Kami Redha akan pemergian mu. Teringat sangat ketika saat tenat beliau.
kejap2 bangun tengok jam, takut terlepas waktu solat!
sering ditanya, "dah masuk waktu ke belum?"
sejurus sahaja beliau mendirikan solat...rehat...
lalu terbangun dan bertanya lagi
"Abah da solat kan?"..Mamaku menjawab,
"ye Abang" Abang da solat, rehatlah"
T___T'
Masya'ALLAH! sakit tetapi tetap Solat. sehinggalah saat akhir beliau.SubhanaALLAH! alhamduLILLAH.
selesai sahaja solat Isya' (Abah solat dalam keadaaan baring) diimamkan anak lelaki (abang saya, Azharul Amani)
dan......selepas itu keadaan Abah da mula nazak.
Tepat jam 1230am Jumaat.....
kau pergi tak kembali bahhh
kali terakhir ku kucup dahimu, ketika kain kapan hendak menutupi wajahmu...
itulah yang terakhir,ye yang terakhir didunia.moga hanya didunia tetapi bukan diakhirat,
kerna Naja ingin kucup dahi Abah disana nanti...
YA ALLAH!!!
Ini didunia,semoga kita semua dapat bertemu disana nanti insya'Allah!
YA ALLAH!
Ingat lagi bila bersembang dengan Abah...(angan-angan beliau)
"Abah kalau ada duit yang banyakk..Abah jadi millionnair, Abah nak bagi anak2 yatim/miskin banyak..bawa they all ke umrah"
Abahhh.. alhamduLILLAH rezeki Abah..anak-anak yatim Darul Aitam, Perak kebetulan di Kuala Lumpur. YA ALLAH, Kau Maha Merancang =,))
dapatlah mereka ziarah Abah..cepat2 saya sampulkan duit Abah untuk diberikan pada mereka..ku berbisik di telinga Abah.."Bahh, Naja ambil duit Abah nak derma untuk anak anak yatim ni tau Bahh, sorang Naja letak RM XX.sekali dengan warden."
Abah membalas perlahan(tak terdaya sangat Abah ketika itu=,(
lalu Abah berkata
"Naja..letaklah la berapa-berapa pun tak kisah Najaa,bagilah"
Abah kau sendiri yang berikan pada mereka.Walaupun tangan penuh dengan cucuk wayar,kau gagahi jua untuk bersalam bersama anak-anak yatim yang mulia ini
lalu Abah cakap "doakan pakcik ye"
kelihatan genangan air mata Abah..tabah Abah! lalu Abah tersenyum lebar
kemudian Ustaz Haji Farid Ravi menziarahi abah..Ustaz mendoakan Abah..tidak henti kunjungan pelawat yang menziarahi Abah...
...AL-FATIHAH...
Thursday, May 31, 2012
Sunday, May 13, 2012
Mama...sayang Mama...
YA ALLAH, saya sayang Mama saya.Walaupun dah dewasa,ada anak.Saya masih nak peluk Mama saya hari-hari.Walaupun berjauhan (Perak-KL) saya sentiasa rindukan Mama. Saya perlukannya. Pengalaman nya,mengajarku erti kehidupan. Masya'Allah. =,))
lipbalm..
OH mengambil barang mainan yang disimpan dalam beg tangan saya, tiba-tiba beliau terjumpa "lipbalm"saya
OH : Mama,ni apa?Lipstik ker?
Saya : bukan, ni lipbalm.Kalau bibir kering pakai ni.
OH : dia ada keluar warna ,merah?
Saya : ada,sikit-sikit.tak banyak.
OH : macam lipstik la ni? jangan pakai Maa,haram ni. buang. kalau dengan Abi je boleh.
Saya : *senyyummm tak perlu kata apa-apa*^______________^
OH : Mama,ni apa?Lipstik ker?
Saya : bukan, ni lipbalm.Kalau bibir kering pakai ni.
OH : dia ada keluar warna ,merah?
Saya : ada,sikit-sikit.tak banyak.
OH : macam lipstik la ni? jangan pakai Maa,haram ni. buang. kalau dengan Abi je boleh.
Saya : *senyyummm tak perlu kata apa-apa*^______________^
salam
setelah sekian lamaaa nya saya tidak mengemaskini blog saya ini. Asif Jiddan (minta maaf) pada mereka yang melihat tiada perkembangan atau sebarang berita dari saya.
semoga Allah SWT merahmati kita semua.insya'Allah!
Alhamdulillah! diberi umur,peluang dan masa untuk hidup. masih ada masa untuk terus bertaubat.YA ALLAH banyak sangat dosa ku YA ALLAH.sedangkan..sehinggakan tersangat banyak ni'mat yang kau beri YA ALLAH! semoga kita sentiasaaa bersyukur..Qana'ah..dan sentiasa bertaubat padaMu YA ALLAH..Ameen Ameen Ameen YA RABB!
Wednesday, February 15, 2012
Menguji
Allah menguji kita dengan kesakitan agar kita kembali mngingatiNya kerana kebanyakan manusia akan leka apabila diberi nikmat n kesenangan tetapi diwaktu sakitla baru mngingatiNya..sakit itulah tanda Allah masih sygkan kita supaya kita kembali padaNya.
Friday, February 10, 2012
hukuman dan ujian
SAIDINA ALI pernah ditanya oleh seseorang. “Wahai Khalifah, bagaimana ingin aku bezakan ujian dan hukuman dalam kehidupan. Jawab Saidina Ali : “Hukuman adalah bilamana kamu diuji Allah, kamu makin jauh dari Allah, manakala ujian Allah pula apabila kamu diuji kamu diuji kamu makin hampir dan rapat dengan Allah
Saturday, January 7, 2012
Sedang saya mengajar Omar Hussen.
OH: "Mama.. Hussen color ayam warna kelabu je lah"
Saya: "mana ada ayam warna kelabu"
OH : kita color semua haiwan kelabu je la.Hussen tak suka color. Guna pensil je
Saya: takpelah, biar Mama colorkan. Mama suka color ^.^
OH : baguslah macam tu.
Saya: amboi..=D
Dari sekolah suka color, tapi bila bab isikan tempat kosong.....hihi.. >,<
Color putih je^,^
Saya dari kecil sampailah sekarang, asal pergi kedai alat tulis. Ada je pen atau pensil.color pencil.pencil box yang nak dibeli. Kena kawal. Mujurlah OH selalu ingatkan"Mama..da banyak pen..kenapa nak beli lagi?"
AlhamduLILLAH. Syukran kerna memberi peringatan pada Mama=')
OH: "Mama.. Hussen color ayam warna kelabu je lah"
Saya: "mana ada ayam warna kelabu"
OH : kita color semua haiwan kelabu je la.Hussen tak suka color. Guna pensil je
Saya: takpelah, biar Mama colorkan. Mama suka color ^.^
OH : baguslah macam tu.
Saya: amboi..=D
Dari sekolah suka color, tapi bila bab isikan tempat kosong.....hihi.. >,<
Color putih je^,^
Saya dari kecil sampailah sekarang, asal pergi kedai alat tulis. Ada je pen atau pensil.color pencil.pencil box yang nak dibeli. Kena kawal. Mujurlah OH selalu ingatkan"Mama..da banyak pen..kenapa nak beli lagi?"
AlhamduLILLAH. Syukran kerna memberi peringatan pada Mama=')
Subscribe to:
Posts (Atom)
