Sunday, June 5, 2011

ingatlah..

Segala harta benda,nyawa adalah milik ALLAH,
Kerana semua adalah pinjaman
Akhirat kekal selama-lamanya.

YA ALLAH,alhamduLILLAH!
syukran atas segala pinjaman yang kau beri..

YA ALLAH, Sesungguhnya Engkau sahaja yang mampu menguatkan hati, semangat
hambaMU..YA ALLAHHHHH....

Thursday, June 2, 2011

"PadaMU ku memohon..YA ALLAH!"

"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Surah Al Fatihah": 5)

Tuesday, May 31, 2011

OH yang gemar untuk duduk bersama dalam kereta. Sewaktu mengandungkan OM pun beliau duduk beriba bersama saya dalam kereta.apatah lagi sudah ada OM.Jika menaiki van, yang tempat duduk nya cukup luas dibelakang, TETAPI tempat yang dipilih adalah didepan bersama kami jua. Jika abinya memandu bas, seboleh-bolehnya dia akan duduk berhampiran abinya. Jadi mari kita baca sembang-sembang saya bersama OH :

Mama: Abi, macam gini. Kita beli kereta yang kembang dan pendek. Semua seat didepan. OH n OM duduk sekali.. Senang cerita, Ferrari. Kan b?

OF: hahaha..okay.esok abi beli 10(dlm nada gurau)

OH: bis tu, kereta merah abi macam mana?(Nada yang serius)

Kami tersenyum
^__________^

OH: takpe, Ferrari dapat kat Syurga, kita guna apa yang ada.kereta merah abi da cukup. Kereta abi kan smart mama ni?

Terus saya memeluk beliau.=,)


Ye begitulah perbualan OH yang baru berusia 5 tahun, tapi cukup matang dalam berbicara. MasyaAllah. "Haaza min fadli Rabbi". Terima Kasih YA ALLAH, alhamduLILLAH. Nikmat ALLAH.

Moga hari ini lebih baik dari semalam. InsyaAllah! Ameen!

Monday, May 30, 2011

...YA ALLAH...

YA ALLAH!
Berilah kekuatan dan semangat yang kuat pada hambaMu YA ALLAH!
AMEEN.
^__^
Terima Kasih YA ALLAH atas segala nikmat yang telah engkau berikan

Sunday, May 29, 2011

lori pasir kuning


 Pasar Memory Lane, Jalan Loken, Ipoh

Apa yang menarik disini, ialah..

 barang second hand yang  menarik,antik dan murah


Mainan OH & OM menjadi tarikan

Lori pasir, body besi..boleh menampung berat OH jika diduduk..

Jadi kami membeli nya tanpa was-was ^,^

Tetapi perlu dicat sedikit, agar kelihatan tegap, bergaya.

 ^_____________________^

Balik,kami merendam, membasuh dengan sabun Dettol..

Dijemur, disidai..

Pastu apalagi?

Main la mereka berdua dengan riang rianya

alhamduLILLAH

Monday, May 23, 2011

Pesanan Rasulullah S.A.W kepada Muaz bin Jabal

Daripada Muaz bin Jabal R.A. beliau berkata :

Rasulullah mengambil (memegang) tanganku pada suatu hari lalu berkata : “Wahai Muaz! Demi Allah, sesungguhnya aku mengasihi engkau.

“Muaz berkata “Aku sanggup menebus diri engkau dengan ayah dan ibuku wahai Rasulullah; dan demi Allah aku juga mengasihi engkau.”

Maka Rasulullah berkata:
“Aku berwasiat kepada kamu janganlah kamu meninggalkan pada setiap kali selesai solat untuk mengatakan: ”Ya Allah! Bantulah aku untuk mengingati Mu, bersyukur kepada Mu dan beribadat dengan baik kepada Mu.

(Riwayat Abu Daud dan Al-Nasa’i)

Wednesday, May 18, 2011

Tabah Tabah dan terus TABAH! insya'ALLAH!

Semoga ALLAH S.W.T permudahkan segala urusan,insyaALLAH!

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw ketika meriwayatkan satu hadis Qudsi telah bersabda; “Wahai anak Adam! Jika engkau terus bersabar (bilamana hilangnya sesuatu daripada dirimu) dan engkau harapkan pahala, maka Aku tidak rela membalasimu dengan balasan yang lebih rendah daripada syurga.”(HR Ibnu Majah)

Kasihnya Allah SWT kepada kita. Jika kita dapat bersabar dengan musibah yang diberikan olehnya, maka Allah SWT akan mengganjari kita dengan SYURGA!MasyaAllah,MasyaALLAH,MasyaALLAH!!!


Redho dengan ketentuan ALLAH SWT!=,)