Wednesday, May 18, 2011

Tabah Tabah dan terus TABAH! insya'ALLAH!

Semoga ALLAH S.W.T permudahkan segala urusan,insyaALLAH!

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw ketika meriwayatkan satu hadis Qudsi telah bersabda; “Wahai anak Adam! Jika engkau terus bersabar (bilamana hilangnya sesuatu daripada dirimu) dan engkau harapkan pahala, maka Aku tidak rela membalasimu dengan balasan yang lebih rendah daripada syurga.”(HR Ibnu Majah)

Kasihnya Allah SWT kepada kita. Jika kita dapat bersabar dengan musibah yang diberikan olehnya, maka Allah SWT akan mengganjari kita dengan SYURGA!MasyaAllah,MasyaALLAH,MasyaALLAH!!!


Redho dengan ketentuan ALLAH SWT!=,)

Saturday, May 14, 2011

Mencari Redha ALLAH....

Kita adalah hamba yang lemah..
Ya ALLAH!
Dalam setiap detik hembusan nafas adalah milikMu.
Dalam setiap langkah merentasi waktu yang singkat ini adalah milikMu.
........Sesungguhnya semuanya adalah pinjamanMU...
YA ALLAH!.. Pilihlah aku sebagai hambaMu yang tahu bersyukur...

Terima Kasih YA ALLAH mengurniakan MamaAbah yang baik.
AlhamduLILLAH.......
Sayang MamaAbah

" Ayat 39: seorang lelaki (asif bin burkhia) yg beriman dengan Allah (pembantu sulaiman) berjaya membawa singgahsana Balqis ke hdapan Sulaiman, sepantas masa sebelum kelopak mata sulaiman terbuka..

kata lelaki itum semua kelebihan ini adalah dari Tuhanku (هذا من فضل ربي) untuk mengujiku samada aku ini bersyukur ataupun aku ni kufur..

Thursday, May 12, 2011

......

Naja sayang Mama Abah......sangat

Kami semua sayang Mama Abah

Selamanya..

InsyaAllah.

Monday, May 9, 2011

alhamduLILLAH,wakil Perak=)

Pada 1 Mei 2011, hari Ahad yang lepas...
Di Bakip,Ipoh.

pelajar-pelajar yatim Darul Aitam memasuki pertandingan
Hafazan, Berzanji,Azan,Sajak,Syarahan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris peringkat negeri Perak...

Keputusan.

Hafazan : Johan
Berzanji : Johan
Syarahan BM : Johan
Syarahan BI : Johan
Azan : Tempat ke-2

AlhamduLILLAH,
AlhamduLILLAH,
AlhamduLILLAH!

InsyaALLAH, dengan izinNYA sekolah kami iaitu Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Darul Aitam (Busarah) PERAK akan mewakili peringkat negeri yang akan bertanding pada bulan June ini di Negeri Sembilan. InsyaAllah!

Semoga anak-anak buat yang terbaik
InsyaAllah..

Doakan kami berjaya....

Tuesday, April 19, 2011

Tahnik Bayi dan Kandungan Mukjizat Nabi

Tahnik bermaksud mengunyah buah kurma atau buah yang seumpamanya (lazimnya kurma) dan kunyahan itu dimasukkan ke dalam mulut bayi yang baru lahir dengan menggunakan jari dan menggerakkan ke kanan dan ke kiri lelangit bayi.Amalan ini merupakan satu Sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana dijelaskan dalam beberapa hadis

Sejumlah hadits tentang tahnik
Imam Bukhari dalam Shahih-nya men-takhrij hadits dari Asma’ binti Abi Bakr
Dari Asma’ binti Abu Bakr -semoga Allah meredhai keduanya- bahwa dirinya ketika sedang mengandung Abdullah ibn Zubair di Mekah mengatakan, “Saya keluar dan aku sempurna hamilku 9 bulan, lalu aku datang ke madinah, aku turun di Quba’ dan aku melahirkan di sana, lalu aku pun mendatangi Rasulullah s.a.w, maka beliau menaruh Abdullah ibn Zubair di dalam kamarnya, lalu Rasulullah s.a.w meminta kurma lalu mengunyahnya, kemudian beliau Rasulullah s.a.w memasukkan kurma yang sudah lumat itu ke dalam mulut Abdullah ibn Zubair. Dan itu adalah makanan yang pertama kali masuk ke mulutnya melalui Rasulullah s.a.w, kemudian beliau men-tahnik-nya, lalu  Rasulullah s.a.w  mendoakannya dan mendoakan keberkatan kepadanya.
Dalam shahihain -Shahih Bukhari dan Muslim- dari Abu Musa Al-Asy’ariy, “Anakku lahir, lalu aku membawa dan mendatangi Rasulullah s.a.w, lalu beliau memberinya nama Ibrahim dan kemudian men-tahnik-nya dengan kurma.” dalam riwayat Imam Bukhari ada tambahan: “maka Rasulullah s.a.w mendoakan kebaikan dan mendoakan keberkatan baginya, lalu menyerahkan kembali kepadaku.”

