Monday, September 9, 2013

ALHAMDULILLAH
SANAH HELWAH ABI
semoga diberi kesihatan yang baik
dan sama2 mencari dan terus mencari cinta ILAHI
 
 


Wednesday, August 21, 2013

May Allah protect our brothers & sisters in Syria, Egypt, Lebanon, Palestine, Yemen, Somal, Bosnia, Chechnya, Myanmar & Kashmir..



Alhamdulillah dgn izinNYA, saya telah selamat melahirkan seorang mujahid pada 27 Ramadhan 1434H, 2.30pm di Pusat Rawatan Ar-Ridzuan Ipoh

*Omar Zayd bin Omar Fikri*
Nama diberi oleh Ustaz
Farid Ravi Masya Allah
 

Sedikit bingkisan tentang Zaid
 

-Zaid ibn Harithah, anak angkat Rasulullah S.A.W,Syuhada Perang Mu'tah. Panglima tersohor. Sebelum syahidnya Rasululllah menziarahinya dan baginda menangisinya. Selepas syahidnya Zaid anaknya Usamah b Zaid menjadi panglima termuda menggantikan Khalid Alwalid.
 

-Zayd bin Khattab,saudara Umar bin Khattab. Ia terlebih dahulu masuk Islam dan islamnya. Ia seorang mujahid yang banyak kembali kepada ALLAH
-Zaid ibn Thabit, Rasulullah S.A.W sendiri pernah bersabda “Yang paling ahli dalam ilmu faraid antara kamu ialahZaid bin Thabit”(H.R Ibnu Majah dan Ahmad bin Hanbal) 
Semoga Omar Zayd,harta Allah paling berharga ini dapat memberi manfaat kepada umat Islam dan menjadi anak yang soleh. insya Allah..Ameeen Ya RABB

Wednesday, October 31, 2012

sabar

Sabar dan tabah tika diri diduga dan diuji

BERUSAHA!

BERDOA!

BERTAWAKKAL PADA ALLAH S.W.T

YA ALLAH berilah kekuatan pada hambaMu ini YA ALLAH..






Tuesday, October 23, 2012

beriadah bersama anak-anak yatim



SubhanaAllah,langit terindah

Teluk Intan

 burung yang beterbangan,SubhanaAllah


Darul Aitam, tempat anak2 yatim menuntut ilmu

burung yang sentiasa bertawakal,sedang beristirehat

SubhanaAllah, sempurnanya kejadian Allah Yang Maha Pencipta

Monday, October 22, 2012

setelah sekian lamaaanya..

Assalamualaikum..

masya'Allah..sudah lama saya tidak mengemaskini blog saya.
Assif Jiddan(maaf) bagi mereka yang menunggu. insya'Allah akan saya cuba untuk aktifkan semula blog ini..

Thursday, May 31, 2012

8 Rejab 1433H - setahun sudah Arwah Abah meninggal.....

Kami Redha akan pemergian mu. Teringat sangat ketika saat tenat beliau.
kejap2 bangun tengok jam, takut terlepas waktu solat!
sering ditanya, "dah masuk waktu ke belum?"
sejurus sahaja beliau mendirikan solat...rehat...
lalu terbangun dan bertanya lagi
"Abah da solat kan?"..Mamaku menjawab,
"ye Abang" Abang da solat, rehatlah"
T___T'

Masya'ALLAH! sakit tetapi tetap Solat. sehinggalah saat akhir beliau.SubhanaALLAH! alhamduLILLAH.
selesai sahaja solat Isya' (Abah solat dalam keadaaan baring) diimamkan anak lelaki (abang saya, Azharul Amani)
dan......selepas itu keadaan Abah da mula nazak.
Tepat jam 1230am Jumaat.....
kau pergi tak kembali bahhh
kali terakhir ku kucup dahimu, ketika kain kapan hendak menutupi wajahmu...
itulah yang terakhir,ye yang terakhir didunia.moga hanya didunia tetapi bukan diakhirat,
kerna Naja ingin kucup dahi Abah disana nanti...
YA ALLAH!!!

Ini didunia,semoga kita semua dapat bertemu disana nanti insya'Allah!
YA ALLAH!

Ingat lagi bila bersembang dengan Abah...(angan-angan beliau)
"Abah kalau ada duit yang banyakk..Abah jadi millionnair, Abah nak bagi anak2 yatim/miskin banyak..bawa they all ke umrah"
Abahhh.. alhamduLILLAH rezeki Abah..anak-anak yatim Darul Aitam, Perak kebetulan di Kuala Lumpur. YA ALLAH, Kau Maha Merancang =,))
dapatlah mereka ziarah Abah..cepat2 saya sampulkan duit Abah untuk diberikan pada mereka..ku berbisik di telinga Abah.."Bahh, Naja ambil duit Abah nak derma untuk anak anak yatim ni tau Bahh, sorang Naja letak RM XX.sekali dengan warden."
Abah membalas perlahan(tak terdaya sangat Abah ketika itu=,(
lalu Abah berkata
"Naja..letaklah la berapa-berapa pun tak kisah Najaa,bagilah"
Abah kau sendiri yang berikan pada mereka.Walaupun tangan penuh dengan cucuk wayar,kau gagahi jua untuk bersalam bersama anak-anak yatim yang mulia ini
lalu Abah cakap "doakan pakcik ye"
kelihatan genangan air mata Abah..tabah Abah! lalu Abah tersenyum lebar

kemudian Ustaz Haji Farid Ravi menziarahi abah..Ustaz mendoakan Abah..tidak henti kunjungan pelawat yang menziarahi Abah...

