Wednesday, November 10, 2010

.:Manisnya Jihad :.Berkasih Sayang kerana ALLAH:.


Marilah kita menjadikan cinta kepada Allah dan RasulNya itu lebih tinggi dari cinta kepada dunia, anak-anak, harta dan semuanya. Beruntunglah orang yang dicintai Allah, kerana apabila dia dicintai Allah, maka seluruh penghuni langit dan bumi mencintainya. Apabila dia dicintai Rasul kerana menjadi pembantu Rasul, maka dia akan beroleh bantuan dan syafaat dari baginda pada hari kiamat kelak...

saya sayang
(,'') Hj Omar Fikri + Omar Hussen + Omar Muaz ('',)
kerana ALLAH S.W.T



Thursday, November 4, 2010

insya'ALLAH nama anak kami~!


* Omar Muaz bin Omar Fikri *
nama diberi oleh Sheikh Dr. Amin Butush, University Mu'tah, Jordan
~alhamduliLLAH~

sedikit bingkisan tentang
Muaz bin Jabal r.a .
Kelahiran dan kehidupan beliau:

- Muaz bin Jabal r.a dilahirkan di Madinah.

- Muaz r.a mempunyai ciri-ciri keistimewaan sebagai seorang yang sangat pintar, mempunyai penampilan sebagai seorang yang perkasa dan berhemah tinggi. Allah mengurniakan kepada beliau kepetahan bercakap, mempunyai rupa paras dan tutur kata yang indah.

- Muaz bin Jabal r.a memeluk Islam sejak beliau masih kecil melalui Mus'ab bin Umair yang diutuskan oleh Rasulullah s.a.w ke Madinah untuk mengajar penduduk Madinah

Sifat terpuji beliau:


- Sebaik sahaja Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah, Muaz sentiasa berada bersama dengan Rasulullah s.a.w sehingga beliau dapat memahami Al-Quran dan syariat-syariat Islam dengan baik menyebabkan beliau muncul sebagai seorang yang paling alim tentang Al-Quran dari kalangan para sahabat, orang yang paling baik membaca Al-Quran serta paling memahami syariat-syariat Allah.

- Oleh sebab itulah Rasulullah s.a.w memuji beliau dengan bersabda:

Yang bermaksud:

Umatku yang paling alim tentang halal dan haram ialah Muaz bin Jabal. Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah.

- Muaz r.a terdiri dari kalangan enam orang yang mengumpulkan Al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w.

- Setelah Allah s.w.t membuka Kota Mekah kepada Rasulullah s.a.w, penduduk Mekah memerlukan kepada tenaga pengajar yang tetap tinggal bersama dengan mereka untuk mengajar syariat Allah s.w.t, lalu Rasulullah s.a.w meminta supaya Muaz tinggal bersama dengan penduduk Mekah untuk mengajar Al-Quran dan memberikan kefahaman kepada mereka mengenai agama Allah s.w.t.

- Sifat terpuji beliau juga jelas terserlah ketika rombongan raja-raja Yaman datang berjumpa Rasulullah s.a.w mengisytiharkan keislaman mereka dan meminta daripada Rasulullah s.a.w supaya menghantar tenaga pengajar kepada mereka. Lalu baginda memilih Muaz r.a untuk memegang tugas tersebut bersama-sama dengan beberapa orang para sahabat malah beliau merupakan ketua kepada rombongan para sahabat tersebut. Rasulullah s.a.w keluar untuk mengucapkan selamat jalan kepada mereka lantas baginda mewasiatkan kepada Muaz r.a dengan bersabda: "Wahai Muaz! Kemungkinan kamu tidak akan dapat bertemu lagi dengan aku selepas tahun ini malah mungkin juga selepas ini kamu akan melalui masjid dan kuburku ..." Lantas Muaz r.a menangis kerana terlalu sedih untuk berpisah dengan Rasulullah s.a.w. Selepas peristiwa tersebut ternyata Rasulullah s.a.w wafat dan Muaz tidak lagi dapat melihat baginda.

- Setelah Muaz r.a kembali ke Madinah, beliau mendapati Rasulullah s.a.w telah meninggal dunia. Peristiwa tersebut tidak dapat ditanggung oleh Muaz menyebabkan beliau menangis tersedu-sedu di atas kehilangan Rasulullah s.a.w.

- Setelah Umar bin Al-Khattab r.a dilantik menjadi khalifah, beliau mengutuskan Muaz untuk mendamaikan pertelingkahan yang berlaku di kalangan Bani Kilab.

