Monday, November 29, 2010

Jangan Bangga sangat...kerana...


Jangan bangga sangat dengan pakaian yang cantik dan mahal, kerna pakaian terakhir kita nanti adalah
kain kapan...

Jangan bangga dan "action" sangat dengan kenderaan mewah, kerana kenderaan terakhir
kita adalah
 van jenazah dan papan keranda...

Janganlah terlalu seronok dengan tempat tidur yang empuk dan nyaman
kerana tempat tidur terakhir kita adalah di
liang lahad...

Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki rumah mewah seperti
istana.Kita kena ingat, rumah terakhir kita nanti adalah
kubur bertiang dua...

Jangan terlalu megah dengan pangkat dan darjat. Kerana bila sudah tiada nanti,
kita dapat gelaran
Al-Marhum...

Janganlah terlalu bangga dan berlagak dengan wajah yang kacak atau cantik.
Kerana bila kita mati nanti..wajah kita berubah menjadi
tengkorak....