...AL-FATIHAH...

Sunday, May 13, 2012

Mama...sayang Mama...


YA ALLAH, saya sayang Mama saya.Walaupun dah dewasa,ada anak.Saya masih nak peluk Mama saya hari-hari.Walaupun berjauhan (Perak-KL) saya sentiasa rindukan Mama. Saya perlukannya. Pengalaman nya,mengajarku erti kehidupan. Masya'Allah. =,))

lipbalm..

OH mengambil barang mainan yang disimpan dalam beg tangan saya, tiba-tiba beliau terjumpa "lipbalm"saya

OH : Mama,ni apa?Lipstik ker?
Saya : bukan, ni lipbalm.Kalau bibir kering pakai ni.
OH : dia ada keluar warna ,merah?
Saya : ada,sikit-sikit.tak banyak.
OH : macam lipstik la ni? jangan pakai Maa,haram ni. buang. kalau dengan Abi je boleh.
Saya : *senyyummm tak perlu kata apa-apa*^______________^

salam


setelah sekian lamaaa nya saya tidak mengemaskini blog saya ini. Asif Jiddan (minta maaf) pada mereka yang  melihat tiada perkembangan atau sebarang berita dari saya.

semoga Allah SWT merahmati kita semua.insya'Allah!

Alhamdulillah! diberi umur,peluang dan masa untuk hidup. masih ada masa untuk terus bertaubat.YA ALLAH banyak sangat dosa ku YA ALLAH.sedangkan..sehinggakan tersangat  banyak ni'mat yang kau beri YA ALLAH! semoga kita sentiasaaa bersyukur..Qana'ah..dan sentiasa bertaubat padaMu YA ALLAH..Ameen Ameen Ameen YA RABB!


Wednesday, February 15, 2012

Menguji

Allah menguji kita dengan kesakitan agar kita kembali mngingatiNya kerana kebanyakan manusia akan leka apabila diberi nikmat n kesenangan tetapi diwaktu sakitla baru mngingatiNya..sakit itulah tanda Allah masih sygkan kita supaya kita kembali padaNya.

Friday, February 10, 2012

hukuman dan ujian

SAIDINA ALI pernah ditanya oleh seseorang. “Wahai Khalifah, bagaimana ingin aku bezakan ujian dan hukuman dalam kehidupan. Jawab Saidina Ali : “Hukuman adalah bilamana kamu diuji Allah, kamu makin jauh dari Allah, manakala ujian Allah pula apabila kamu diuji kamu diuji kamu makin hampir dan rapat dengan Allah

Saturday, January 7, 2012

Sedang saya mengajar Omar Hussen.

OH: "Mama.. Hussen color ayam warna kelabu je lah"
Saya: "mana ada ayam warna kelabu"
OH : kita color semua haiwan kelabu je la.Hussen tak suka color. Guna pensil je
Saya: takpelah, biar Mama colorkan. Mama suka color ^.^
OH : baguslah macam tu.
Saya: amboi..=D

Dari sekolah suka color, tapi bila bab isikan tempat kosong.....hihi.. >,<
Color putih je^,^

Saya dari kecil sampailah sekarang, asal pergi kedai alat tulis. Ada je pen atau pensil.color pencil.pencil box yang nak dibeli. Kena kawal. Mujurlah OH selalu ingatkan"Mama..da banyak pen..kenapa nak beli lagi?"
AlhamduLILLAH. Syukran kerna memberi peringatan pada Mama=')

Tuesday, January 3, 2012

Didik anak-anak

Oleh : Dr Juanda Jaya ( Mufti Perlis)

Nabil berumur sepuluh tahun ketika pertama kali didera kerana mencuri wang milik ayahnya. Rosli dan Zainab pasangan suami isteri yang cukup berjaya sebagai guru. Setiap hari mereka bertungkus lumus mendidik murid-murid menjadi insan cemerlang apakan daya anak sendiri tak mampu diuruskan. Kedua-duanya sama panas baran, mungkin disebabkan tekanan kerja yang dibawa pulang ke rumah. Kasihan Nabil setiap hari makanannya adalah maki hamun dan ugutan ditambah dengan tamparan dan hentakan di kepala. Semakin dihajar dengan kekerasan Nabil semakin liar dan memberontak. Dia putus asa dan memandang dirinya tidak berguna, tidak disayangi dan terbuang. Sementara itu ibu dan ayahnya makin tertekan dan malu dengan sikap anak mereka yang semakin teruk. Bukan hanya duit dan barang di rumah yang hilang, di sekolah dan rumah jiran juga dicuri. Ayah dan ibunya mengikat kaki dan tangan Nabil dengan rantai besi dan seluruh tubuhnya jadi sasaran pukulan. Begitukah didikan yang diajarkan agama? Dimanakah ilmu psikologi yang telah dituntut para orang tua dan guru? Bagaimana Nabi Muhammad SAW mendidik anak-anaknya?

