Pertembungan serta pertempuran sengit antara pendemo dan pasukan keamanan Mesir menyebabkan ulama terkemuka, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi merasa prihatin. Keprihatinan itu disampaikan syeikh dalam wawancaranya dengan Televiisyen Al-Jazeera yang disiarkan secara langsung pada Rabu malam. Dalam pernyataannya, Syeikh Yusof Al-Qaradhawi mengkritik keras rejim Hosni Mubarak yang dinilainya telah buta dan dungu. Syeikh di awal pernyataannya menegaskan bahawa para syuhada' yang gugur dalam rangka menggulingkan rejim Mubarak tidak akan sia-sia.
Syeikh juga menyerukan masyarakat Mesir supaya bergabung dengan para pendemo di Dataran Tahrir, Kaherah. Masyarakat juga diminta supaya membantu dan menyembuhkan para pendemo yang terluka akibat pertempuran sengit yang terjadi pada hari Rabu yang lalu.
Di penghujung pernyataannya juga, Syeikh mendoakan masyarakat Mesir yang telah bangkit melawan Firaun moden, iaitu Hosni Mubarak.
Anggota organisasi Persatuan Ulama Muslimin Sedunia
Hari Ahad yang lalu, Persatuan Ulama Muslimin Sedunia menyatakan dan mengeluarkan fatwa bahawa para pendemo yang gugur dalam aksi demonstrasi menentang rejim kerana tembakan peluru dari pasukan keamanan sebagai syuhada di sisi Allah SWT. Pernyataan rasmi organisasi ini yang juga berpusat di Mesir secara tidak langsung menyatakan fatwa "jihad anti-rejim Hosni Mubarak".
p/s: Semoga pendemo yang bangkit menentang kezaliman ini mendapat kejayaan bukan sahaja di dunia, tapi di akhirat kelak. AMEEN YA RABB!!!