salam...
bilik basah?..tentu dikaitkan dengan atap atau syiling yang bocor bukan?..
TETAPi
berbeza sebab dengan bilik basah ini...
ia disebabkan....
terjadinya peperangan air antara Encik Omar Fikri dan anak nya Omar Hussen..
pistol air..( bukan guna pistol puun, guna spray air..yang biasanya digunakan untuk gosok baju tuu)..kalau guna pistol air..mm alamatnya sampai sehari semalam tak abis2...
mmm..ye satu bilik basah ye(katil, bantal,sejadah..ye sebut saja apa yg berada didlm bilik..)...saya sekali pun kena...yelaa..saya bagi arahan dan strategi kat Omar Hussen untuk menembak air itew ke arah abi nya dgn tepat...mana tak..asyik mengelak je...jadi mesti ada strategi ye..=)...
dan yg penting kerjasama...ngehehe...=)
akhir sekali kalau da ada pakej basah bilik dan bersepah( 2 in 1)..siapa yg perlu mengemasnya?..mm..sama2 ye...kerjasama...~!..('',)
subhanALLAH,keluarga bahagia bukan pada harta,atau pada wang ringgit/riyal/dinar/dollar $/paun/yen
TETAPi
pada ketenangan,dan sikap "qanaah"
syukur padaMU YA ALLAH,terima kasih YA ALLAH~!
nikmat bersama keluarga ini cukup besar YA ALLAH, walaupun dalam keadaan yg pelbagai dugaan mahupun manis berlebihan atau pahit=)...kerana dalam setiap kesusahan ada kesenangan dan dalam kesenangan itu ada kesusahan nya...
bersyukur dengan apa yang berlaku, sekalipun dalam musibah.
untuk mencari hikmah sesuatu musibah kita mesti meyakini terlebih dahulu bahawa musibah adalah sebahagian ujian yg pasti menimpa manusia. Ujian adalah satu pendekatan ALLAH mendidik manusia dan tiada siapa pun dpt menghindarkannya krn hidup ini hakikatnya adalah satu ujian.Apabila sanggup hidup, mesti diuji~!
Firman ALLAH S.W.T yg bermaksud :
"Dia yang menjadikan mati dan hidup adalah untuk menguji siapakah dlm kalangan kamu yang terbaik amalannya".
( Surah Al-Mulk 67:2)
wallahu a'llam