Suatu hari Rasulullah SAW mengajak seorang kanak-kanak berdialog, baginda menyuruh kanak-kanak lelaki yang bernama Abdullah bin Abbas itu naik ke punggung untanya. Nabi SAW duduk dihadapan dan Abdullah di belakang. Kedua-duanya bersembang dengan penuh kasih sayang, mesra dan gembira. Di tengah-tengah perbualan mereka yang rancak, Rasulullah SAW menyelitkan ilmu yang tinggi nilainya secara tidak langsung kepada si kecil Abdullah. ”Wahai budak kecil, peliharalah Allah (syariat Allah) nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya kamu akan mendapatkan-Nya di hadapanmu, jika kamu meminta mintalah pada Allah, jika kamu mohon pertolongan pohonlah kepada Allah.”

Si kecil yang amat berminat ini terus memerhati setiap perkataan yang keluar dari lisan Nabi yang suci. Setiap mata yang memandang kepada Nabi SAW akan merasai rahmat dan kasih sayangnya. Kelembutan dan kemuliaan akhlak Baginda SAW mampu mencairkan kerasnya hati manusia. Baginda SAW bukan hanya diutus untuk lelaki dan wanita dewasa, tetapi kanak-kanak juga berhak ke atas syariah yang dibawa baginda SAW.

Pernah suatu ketika baginda menyapa seorang kanak-kanak: ”Wahai anakku, apakhabar burung kamu?” Bahkan baginda menyuruh para bapa supaya mencium anak-anak mereka yang kecil sambil bersabda: ”Sesiapa yang tidak menyayangi tidak akan disayangi.” Tidak pernah disebutkan dalam sirah baginda yang agung peristiwa penderaan terhadap kanak-kanak pada saat itu. Mereka hidup dalam kasih sayang dan penjagaan Nabi mereka dengan penuh rahmat. Mereka dididik dengan tarbiyah yang sempurna. Ditanamkan iman dan diajarkan akhlak yang mulia.

Maka lahirlah kanak-kanak yang berjiwa pahlawan, seperti anak Umar bin Khattab. Abdullah bin Umar ketika peperangan Badar dia menangis sekuat hatinya di hadapan Rasulullah SAW bukan kerana takut melihat darah dan mayat tetapi dia menangis kerana tidak diizinkan ikut berperang melawan orang-orang kafir. Abdullah bin Umar di dalam kisah biografinya disebutkan bahawa Beliau telah tumbuh dewasa menjadi seorang pemuda yang terlalu cintakan Rasulullah SAW hinggakan dia suka mengikut cara-cara Rasulullah berjalan, menghafal setiap perkataan baginda SAW dengan meriwayatkan banyak hadis, bahkan ketika dalam pemusafiran beliau juga berhenti di tempat yang Rasulullah pernah berhenti, sembahyang di tempat Rasulullah pernah bersembahyang dan berdoa di tempat Rasulullah pernah berdoa. Sehingga Aisyah pernah berkata: ”Tidak ada seorang pun mengikut jejak langkah Rasulullah di tempat-tempat perhentiannya sebagaimana yang dilakukan oleh Abdullah bin Umar.” Cintanya kepada Rasulullah SAW begitu kuat dan sentiasa hidup dihati walaupun baginda telah tiada di sisi.

Bagaimana dengan anak-anak kita sekarang? Sungguh kasihan mereka yang tidak mendapat didikan agama. Persekitaran yang serba materialistik sedikit sebanyak mempengaruhi keperibadian mereka. Ibu bapa yang tertekan tanpa iman yang cukup tidak mampu membimbing mereka dengan nilai-nilai murni. Agama semakin dijauhi, dunia semakin digilai. Nak hantar anak pergi mengaji dengan bayaran RM.50 kena fikir dua tiga kali. Tapi hantar pergi kelas bahasa Inggeris seharga RM 200 tak payah fikir lagi. Ibu bapa terlalu sibuk, serah didikan kepada guru dan orang gaji. Masa untuk anak hanya ada saat keduanya keletihan, sembahyang ditinggalkan dan cukup menyumbat mulut sang anak dengan wang jika mereka menagih kasih sayang.

Jika anak tidak diberi peluang mengenali hati ibunya, sampai bila-bila dia tidak akan sudi menyentuhnya. Akan lahirlah anak-anak akhir zaman yang ego, membuang ibu mereka yang uzur di atas katil tanpa kasih sayang. Oh iman mengapa semakin menipis di hati kita

Monday, January 2, 2012

cuti sekolah hampir tamat^___^

Alhamdulillah! ALLAH panjangkan usia kita semua.
Cuti sekolah hampir ke penghujung, setelah sekian lama mereka bercuti!
Yeah!
Tidak sabar menanti anak-anak yatim pulang ke sini(sekolah&asrama)!
Semoga selamat sampai..
Insya'Allah Ustaz dan Ustazah tunggu kalian semuaaa
Gembira gembira
^___________^'

Tuesday, December 27, 2011

Prihatin Aurat

“Tak apa ke ni?” suami bertanya sambil merenung ke anak mata saya, meminta jawapan pasti.

“InsyaAllah, As ok..” balas saya. Si kecil Husna, terus leka bermain. Manakan dapat dia memahami resah dan debar yang sedang membelenggu jiwa ayah dan ummi.

