Saturday, December 18, 2010

Khatan (sunat) dan Sains


Satu lagi aspek kebersihan diri yang diwajibkan oleh Islam adalah berkhatan. Khatan adalah ibadah yang dituntut oleh agama ke atas golongan lelaki berdasarkan hadis yang direkodkan oleh

Bukhari dan Muslim yang bermaksud,
"Fitrah itu lima iaitu khatan, memotong bulu kemaluan, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak."

Dalam riwayat lain, Nabi mengarahkan supaya kedua-dua cucunya dikhatankan 
selepas dilahirkan, berdasarkan riwayat Baihaqiyang bermaksud,
"Rasulullah beraqiqah untuk Hassan dan Hussen serta mengkhatankan mereka 
semasa mereka berusia 7 hari."

Khatan ialah amalanmembuang kulit(foreskin)yang
 menutupi kepala zakar atau glans penis lelaki dan hukumnya adalah wajib.
Inilah pendapat yang dipegang oleh Imam Sya'bi, Ra'biah, Al-Aw'zaii,
Yahya bin Saad Al-Ansari, Malik, Shafie,Ahmad dan ramai lagi.

FAEDAH BERKHATAN
Sebahagian Pakar kanak-kanak mempertikaikan kenyatan yang
dikeluarkan oleh
Akademik Pakar kanak-kanak Amerika ini, antaranya Dr.Edgar J.Schoen.
Beliau pernah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa bertindak ttg
Khatan di Amerika (Task Force on Circumcision of the American Academy of Paediatrics)
pada tahun 1993 dan merupakan seorang
 Profesor Perubatan Kanak-Kanak di Oakland selama 24 tahun.

WebMD Medical News bertarikh 6 Mac 2000 melaporkan berkenaan satu
kajian yang beliau lakukan bersama dengan rakan-rakannya.
Mereka mendapati daripada 89 kes kanser zakar,
 87 daripadanya adalah mereka yang tidak berkhatan.
Justera, mereka merumuskan, khatan mencegah lelaki daripada menghidap kanser zakar dan penemuan ini dimuatkan dalam majalah Pediatrics

petikan daripada buku
Quran Saintifik,
Meneroka Kecemerlangan Quran daripada teropong Sains,
Dr.Danial Zanial Abidin
The National Bestseller, sudah terjual melebihi 15,000 naskah.Masya'ALLAH~!

Friday, December 10, 2010

AlhamduliLLAH, selamat=)

Pada tarikh 3 Muharram 1432H,10.12.2010
Pada jam 11.20 pagi
Pada hari Jumaat
Bertempat di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru,Kuala Lumpur
Dirawat oleh Doktor Haji Shahrol Azmi Mohd Yasin, Pakar Bedah Am
Anakku yang bernama Omar Muaz bin Omar Fikri telah selamat diKHATANkan 
AlhamduliLLAH, terima kasih YA ALLAH~!
kerana memudahkan perjalanan dalam pembedahan khatan ini

salam Maal Hijrah 1432H

to be a better Muslimah
Insya'ALLAH

1432H

:: Visi ::
Jannah

:: Goal ::
Mati dalam keadaan khusnul khotima

:: Misi ::
berIMAN,berILMU, berAMAL

Friday, December 3, 2010

naik..lagi? naik lagi dan lagiiii....


yeah!!!...rakyat diUTAMAkan~!!!
apakah?
.............................

statement di sebuah media Malaysia...
kenaikkan minyak RM0.05 sen tidak membebankan rakyat?
saya ulang...tidak membebankan rakyat?

apakah semua ini disebalik udang goreng tepung???

=/

Tuesday, November 30, 2010

masya'ALLAH.....anakku

masya'ALLAH, Omar Muaz ...~!
gambar ini ditangkap ketika umurnya belum mencecah 1 bulan...
terima kasih YA ALLAH....
kerna memberi kesihatan& kekuatan pada anakku...

Monday, November 29, 2010

Jangan Bangga sangat...kerana...


Jangan bangga sangat dengan pakaian yang cantik dan mahal, kerna pakaian terakhir kita nanti adalah
kain kapan...

Jangan bangga dan "action" sangat dengan kenderaan mewah, kerana kenderaan terakhir
kita adalah
 van jenazah dan papan keranda...

Janganlah terlalu seronok dengan tempat tidur yang empuk dan nyaman
kerana tempat tidur terakhir kita adalah di
liang lahad...

Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki rumah mewah seperti
istana.Kita kena ingat, rumah terakhir kita nanti adalah
kubur bertiang dua...

Jangan terlalu megah dengan pangkat dan darjat. Kerana bila sudah tiada nanti,
kita dapat gelaran
Al-Marhum...

Janganlah terlalu bangga dan berlagak dengan wajah yang kacak atau cantik.
Kerana bila kita mati nanti..wajah kita berubah menjadi
tengkorak....

Wednesday, November 17, 2010

Kekuatan genggaman tangan Omar's



~genggamlah tangan orang yang kita sayangi~

masya'ALLAH
tangan Omar Muaz yang berusia 8 hari
*ngaap..ngaap* 
tangan Omar Hussen dan abinya Omar Fikri
subhanaALLAH!