 OM bersama Sheikh Baba

  OM bersama Ustaz Haji Farid Ravi Al-Hafiz
  OM bersama Ustaz Haji Asmuie Al-Hafiz
 OM bersama Ustaz Haji Ahmad Mahfuz Al-Hafiz

Dalam Islam, anak tidak hanya dipelihara sejak setelah lahir semata, bahkan bahkan sejak seseorang berfikir akan menikah. Nabi saw telah bersabda agar kita memilih pasangan atau isteri yang solehah (baik). Islam telah memberikan perhatian yang besar untuk keselamatan keturunan dan anggota keluarga agar menjadi kuat, tidak hanya secara akhlaq, bahkan dalam hal genetika tubuh dan kejiwaan. Pemeliharaan ini terus berjalan sampai mencapai masa kehamilan dan ketika hendak melahirkan, melahirkan, menyusui, dan tahapan pendidikan, serta perkembangan berikutnya. Diantara bukti perhatian Islam terhadap anak pada masa kelahiran adalah masalah Tahnik.


Ancaman kepada Bayi
Saat bayi dilahirkan ke dunia, mereka telah berpindah dari satu alam ke alam
yang lain, iaitu alam rahim ke alam dunia.
Mereka biasanya terdedah kepada pelbagai kesakitan sebaik sahaja dilahirkan seperti kesejukan, imunisasi BCG, campak dan hepatitis B dan juga kesakitan daripada proses
kelahiran kerana saluran yang amat sempit.
Selain itu mereka juga terdedah kepada ancaman hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah) kerana bekalan gula dalam badan mereka terlalu sedikit.Jika seseorang bayi mempunyai berat badan yang kecil, semakin kecil pula kandungan gula dalam badan mereka.Biasanya mereka hanya mempunyai sekitar 2- hingga 30ml/100ml paras gula dalam darah.Jumlah ini merupakan satu jumlah yang agak bahaya kerana bayi akan terdedah kepada serangan hupoglisemia yang boleh mengakibatkan kekejangan,tidak sedarkan diri, gangguansaraf, lemah otak dan lebih bahaya lagi boleh menyebabkan kematian.
(Solusi edisi 27, Dr Farhan Hadi Mohd Taib)

Pembahasan
Sesungguhnya perbuatan Rasulullah s.a.w men-tahnik bayi-bayi yang baru lahir dengan kurma setelah dilumatkan dan kemudian memasukkannya ke mulut bayi, kemudian men-tahnik-nya (mengolehkan lumatan kurma di langit-langit mulut) adalah memiliki hikmah yang agung. Sebab, kurma memiliki kandungan gula “glukosa” dalam jumlah yang banyak, khususnya setelah dilumatkan dimulut sehingga bercampur dengan air liur, diman air liur mengandungs sejumlah enzim khusus yang biasa mengubah glukosa menjadi gula asal. Air liur juga bisa melumatkan zat-zat gula. Sehingga bayi yang baru lahir biasa mencerna kurma lembut itu dengan baik.
Dan kerana mayoritas atau bahkan semua bayi membutuhkan zat gula dalam bentuk “glukosa” seketika setelah lahir, maka memberikan kurma yang sudah dilumat biasa menjauhkan bayi -dengan izin Allah S.W.T – dari kekurangan kadar gula yang berlipat-lipat.

Sesungguhnya disunnahkannya tahnik kepada bayi adalah ubat sekaligus tindakan preventif yang memiliki fungsi yang sangat penting, dan ini adalah mukjizat kenabian Muhammad s.a.w secara medik dimana sejarah kemanusiaan tidak pernah mengetahui hal itu sebelumnya, bahkan kini manusia tahu bahayanya kekurangan kadar glukosa dalam darah bayi.