“Rasanya, lambat lagi ni. Lagipun, tempat kuliah abang malam ni tak berapa jauh kan…abang pergilah. Kasihan pula para jemaah yang menunggu,” saran saya dengan nada memujuk bertujuan menenangkan debar dan ragu.

Sembilan bulan berlalu, dan hasil pemeriksaan doktor sewaktu rawatan antenatal petang tadi menunjukkan kemungkinan untuk saya melahirkan pada malamnya. Saya sendiri tidak menduga secepat itu, lantaran tarikh jangkaan akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Tambahan pula, saya lansung tidak mengalami rasa sakit yang mengganggu, sama sekali tidak sama seperti pengalaman melahirkan anak pertama lebih kurang dua tahun yang lalu.

Namun, ketentuan Allah mengatasi segala andaian dan jangkaan manusia. Bermakna, dalam tempoh beberapa jam sahaja, saya dan suami bakal menimang cahaya mata kedua.

Kerana itu suami agak keberatan untuk pergi. Bimbang, saat ketiadaannya, saya akan melahirkan tanpa sesiapa di sisi. Lebih-lebih lagi, doktor yang merawat menyarankan agar saya segera masuk ke wad bersalin sebaik selesai pemeriksaan petang tadi.
PRIHATIN AURAT“Kalau macam tu, As rehat dulu..tak payah buat kerja-kerja lain. Selesai je kuliah, abang terus balik ke rumah. As ready ya,” suami berjanji. Masih dengan debaran yang belum reda.

Saya tersenyum. Rasa kasih menjalar ke sanubari melihat belas yang ditunjukkan suami. Betapa saya bersyukur memiliki suami yang amat prihatin sepertinya. Sejak dari anak pertama lagi, beliau tidak pernah gagal menemani saya ke klinik untuk rawatan dan pemeriksaan antenatal.

Juga, seperkara yang tidak mungkin saya lupa, kesungguhan dan ketegasannya menjaga aurat seorang isteri.

Walau dalam keadaan kewangan yang begitu sederhana, dengan hanya suami seorang bekerja, sementara saya masih bergelar surirumah sepenuh masa, beliau tetap berusaha dan memastikan saya beroleh rawatan terbaik dari ‘sentuhan’ tangan seorang doktor perempuan. Doktor Muslimah, pastinya satu keutamaan.

Lantaran itu, beliau sanggup mengeluarkan peruntukan yang lebih untuk mendapatkan khidmat rawatan dari hospital swasta Islam. Padanya, biar berlebih sedikit mengeluarkan duit, asal hukum berkait aurat isteri tetap terpelihara dan terlaksana.

Dan pada kandungan kali ini, merupakan yang kedua kalinya saya akan melahirkan di Pusat Rawatan Islam Kohilal di Taman Melawati. Memandangkan jarak di antara pusat rawatan ini dengan rumah kami di Taman Sri Gombak tidak berapa jauh, hanya mengambil masa beberapa minit sahaja, juga harga bagi pakej bersalin yang ditawarkan amat berpatutan dengan mutu perkhidmatan yang baik dan meyakinkan.

MENGAMBIL MUDAH
Peristiwa di atas telah lama berlalu. Anak kedua yang dilahirkan juga telah genap berusia sembilan tahun pada 26 Jun yang lalu. Dan, dengan rezeki dan kurniaan dari Allah, cahayamata ketiga dan keempat yang menyusul selepas itu juga selamat melihat dunia dengan doktor dan jururawat Muslimah yang menyambut ‘ketibaan’ mereka.

Alhamdulillah.

Namun…

Perasaan saya berbaur. Terkilan, kesal dan sedih yang amat bila menerima dan membaca emel yang diterima dari seorang wanita. Beliau ingin meminta pendapat dan pandangan saya mengenai seorang ahli keluarganya, yang bergelar seorang ustazah, tetapi masih terus mendapatkan rawatan dan pemeriksaan bulanan kandungannya daripada doktor berlainan jantina.

Walau telah ditegur dan dinasihati memandangkan beliau dan suaminya bekerja serta mempunyai pendapatan yang agak besar, tetapi beliau tetap mempertahankan tindakannya dengan menyatakan pendapat bahawa, untuk tujuan perubatan, harus bagi seorang wanita Islam mendapatkan rawatan dari seorang doktor lelaki dan begitu juga sebaliknya. Khidmat rawatan yang diperolehi dari doktor yang sama jantina hanyalah afdal ( lebih baik ) sahaja, tidak lebih dari itu. Itu pandangannya.

Allahu Rabbi…dunia hari ini. Mereka yang ‘sepatutnya’ berilmu turut menjahilkan diri.

KERANA DARURAT
“Hari ni ustazah ada satu soalan uji minda untuk kamu semua,” saya berkata dengan wajah ceria. Para pelajar yang duduk sopan di dalam barisan, ramai yang tersenyum girang. Namun tidak kurang juga yang mengerutkan dahi tanda kurang senang. Bimbang soalan yang diberi, payah dan sukar sekali.


sumber petikan ini saya ambil dari zaujah Ustaz Dr Zaharuddin

Ketika itu, topik yang dibincangkan ialah mengenai makanan yang halal dan haram dimakan. Ia merupakan salah satu tajuk perbincangan dari silibus Pendidikan Islam tingkatan satu.

