH!
Moga kalian (anak2 yatim) mendapat ganjaran di akhirat kelak!insyaALLAH!Ameen!
Hopefully insyaALLAH! OH& OM jadi anak soleh dan baik dunia wa akhirat!Ameen!
Pesanan buat anakku Omar Hussen(pabila Hussen da pandai baca dan ziarah blog Mama)
“jadilah anak soleh..cita2 Hussen kan nak masuk syurga..dapat semua mainan,game, optimus prime..semua adaa! Yang penting Hussen jadi baik dan anak soleh..ikut ALLAH suruh, jangan ikut syaitan tau! (perbualan sering kami bualkan)
                                           
alhamduLILLAH, design & print sdn bhd
alhamduLLLAH, kek marble buat sendiri juga

omar = green + naja = pink 

alhamduLILLAH sedang dibakar kek marble (buat waktu OH& OM) tidur



           alhamduLLLAH, diberi masa,dan kesempatan..jumlah kek marble=4,nak bagi mereka makan puas-puas=)) 


alhamduLLLAH, syukran anak-anak=)

alhamduLLLAH, party pack buat sendiri jua..seronok buat=)

alhamduLLLAH, ais krim perasa anggur & sarsi buat sendiri juge=)
alhamduLLLAH

alhamduLLLAH, "burger..burger..burger.." burger ayam& daging special..alhamduLILLAH sempat la masak =)






teman seperjuangan OH, Khairul Anwar..pagi/petang ajak bermain=)

teman baik OH, Naim b Tahir..seorang pelajar kreatif dan bijak! masyaALLAH!

ALHAMDULILLAH ! ALHAMDULILLAH!!
ALHAMDULILLAH!!!
ALL PRAISES TO ALLAH!
THANK YOU ALLAH!
                  


Tuesday, March 15, 2011

"Aku hanya Umar"

Nasyeed kegemaran Omar Hussen
"Aku hanya Umar"-Hijjaz
Setiap kali menaiki kenderaan pasti Nasyeed "Aku hanya Umar" dimainkan
Dan berulang kali dia akan memainkan.
Sambil berNasyeed OH, masyaAllah!
>,<

Sejarah Umar Al-Khattab
Semasa jahiliah juga Umar al-Khattab terkenal sebagai seorang
Yang keras hati. Beliau bukan sahaja
menyakiti Rasulullah SAW malah suatu ketika berniat
Hendak membunuhnya.

TETAPI selepas memeluk Islam, hatinya yang keras itu
Digunakannya bagi membela Rasulullah SAW dan Islam.
Sifat berani dan kegagahannya digunakan bagi menentang
Mereka yang memusuhi baginda sehingga mendapat gelaran
Al-Faruq yang bermaksud orang yang berani menyatakan kebenaran
Beliau antara sahabat yang dijamin masuk syurga oleh
Rasulullah SAW.


Aku Hanya Umar
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz

Sebelum disapa sinar iman
Kau bagaikan singa yang mengganas
Membunuh anak perempuanmu
Tanpa rasa belas dan kasihan
Dipandu hati sekeras batu
Jahiliah yang menyesatkan

Bila nur Al-Quran menusuk ke jiwa
Lunturlah segala keangkuhanmu
Berubah dan beralih arahmu
Terbentur segala kekejaman
Menjadi wira miskin nestapa
Membela yang tak berupaya

Tidurmu di rimbunan tamar
Tenangmu tiada tercalar
Berbantal lengan tanpa pengawal
Berselimut embun keimanan

Di malam yang hening
Meratap menyesali diri
Pada dosa kealpaan
Dibasuh dengan airmata
Memohon keampunan Tuhan

Engkau khalifah berjiwa hamba
Mentadbir tanpa singgahsana
Menghina diri di hadapan Allah
Kemuliaan diri manusia

Mulia hidup bersulam taqwa
Mulia matimu kau syuhada
Pergi rohmu ke alam tinggi
Terbang menuju ke syurgawi

Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Ku bimbangi dialah diriku

Hati sekeras batu
Menjadi selembut air
Jadi teman kebenaran
Jadi musuh pada kebatilan

Saturday, March 5, 2011

Pulang dari kenduri....

