Friday, February 25, 2011

5 days to go...

InsyaALLAH
 Omar Hussen will be 5 years old!

Semoga Omar Hussen bin Omar Fikri membesar dengan
"IMAN dan TAQWA"
AMEEN!!!

Thursday, February 24, 2011

baked..#01

 apa ini? play dough..ini pastry

apa ini? ini apple yang dikacukkan dengan pelbagai bahan

 apa ini?
 ini pastry yang disejukkan, dalam 30minit, nak cepat? masuk kat tempat beku, sabar
nampak mereka menggigil tak?

 kemudian ratakan pada dulang tahan panas,jangan guna plastik!
dan letakkan apple tadi kedalam..
tak sempat tangkap gambar

  kemudian tutupkan dengan pastry dan corakkan..ikut kreativiti masing masing 
panaskan pada tahap 19O
selama 60minit sama dengan 1 jam
  alhamduLILLAH, siap!
dan siap dipotong untuk dIberi pada SIL
INILAH APPLE PIE
Resipi daripada ibu saya,
ibu saya dapat resipi daripada besan ..

ianya mudah, cepat dan sedap, insyaALLAH...
berminat? boleh kita sama2 kongsi resipi nye nanti..
tunggu ya?!=))

Sunday, February 20, 2011

Larry!

kucing siapa ni???
Masya'ALLAH!!! COMEL KAN???
Tugas beliau
menangkap tikus..

gaya seekor kucing yang profesional!

Inilah Larry, Ketua Bahagian Pembasmi Tikus di Rumah PM Britain
Larry, Kucing baru di kediaman PM Britain di Downing Street 10, London.

London - Downing Street 10, kediaman Perdana Menteri Britain akhirnya mengambil pekerja khusus bernama Larry. Ia akan menjadi ketua penangkap tikus di tempat tinggal yang kini dihuni PM David Cameron.
Kucing betina berusia 4 tahun itu berjaya memperolehi pekerjaan yang memestikan ia berdepan dengan hama tikus tepat di pusat pemerintahan. 'Pembasmi tikus' itu dipilih dari sejumlah senarai perusahaan penyedia dan perawat haiwan, Battersea Dogs & Cats Home.

Ketua Pengarah Battersea, Claire Horton, menggambarkan Larry 'cukup cerdik dan padano' serta menyatakan kucing tersebut sudah pasti sesuai untuk pekerjaan barunya di lingkungan pusat 'pemerintah' Britain.

"Saya diberitahu bahwa David Cameron, yang dikonfrontasi akibat kewujudan tikus di kawasan Downing Street, berharap Larry sudah dapat turun ke kawasan tersebut untuk memulakan pekerjaannya minggu ini," kata Clair.

"Kami perlukan seekor kucing yang mampu menangani masalah tikus tanpa kasihan, tapi juga tahu bagaimana hendak menjaga perabot dengan baik," bisik pemberi maklumat saya," tambah Claire lagi.

"Larry seolah-olah jenis kucing yang kami cari selama ini, seekor pembunuh dalam kawasan dalam bandar," kata Claire.

Masalah hama rodensia di Downing Street kian parah setelah sejumlah tikus berukuran yang agak besar terlihat melintas di belakang para pemberita televisyen ketika mereka melaporkan berita di luar kediaman rasmi Perdana Menteri.

Kucing, ketua penangkap tikus terakhir Perdana Menteri yang tinggal di Downing Street adalah Humphrey. Ia pencen pada 1997, tepat ketika Tony Blair menjadi PM. -Telegraph

kalau ingin melihat video Larry sila lihat di YOUTUBE
Meet Larry -Downing Street's New Cat

Pesanan saya pada Larry yang sangat comel
bekerja dengan bersungguh-sungguh ya!
pastikan tangkap tikus!
kalau tidak,
tidak dapat makan ikan termenung masak 3 rasa..
ehhhh ada ker ikan termenung kat UK?
mioewwarrrr~!

Friday, February 18, 2011

Jumaat yang indah

tengahari yang panas, burung bersiulan. berirama sungguh syahdu...
suasana yang indah, subhanaALLAH!
INDAH sungguh CIPTAAN ALLAH! 

suami membawa anak-anak yatim dan OH menunaikan solat Jumaat,
manakala aku, ditemani OM..
mengemaskini blog
makanan tengahari yang dimasak oleh abi OH dan OM
sambal cilipadi kicap disediakan oleh ummu Omar
ALLAH, RAHMATI KAMI YA ALLAH!

Semoga hari-hari yang mendatang sentiasa diRAHMATINYA...
AMEEN!!!

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BUAT KALIAN SEMUA!
ceria-ceria selalu >,<

Thursday, February 17, 2011

Sabda Rasulullah SAW
"Tanda-tanda orang munafik ada tiga iaitu, apabila berbicara ia bohong, apabila berjanji ia berkhianat dan apabila dipercayai ia curang" (Bukhori dan Muslim)

Tuesday, February 15, 2011

YA RASULULLAH!

gambar ditangkap
pada musim Haji1430H

Tak pernah kami tatap wajahMu,
Tapi kami RINDU padaMu YA RASULULLAH!!!