Kematian beliau:

Muaz bin Jabal berada di Palestin sehinggalah beliau diserang wabak. Ketika hampir mati beliau berkata: "Selamat datang wahai kematian! Selamat datang kepada tetamu yang tak kunjung tiba dan selamat datang kepada kekasih yang datang setelah sekian lama dirindukan!". Kemudian beliau melihat ke langit dan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa aku tidak menyukai dunia apatah lagi untuk berada kekal di dalamnya selama-lamanya menanam pokok-pokok dan mengairi sungai, tetapi segala-galanya itu hanyalah sekadar untuk menghilangkan kehausan di kawasan-kawasan yang kekeringan serta mengharungi saat-saat kesusahan dan mendekati ulama-ulama dengan menunggang ke majlis-majlis zikir. Oleh yang demikian terimalah diriku ini wahai Tuhanku dengan kebaikan sebagaimana Kamu menerima diri seseorang yang beriman". Kemudian beliau meninggal dunia. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya kepada beliau.


p/s* syukran pada Hj Muhammad Ehsan dan Hjh Atikah kerana sudi untuk bersusah payah berjumpa dengan Sheikh Dr Amin, untuk menamakan anak kami~!...ada rezeki jumpa di
Mu'tah~!...=D


Najahul Amani bt Abdul Aziz
telah selamat melahirkan seorang anak lelaki
di Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan,Ipoh
pada 22/10/2010, 8.07PM,seberat 3.3kg
secara NORMAL, alhamduliLLAH

syukran atas doa2 kalian

Tuesday, October 19, 2010

BarakALLAH Lakum Walana~!

Teristimewa buat pemilik cintaku setelah ALLAH dan Rasul,
Hj Omar Fikri bin Hj Mohd Busra.
Syukran Jazilan, Terima Kasih atas kebaikanmu.
Isterimu ini ingin menjadi saksi di akhirat bahawa dirimu
seorang suami yang berbuat baik terhadap isteri.
AlhamduliLLAH, "Haaza Minn Fadhli Rabbi"

Masya'ALLAH~!
abi menjahit langsir >,<

Monday, October 11, 2010

Haaza Min Fadhli Rabbi~!!!

Segala nikmat yang kita kecap semuanya merupakan fadhilah yang Allah SWT kurniakan kepada kita untuk menilai dan melihat apakah kita akan bersyukur atau sebaliknya. Sikap kita terhadap nikmat hanya dibagi kepada dua iaitu syukur atau kufur. Segala sikap yang positif itu dianggap syukur dan yang negatif adalah kufur.
Allah SWT berfirman:
“Laiin syakartum la azidannakum wa laiin kafartum inna azabi lasyadid..”
Jika seandainya kalian bersyukur maka sungguh akan aku tambahkan buat kalian (nikmat) dan jika seandainya kalian kufur (ketahuilah) sesungguhnya azabku teramat pedih..”

SubhanALLAH~!!
Lihatlah kebesaran ALLAH...
Langit yang Terindah...
ALLAHUAKBAR~!
gambar yang ditangkap selepas solat Dhuha
ketika musim Haji 1430H/2009
depan bangunan ini Masjidil Haram, belakang bangunan ini adalah Hotel kami
@ Makkah Al-Mukarramah

Kotak Hitachi.......

bertukar
jadi
..................
......................
..........................
*tadaaa*

~rumah Omar Hussen~
(masya'ALLAH hebatnyaa, design rumah sendiri guna whiteboard marker saja,
kalau la boleh kan?!=P)

semangat waja seorang ayah
.....
oh abiku
('',)

.............
...
"tutup la pintu,maa"...
.......................
.............................

rumahku
....syurgaku...
(rupa mcm rumah ker?
hentam saja)

alhamduliLLAH, seronOk melihat anak dan ayah kreatif...
kOtak pun bOleh jadi rumahhh~!
~Haaza Min Fadli Rabbi~


Thursday, October 7, 2010

bila Hussen minta tolong abi buat lego...

inilah hasilnye,
pistol..
dan...
senapang
bermainlah mereka berdua...
sorang tembak dari penjuru katil, sorang lagi tembak belakang almari...
*dushh..dushh..dusshh*

dan abi nak abiskan permainan (kalau tidakk, tak tidu2 la Hussen)
............
pastu
...............
...................
abi baling bom..(bantal)
.........
.........
*tababoooommmm*

-T A M A T-

Saturday, October 2, 2010

Moga dipermudahkan, insya'ALLAH~!

Dalam perbualan antara abi n anaknya….
Abi : Hussen, doakan mama ye…nanti mama nak keluarkan adik, keluar darah banyak, macam Hussen keluar dulu…

Hussen : ooo, Hussen keluar sini kan?

Abi : A’a Hussen, banyak darah keluar..kesian mama..

Hussen : Mama nanti mati ker?

Abi : ……………terdiam…(kelihatan wajah abi berubah..sayu, sedih* berlenang air mata abi)

Abi : Hussen, doa lah mama sihat, kuat..jom tadah tangan, kita Doa sama2..

Hussen : okay..

Abi : YA ALLAH SELAMATKANLAH MAMA AGAR PANJANG UMUR….ameen YA RABBAL ALAMEEN

Hussen : AMEEN…kita doa..nanti mama tak mati kan?
Abi : Insya’ALLAH…Hussen~! Insya’ALLAH!
Lalu abi menguncup dahiku, sambil melafaz…abi sayang naja selamanya…syukran kerana sanggup menanggung kesakitan.....anak2 kita bersama…
Saya :..........=,)afwan b, syukran b jugaa, doakan ye abiii~!


YA ALLAH Moga dipanjangkan umur kami, agar dapat mendidik,melihat anak2 menjadi insan yang Soleh/Solehah…menjadi pemimpin/pejuang Islam..menegakkan syiar Islam…TAKBIRRR~!!!!!

ALLAHUAKBAR!!!