“Baik…katakanlah suatu masa kamu sesat di dalam hutan. Dah masuk hari ketiga kamu tak makan. Dalam keadaan amat lapar itu, tiba-tiba melintas seekor anak babi. Nampak sedap. Kerana lapar, kamu tangkap anak babi tu dan kamu makan…” saya berhenti seketika memerhatikan gelagat anak murid di hadapan.

Ada yang saling berpandangan, ada yang menahan ketawa dan tersenyum-senyum sendirian. Tidak kurang juga yang mempamerkan riak muka geli geleman.

‘Eeeii…makan babi!’ mungkin itu lintasan di dalam hati.

“Ketika itu, apa agaknya hukum kamu makan babi tersebut?” saya mengajukan soalan. Ingin menguji akal dan pengetahuan para pelajar di hadapan.

“Mana boleh makan babi ustazah..haram,” getus satu suara di belakang.

“Bolehlah…kan keadaan macam tu dikira ‘darurat’. Kalau tak makan, boleh mati,” penuh yakin jawapan seorang pelajar di bahagian tengah.

BOLEHKAH?
Saya tersenyum senang. Jawapan yang diberi menandakan telah ada sedikit maklumat yang mereka fahami dan maklumi.

“Baik. Kita buat undian. Siapa yang kata hukumnya haram?” soal saya. Beberapa pelajar mengangkat tangan. Ada yang mengangkat setinggi yang boleh, menandakan keyakinan terhadap kebenaran jawapan, manakala sebahagiannya nampak malu-malu, hanya menebak dan mengikut kawan.

“Siapa pula yang bersetuju hukumnya boleh sebab darurat?” Sekali lagi saya bertanya. Soalan kali kedua ini memperlihatkan lebih ramai pelajar mengangkat tangan. Jumlah yang ada saya kira.

Hanya segelintir pelajar yang tidak mengangkat tangan pada kedua-dua soalan yang ditanya. Berkecuali. Kurang pasti barangkali.

“ Apa jawapannya ustazah?” Terdengar satu pertanyaan dari seorang pelajar di hadapan. Melihat sinar mata mereka, bagai menggambarkan rasa teruja dan tidak sabar untuk mengetahui jawapan sebenar.

“Jawapannya, mestilah haram…tak boleh..,”saya menjawab ringkas. Riuh rendah seketika suasana kelas bila mendengar jawapan yang tidak terduga itu.

Sengaja saya biarkan begitu, untuk melihat reaksi seterusnya. Kelihatan ramai yang terpinga-pinga. Tidak kurang juga yang ketawa gembira. Mungkin tak menyangka, jawapan ‘sekadar teka-teka’ mereka mengena.

BUKAN DARURAT
Senyuman di bibir melebar lagi. Saya pasti, baik yang memberikan jawapan haram atau tidak, masing-masing tidak mengetahui sebab sebenar mengapa dalam keadaan sesat di hutan seperti itu, masih juga tidak dibolehkan untuk makan babi.

“Keadaan seperti itu belum dikira darurat lagi. Ini kerana, terdapat banyak binatang lain yang masih boleh dimakan sekadar untuk menutup kelaparan. Siput babi adalah lebih baik dari babi, cacing tanah, pohon kayu, buah dan lain-lain semuanya masih perlu diutamakan dari memakan babi," saya membentangkan hujah agar mereka lebih memahami.

"Bukankah di hutan terdapat pelbagai benda yang boleh dimakan yang jauh lebih baik dari babi?" Saya menambah.

“Oleh kerana itu, tidak harus jika kamu yang sedang sesat ingin makan babi juga hanya kerana ia lebih sedap, menyelerakan dan gemuk berbanding cacing," tegas saya lagi disambut deraian ketawa semua.

Demikian juga keadaan yang perlu difahami dan disedari dalam situasi rawatan dan perubatan.

DARURAT YANG SEBENAR
Saya maklum bahawa di dalam keadaan darurat seseorang itu diharuskan melakukan sesuatu yang dilarang, sesuai dengan kaedah fiqhiyyah, ad-dharurat tubiihul mahdzurat. Contohnya, di dalam perubatan, bila berlaku hal-hal mendesak dan kecemasan, lebih-lebih lagi yang bersangkut nyawa dan kesakitan yang boleh melarat tanpa rawatan segera, dan keadaan tersebut tidak mungkin dihindari, juga tiada alternatif lain ketika itu, maka dibolehkan seorang doktor lelaki merawat pesakit perempuan, dan begitu juga sebaliknya.

Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah, bekas Mufti Besar Arab Saudi, juga pernah menegaskan :

"Doktor wanita hanya merawat wanita sahaja, dan doktor lelaki hanya merawat lelaki sahaja, melainkan di dalam kes yang darurat, jika seseorang lelaki yang menghidapi penyakit di mana pada masa itu tidak kedapatan doktor lelaki, maka di dalam kes ini adalah dibenarkan.” ( Fataawa 'Aajilah li Mansuubii al-Sihhah, m.s. 29 )

Situasi darurat yang membolehkan keadaan rawatan sedemikian juga berlaku di zaman Rasulullah SAW sendiri di mana para wanita Islam memainkan peranan sebagai jururawat di medan peperangan. Mereka ditempatkan di bahagian logistik dan juga perawatan. Mereka merawat dan mengubati anggota tentera yang luka dan parah.