 Omar Hussen
mengeluarkan sesuatu dari poket  doreamon jubah nya,
iaitu
PETAI
kata OH "abi kan suka petai"
 kenduri saudara di Kampung Haji Salleh

  ikan masin...
kerana ia merupakan makanan kegemaran beliau >,<
kenduri di Bidor

kedua-dua kenduri ini OF dan OH sahaja yang hadir..

OH : "makcik, boleh Hussen nak ikan masin bawa balik?"
Makcik : sambil gelak..boleh anakk, ambil lah banyak mana pun!
OH : "Syukran"sambil tersengih



"selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang!"
Cinta ALLAH, Cinta RASULULLAH dan
Cinta ISLAM
>,<

moga kita semua menjadi lebih baik dari hari semalam
insyaALLAH!



Wednesday, March 2, 2011

3 perkara sukar dilakukan

3 perkara sukar dilakukan tetapi jika dapat akan bahagia dan sihat dan kaya selamanya.insyaALLAH!
1. Buat baik pada orang yang buat tidak baik pada kita.

2. Menjaga nama dan menyokong orang yang di kutuk atau diumpat

3. Mengaku kesilapan kita.

Mereka yang tak dapat buat ini yang selalu stress dan berpenyakit pada usia muda. Bagi orang Islam jika tidak menjaga Rukun Islam dan Rukun Iman dan tidak buat AMar MAkruf nahi mungkar hidup akan gundah gulana dan merana di dunia apatah lagi di akhirat.

Untuk mencegah materialisma, jangan kita iri hati dengan kekayaan dunia seseorang yang ingkar pada Allah dan berpihak kepada kebatilan untuk mendapat wang kerana mereka sedang di bawa kekawah neraka bila meninggalkan dunia kerana khayal dengan dunia yang amat hina di mata ALlah. JAngan susah hati jika tidak dapat beli barang beribu ringgit untuk pandangan manusia tetapi bersyukur dengan sedekah iklhlas walau 1 ringgit kepada pembantu rumah, pencuci tandas, penjual kuih dan orang miskin yang kita jumpa.

Kepada mereka yang sibuk bekerja jangan tertipu sibuk menolong orang lain tetapi menyeksa diri kita menempah tiket ke neraka dengan meninggalkan solat lima waktu. Sia sia apa amalan kita jika solat tidak cukup kerana ini soalan pertama akan ditanya di kubur nanti dan bayangkan bagaiman kita akan dipukul bertalu talu kerana tinggal solat kita.

Semua ibu bapa untuk mengelakkan menangis di masa depan jaga solat anak anak dan jaga aurat anak perempuan kita. Jika kita tidak menjaga aurat kita bagaimana anak perempuan kita akan menjaga aurat mereka kerana minda segar atau blue print mereka ialah menunjukkan kecantikan kepada orang lain untuk mendapat penghargaan manusia yang semua akan berlutut didepan Allah swt dan di hisab setiap amalan. Niatkan kita masuk facebook untuk ilmu dan silaturrahim dan berkongsi berita baik, bukan menunjukkan kemewahan dan kemegahan kita kepada orang lain .

Kepada semua orang yang kaya yang mampu membeli beg tangan hingga 10 ribu ringgit muhasabah apa kita jawab pada Allah jika disoal berapa banyak kita sedekah rezeki kita. Jika kita payan bersedekan ada Tok guru mengatakan duit tidak bersih kerana Allah tidak sudi duit kita kerana bila kita sedekah ALlah yang terima bukan hanya orang yg kita sedekahkan.

Hidup kita bererti bukan DURATION tetapi DONATION

petikan daripda Prof.Dr Muhaya.
MasyaALLAH..saya amat meminati peribadi beliau.
Sama-sama kita semua menjadi lebih baik dari hari semalam, insyaALLAH
sentiasa ada perubahan untuk menjadi baik.Ameen