Boleh dirujuk di majalah Solusi edisi 27
tentang Manisan Mengurangkan Tindak Balas kesakitan dalam Bayi=)


Sumber: Makalah Dr. Muhammad ‘Ali Al-Bari, dalam Majalah Al-I’jaaz Al-Ilmiy No. 04
Anda juga boleh dapati maklumat tentang Tahnik di Majalah Solusi edisi 27, oleh Dr Farhan Hadi Mohd Taib 


Monday, April 11, 2011

Anda bijak menilai...

Datang seorang hamba Allah, meminta tolong agar anak-anak yatim mendoakan dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan.

1 minggu kemudian...

Berjumpa dengan suami saya

Hamba Allah : terima kasih ustaz, alhamduLILLAH, dgn izinNYA dan berkat doa budak-budak yatim. Saya dinaikkan pangkat. Tetapi saya tolak.

OF : alhamduLILLAH, kenapa ditolak ye?

Hamba Allah : saya dinaikkan pangkat lebih tinggi dari apa yang saya hajat. Saya hanya nak Pen.Kanan, TETAPI dapat PPD pula.

....

Hamba Allah : Ustaz, kalau saya terima sebagai PPD. Saya tiada masa dengan anak, sedangkan anak sulung saya kini sudah tingkatan satu. Saya sibuk. Tak dapat nak melihat dia membesar,jadi saya tidak mahu ia berulang pada anak-anak lain. Anak orang lain saya boleh ajar. TETAPI anak saya sendiri, saya suruh orang lain ajar. Saya kini, mahu lebih masa dengan anak-anak.

OF : anak membesar sekali, tiada jalan patah balik. Semasa kecil lah kita mendidik mereka.Jangan terlalu mengejar wang harta, Tetapi anak-anak terabai. Nabi s.a.w bersabda, "Muliakan anak-anak kamu dan tunjukkan kepada mereka adab yang baik" (Riwayat Ibn Majah)

Sama-sama kita renung-renungkanlah.Moga kita semua menjadi ibu bapa yang mukmin.insya'ALLAH!


*Petikan dibawah ini,saya ambil di Saifulislam.com

Tidak wajar kita menyangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus. Apa yang paling utama adalah soal kuantiti dan kualiti masa yang kita luangkan bersama mereka. Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka?

Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis.

Seandainya saya memohon kotak kosong itu dikekalkan kosong, janganlah heret saya ke suasana yang menjadikan saya tersepit. Saya ada tanggungjawab kepada anak-anak, kita semua sama. Anak-anak dan isteri saya, adalah mad”™u (sasaran dakwah) pertama saya.

Jika kita tercicir anak di perhentian lebuh raya, kita tetap ada jalan untuk berpatah balik, walaupun derau hati bagi separuh mati.Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kerjaya dan kenaikan pangkat, kita tertinggal anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita boleh berpatah balik. Tetapi jika anak-anak tercicir dari Tarbiah Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang? Apakah ada satu lagi peluang?

Jawapannya TIADA.

Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka.

Saya hairan semasa membaca sabda Nabi s.a.w. betapa tanda kiamat itu adalah pada ibu yang melahirkan tuannya. Anak derhaka jadi fenomena biasa di akhir zaman. Mengapa suasana begitu boleh terjadi? Pasti ia tidak berlaku tiba-tiba, atau tanpa sebab pemula.

Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja.

What you give, you get back!

ANDA SENDIRI BIJAK MENILAI =)

Mari kita sama-sama renungkan.insya'ALLAH.

Saturday, April 9, 2011

Hati-hati...=) insyaAllah.

Kawal lah diri dengan Iman serta perindahkanlah akhlak dengan akhlak Islam. Tanpa kawalan iman nescaya lunturlah segala kekuatan dan hancurlah segala kebaikan. Hati-hati dalam berfikir dan bertindak!

Batasilah setiap keinginan dengan rasa takut kepada ALLAH.

Waspadalah selalu terhadap cabaran yang dilalui, hadapi dengan tenang serta tepislah segala kehendak nafsu. InsyaALLAH.

Sama-samalah kita memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik untuk menuju ke alam akhirat yang kekal abadi!Ameen!