Dalam kondisi sebegini, tidak dapat tidak, pasti berlaku sentuhan kulit dan anggota lainnya, namun hal ini dibolehkan ketika itu, untuk sementara waktu, kerana sifat peperangan yang darurat dan mencemaskan.

Selain itu, di dalam kitab Fathul Qadir jilid 8 halaman 98 ada menyatakan bahawa seorang sahabat Nabi SAW bernama Abdullah ibnu Az-Zubair pernah mengupah dan membayar khidmat seorang wanita tua yang merawat dirinya.

HILANG
Wajar difahami, bahawa kondisi darurat bukanlah sesuatu yang rutin dan berlaku setiap hari. Justeru, ia hanya bersifat sementara dan perlu diisi sekadarnya sahaja. Tatkala sebab yang menjadikan sesuatu itu darurat, telah luput dan hilang, maka hukum pengharamannya kembali semula.

Ini bersesuaian dengan satu lagi kaedah fiqhiyyah: ad-dharurat tuqaddar bi qadariha, iaitu sesuatu yang darurat itu harus diukur sesuai kadarnya.


Lantaran itu, bagi seorang perempuan yang mengandung, dalam situasi biasa tanpa apa-apa komplikasi, keadaan itu bukanlah sesuatu yang ‘darurat’ yang membolehkannya mendapatkan khidmat rawatan dan pemeriksaan bulanan dari seorang doktor lelaki.

Apa yang amat perlu difahami, tidak ada seorang pun yang dihalalkan untuk melihat aurat seorang wanita, kecuali suaminya. Apatah lagi, aurat ‘besar’nya. Maruah, kehormatan dan harga dirinya, semua itu terhimpun di ‘situ’.

Siapa lagi yang lebih layak dan dapat melindungi, kalau bukan seorang lelaki bernama suami?

Tambahan pula dewasa kini, sudah ramai doktor dan pakar sakit puan Muslimah, termasuk doktor wanita bukan Islam di Malaysia. Justeru, apa lagi alasan untuk tetap bermudah-mudah dalam hukum dan terus tegar menerima rawatan dari doktor berlainan jantina ?

Pada saya, hanya satu : Tepuk dada, tanyalah iman di dalamnya!

ZURIAT BERKAT
Akhirnya, marilah kita sama-sama merenungi, bahawa Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada umatnya untuk selalu berdoa, memohon kepada Allah SWT agar diberi rezeki yang barakah.

“Ya Allah, anugerahkanlah keberkatan kepada rezeki kami, dan peliharalah diri kami dari api neraka.”

Anugerah anak dan zuriat adalah salah satu dari sekian banyak rezeki yang diberikan ILAHI. Justeru, tidak dapat dinafi, bahawa jiwa yang insaf dan sedar untuk memelihara hukum dan menjaga kadar keperluan terhadap keringanan yang ada padanya, InsyaAllah akan menjamin hadirnya keberkatan seiring dengan anugerah yang dikurniakan ini.

Moga-moga, dengan keberkatan yang dilimpahkan oleh Allah SWT sewaktu kelahiran seorang anak, akan memudahkan pula segala usaha ibu dan bapa untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Seterusnya, berjaya pula menjelmakan generasi Rabbani yang tetap teguh berpegang kepada ajaran dan panduan ILAHI.

Ameen, Ya Rabbal ‘alameen.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

Monday, December 19, 2011

Kenikmatan dalam kesakitan

Tahukah kita bahawa di sebalik kesakitan yang kita perolehi itu ada kenikmatan yang dianugerahkan oleh-Nya? Tetapi betapa sikitnya umat manusia yang bersyukur atas nikmat yang diberi ini walaupun mensyukuri nikmat itu suatu kewajipan atas orang yang beriman. Manakala kesihatan merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hambanya.

Namun kenikmatan ketika sakit itu hanya dapat diukur oleh orang yang sedang sakit. Manusia dapat menilai erti kesihatan hanya apabila nikmat tersebut hilang. Bilamana sakit tersebut menimpa, maka sekali gus telah melenyapkan kebahagiaan.

Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Bukhari daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang."

Namun sebagai orang hamba yang beriman, apabila ditimpa musibah penyakit ia tetap berzikir kepada Allah, bersyukur, bersabar dan mengharapkan ganjaran pahala. Sebagai mana sebuah hadis riwayat Muslim daripada Suhaib r.a., beliau berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): 'sungguh ajaib keadaan seorang mukmin. Seluruh keadaanya pasti menjadi baik. Dan ia tidak dimiliki oleh sesiapa pun melainkan orang beriman. Apabila ia memperoleh kenikmatan, ia akan bersyukur, maka kesenangan itu akan menjadi kebaikan buat dirinya."

Betapa Beruntungnya Orang yang Sakit

Sekiranya orang yang sakit mahu merenung pelbagai keuntungan dan kebaikan dari penyakitnya, nescaya ia tidak akan mengangankan kesembuhan daripada penyakit tersebut.