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini."

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

WASIAT RASULULLAH S.A.W.

“Telah bersabda Rasullah S.A.W
Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah.
Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;
            
“Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah
Dia beramal yang baik dan janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa juga pun”.




Saturday, February 12, 2011


Manusia amat suka dipuji..
betul??
Tapi janganlah biarkan pujian itu menyebabkan kita lupa dan riak...
Oleh itu marilah kita sama-sama mengamalkan sunnah Rasullullah ini..
Doa seorg muslim apabila dipuji

اللهم لا تؤاخذني بما يقولون،واغفرلي مالا يعلمون،واجعلني خيرا مما يظنون،آمين
YA ALLAH!Janganlah Engkau hukum aku dengan apa yg mereka ucapkan,Ampunilah aku dengan apa yg mereka tidak ketahui,jadikan aku lebih baik drpd apa yg mereka sangka kan. AMEEN!

Letak jawatan!!!!!

kejayaan rakyat Mesir!
 Hosni Mubarak letak jawatan!!!!

Hosni Mubarak akhirnya letak jawatan dan menyerahkan pemerintahan kpd tentera.
perjuangan rakyat mesir telah mencapai kemenangan.
Adakah ini petanda

bahawa ISLAM akhirnya akan bangkit ?
takbir!!
ALLAHU AKBAR!!!!
=)))

SAMA-SAMA KITA MENDOAKAN!!!


Friday, February 4, 2011

Sheikh Yusof Al-Qardhawi Menyeru Masyarakat Mesir Bangkit!!!

Kini aksi kebangkitan rakyat di Mesir masuk hari yang ke-10. Demonstrasi rakyat kian bangkit melawan rejim Hosni Mubarak. Kini hampir 100 lebih orang telah maut dan beribu-ribu lagi cedera dalam revolusi Mesir kali ini. Sumber terakhir menyatakan 7 orang lagi telah maut ditembak pasukan keselamatan Mesit. Kini keadaan demonstrasi di Mesir menjadi tumpuan 3 kelompok utama iaitu pendemo dari kalangan anak muda yang disokong Ikhwanul Muslimin dalam menumbangkan rejim, pendemo dari kalangan pendokong rejim Hosni Mubarak yang kian bertindak ganas dan pasukan keselamatan Mesir yang terdiri daripada pihak tentera dan polis. Menurut sumber, para kelompok dari pendokong rejim Hosni Mubarak kini bertindak ganas dan berbahaya.


Pertembungan serta pertempuran sengit antara pendemo dan pasukan keamanan Mesir menyebabkan ulama terkemuka, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi merasa prihatin. Keprihatinan itu disampaikan syeikh dalam wawancaranya dengan Televiisyen Al-Jazeera yang disiarkan secara langsung pada Rabu malam. Dalam pernyataannya, Syeikh Yusof Al-Qaradhawi mengkritik keras rejim Hosni Mubarak yang dinilainya telah buta dan dungu. Syeikh di awal pernyataannya menegaskan bahawa para syuhada' yang gugur dalam rangka menggulingkan rejim Mubarak tidak akan sia-sia.


Syeikh juga menyerukan masyarakat Mesir supaya bergabung dengan para pendemo di Dataran Tahrir, Kaherah. Masyarakat juga diminta supaya membantu dan menyembuhkan para pendemo yang terluka akibat pertempuran sengit yang terjadi pada hari Rabu yang lalu.
Di penghujung pernyataannya juga, Syeikh mendoakan masyarakat Mesir yang telah bangkit melawan Firaun moden, iaitu Hosni Mubarak



Anggota organisasi Persatuan Ulama Muslimin Sedunia

Hari Ahad yang lalu, Persatuan Ulama Muslimin Sedunia menyatakan dan mengeluarkan fatwa bahawa para pendemo yang gugur dalam aksi demonstrasi menentang rejim kerana tembakan peluru dari pasukan keamanan sebagai syuhada di sisi Allah SWT. Pernyataan rasmi organisasi ini yang juga berpusat di Mesir secara tidak langsung menyatakan fatwa "jihad anti-rejim Hosni Mubarak".

Sementara itu, Syeikhul Al-Azhar iaitu Doktor Ahmed At-Tayyeb, malah menganjurkan para penentang Presiden Hosni Mubarak supaya berunding dengan rejim berkuasa. Pernyataan Ahmed At-Tayyeb malah semakin mengobarkan kemarahan rakyat terhadap pemerintah dan Syeikhul Al Azhar berpesan agar mengelakkan lebih ramai nyawa daripada terkorban.


p/s: Semoga pendemo yang bangkit menentang kezaliman ini mendapat kejayaan bukan sahaja di dunia, tapi di akhirat kelak. AMEEN YA RABB!!!