Salah satu kelebihan sakit ialah ia dapat mengangkat darjat seseorang di sisi Allah. Sebuah hadis riwayat al-Tirmizi daripada Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya balasan pahala yang besar diperoleh melalui ujian yang besar. Kalau Allah mencintai seseorang, pasti Allah akan memberikan ujian kepadanya. Sesiapa yang redha menerima ujian Allah, maka baginya keredhaan-Nya. Dan sesiapa yang kecewa menerimanya, nescaya ia akan menerima kemurkaan-Nya."

Apabila cubaan dan penyakit menimpa orang yang memiliki hubungan yang baik dengan Allah, lalu ia mampu bersabar, nescaya semuanya itu menjadi tanda kebaikan dan tanda cinta kasih daripada Tuhannya. Sebuah hadis riwayat al-Tirmizi, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Kalau Allah menginginkan kebaikan bagi seseorang hamba, maka Allah percepatkan seksaan di dunia."

Abdullah bin Mas'ud r.a. pernah menemui Rasulullah s.a.w. ketika Baginda mengalami demam yang amat teruk. Beliau bertanya: "Wahai Rasulullah! Engkau juga mengalami demam seteruk ini?" Baginda menjawab: "Betul. Bahkan aku merasa demam dua kali ganda lebih berat daripada yang biasa kamu rasakan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sa'ad bin Abi Waqqas pernah ditanya seseorang: "Siapakah orang yang paling berat cubaannya?" Beliau menjawab: "Rasulullah s.a.w. pernah bersabda (yang bermaksud): 'Orang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian diikuti orang yang berikutnya (iaitu orang dibawah kedudukan mereka) secara berturut. Seseorang hamba akan mendapat cubaan sesuai dengan kadar imannya. Sekiranya imannya kuat, maka cubaan yang menimpanya juga berat. Sekiranya imannya lemah maka cubaan yang menimpanya sesuai dengan kadar imannya. Cubaan akan terus menimpa seorang hamba, sehinggalah ia berjalan di bumi tanpa memiliki sekelumit dosa pun."

Suatu hari, Rasulullah s.a.w. datang menemui Ummu al-Saib. Baginda bertanya: "Kenapa engkau menggigil seperti itu wahai Ummu al-Saib?" Wanita itu menjawab: "Demam, Allah tidak memberkati padanya." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau mengutuk penyakit demam kerana penyakit itu boleh menghapauskan dosa anak-anak adam..."

Ulama' Mengharapkan Sakit

Imam Ibn Abi al-Dunya menceritakan: "Sesungguhnya para ulama' dahulu mengharapkan ditimpa demam satu malam agar diampunkan dosa-dosa mereka yang lampau."

Mengapa perlu bersedih apabila ditimpa penyakit? Kemungkinan dengan penyakit itu kita memiliki kedudukan di sisi Allah Taala yang tidak dapat dicapai oleh perbuatan amal ibadat. Jadi, Allah terus memberi cubaan kepada kita dengan hikmah-Nya yang mungkin kita tidak menyukainya, lalu ia mengurniakan kepada kita kesabaran dalam menghadapinya sehingga kita mencapai kedudukan tersebut.

Antara Maha Lembutnya Allah s.w.t. dan rahmat-Nya, bahawa apabila Allah menutup satu pintu kebaikan bagi seseorang, nescaya ia akan membuka banyak lagi pintu kebaikan yang lain. Bagi orang yang sakit, Allah tidak menghalangnya daripada mendapat pahala daripada pelbagai ibadah yang biasa mereka lakukan, meskipun mereka tidak menyempurnakan lagi kerana mereka sakit.

Sebuah hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari, daripada Abu Musa al-'Asy'ari r.a., beliau bercerita: "Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Kalau seseorang hamba sakit atau sedang bermusafir, pasti Allah akan menulis baginya pahala seperti ketika ia mengamalkan ibadah semasa masih sihat dan sedang bermukim."

Kemuliaan apa lagi yang mahu diperoleh setelah diberikan Allah kemuliaan ini? Keutamaan apa pula yang lebih luas selain daripada keutamaan dari Allah yang mengurniakan pelbagai kenikmatan? Ketika sakit, seorang hamba berehat, namun Allah masih menulis pahala daripada ibadah dan perbuatan baik yang diamalkan semasa sihat.

Jangan Risau! Setiap Kesukaran Itu Ada Kemudahan

Sesungguhnya setiap kali Allah mendatangkan kesusahan, pasti Allah mendatangkan kemudahan sesudahnya. Ini kerana ia menjadi sunnatullah yang berlaku terhadap makhluk-Nya.

Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Insyirah ayat 5 hingga 6 yang bermaksud: "Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu, ada kemudahan(5). Sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan(6)."

Boleh jadi pelbagai kesukaran dan kesulitan itu membuatkan seseorang hamba itu tertekan jiwanya, namun pasti akan ada jalan keluar dari sisi Allah yang akan diperolehnya. Mungkin sahaja seseorang yang menghadapi saat kesukaran dan dirasakan tidak akan dapat memperoleh penyelesaian, tiba-tiba terbuka di hadapannya jalan keluar yang tidak pernah ia terfikir sebelumnya.

Bagi orang diberi ujian(penyakit) daripada Allah, janganlah kita berburuk sangka kepada Allah, berasa kecewa dan berputus asa kerana apa-apa sahaja yang terdapat dalam persangkaan seorang hamba, maka begitulah yang Allah lakukan terhadapnya.

Jika hamba itu bersangka baik kepada-Nya, maka Allah akan memberikannya perkara-perkara yang baik. Sebaliknya jika hambanya bersangka buruk terhadap dirinya, maka Allah menganggap ia sebagai satu doa, bahkan Allah akan mengabulkan doa itu sesuai dengan permintaannya sebagaimana hadis riwayat oleh Imam Ahmad:

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bahawa Allah Azzawajalla berfirman: 'Aku hanya mengikut sangkaan hamba-Ku sahaja. Kalau ia bersangka baik kepada-Ku, Aku pun akan berbuat begitu. Kalau ia bersangka buruk kepada-Ku, Aku pun akan berbuat begitu terhadapnya."

Akhir kalam, Sentiasalah bersabar atas dugaan kesakitan yang diberi kerana sedetik masa orang yang sakit itu dinilai oleh-Nya. Mungkin nilaian inilah yang memberatkan timbangan amal kita apabila dihisab di akhirat nanti. Wallahua'lam.

Monday, December 12, 2011

Mencintai Rasulullah

Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku pada saat-saat kewafatan Baginda, Rasulullah S.A.W lebih banyak memberi wasiat dan peringatan kepada umatnya, sehinggakan terdapat satu riwayat yang menceritakan, di saat-saat kewafatan Baginda, Rasulullah S.A.W menyebut "ummati-ummati".

Perkara ini jelas berdasarkan kata-kata Ali bin Abi Talib r.a "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W ketika menjelang saat-saat terakhir, telah menggerakkan kedua-dua bibir Baginda sebanyak dua kali, dan aku mendengar Rasulullah S.A.W berkat "Umatku,Umatku'
Betapa kasihnya Baginda kepada umatnya."

Yang menjadi persoalannya kini, adakah kita semua umat Islam mengasihi dan mencintai Rasulullah S.A.W sepertimana Baginda mencintai kita? Seandainya benar kita mencintai Rasulull S.A.W, marilah bersama-sama kita menghayati dan mengenang kisah hidup Rasulullah S.A.W bermula daripada saat kelahiran Baginda sehinggalah peristiwa-peristiwa akhir pada saat kewafatan Rasulullah S.A.W

Sesungguhnya,inilah tokoh agung yang tiada bandingan sehingga kini.

Wednesday, November 30, 2011

Mencium isteri di khalayak ramai-Ustaz Azhar Idrus

Situasi permasalahan / soalan mengganggu minda:
Saya baru balik dari Mekah dan saya mencium isteri saya di khalayak ramai. 
Apa hukum cium ini?

Ustaz Azhar Idrus jawab:
Heheee... Dia tanya bab cium
Mula-mula nak tahu dulu, cium kat mana? Kalau cium tangan, BOLEH... takde masalah! Tapi kalau cium mulut... cium pipi... ni adalah menggugurkan maruah. Jangan bercium di khalayak ramai gitu...  Betul la bini mu... tapi kita kena jaga jugak benda2 macam ni...
Cium tangan sudah la... Nak cium lebih, balik rumah!

Kalau berjalan pun cam tu jugak... tak leh berpeluk ngan bini kita. "doh bakpe tokleh peluk doh bining kite!" 
"dah tahu bini mung,... doh bakpe mung tok gi jimak kat roundabout nyer?"
Tak boleh... pimpin tangan jer dah la... Ni berpeluk peluk cam belangkas. Orang tegur, dia jawab "bining aku, suka aku lah..."  Tak leh la ikut pandai gitu... Ada adab2 di luar rumah, depan orang, belakang orang... depan anak pun tak boleh dah!
nak gini-gini, tunggu masuk bilik k... sila bawak bertendang! ngehehehee...


Soalan lagi:
Lepas majlis akad nikah, suami cium isteri di depan tetamu bukan mahram. Boleh ke?

Ustaz Azhar Idrus jawab:
Ni banyak berlaku. Lepas akad nikah pastu cium. Jangan buat gitu... Batal air sembahyang ni, buat dalam bilik karang. Ok la... kita tengok contoh 70-an... Cukuplah dengan pengantin lelaki hulur tangan, isteri dia cium. Yang tu elok jugak... Ni sekarang cium pipi... pastu cium dahi. Dalam 5 tahun lagi, romen terus depan tok imam. Jadinya, macam kahwin pengantin2 di gereja...

Sekarang ni ada pra wedding pulak... Ni semua ni karut la belaka ni... Belum nikah lagi tapi macam nikah sungguh dah... Siap ngan duduk... siap ngan pimpin tangan... siap terguling... Ni semua manusia lara
Tunang sekarang pon dah sanding dah! Makin hari makin pelik... makin pelik. Jadi, kita buang balik semua yang lara ni... dan kita kembali bermula dengan sunnah... Biarlah low profile... sederhana sudah... Yang penting, kehidupan kita selepas pernikahan...

kuliah Ustaz Azhar Idrus boleh dilayari dalam youtube=))

semoga kita perbaiki diri untuk menjadi lebih baik,insya'Allah.
tuju hala kita adalah ke alam akhirat. tempat yang kekal abadi.

=)